Tuesday, 30 September 2014

AGUNGKAN ALLAH WALAU DI MANA JUA BERADA.



Allah Maha Agung,Allah Maha Besar,Allah Maha Perkasa, Allah Maha segala Maha.Oleh itu takutilah Allah.Allah boleh bertindak apa sahaja ke atas kita walaupun dalam sekelip mata.

Walaupun kita durhaka kepadaNya namun Allah tetap beri nikmat kepada kita selaku hamba-hambaNya.
Allah tidak marah bernafsu terhadap hamba-hambaNya.

Allah sangat sayang kepada makhluk ciptaanNya, cuma kita sahaja tidak pernah sensitif dengan kasih sayang Allah yang Maha Baik terhadap kita selaku hamba-hambaNya.

Allah tidak pernah minta kita bayar apa sahaja nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita walaupun Allah beri  bermacam-macam nikmat kepada kita.

Jika Allah mahu hitung anugerah nikmat yang dikurniakan kepada kita, pasti tidak mampu kita membayarnya walaupun sebiji mata yang Allah ciptakan dan beri kepada kita.

Begitulah Maha Hebatnya Allah.Maha Pemurahnya Allah. Sifat (Ar-Rahman Ar-Rahim) kasih sayang Allah tidak ada batasnya dan tiada siapa yang mampu menandinginya.

Allah hanya mahu kita menyembahnya.Menyembah Allah tidak perlu kepada wang ringgit.Tidak perlu kepada sijil, tidak perlu kepada pangkat, darjat .

Akan tetapi cukuplah menyerahkan hati kepadaNya.Menyembahnya dengan tidak bermusim.


Membuktikan syukur kepada Allah atas kebaikanNya kepada kita dengan menyerah diri kepadanya, sujud syukur mengagungkanNya dalam shalat lima waktu sehari semalam.Itu sahaja yang Allah pinta.

Allah membalasi kebaikan hamba ciptaanNya dengan memberi ganjaran syurga dengan rahmatNya.

Allah juga menghukum kejahatan hamba ciptaanNya atas keadilanNya yang Maha Adil.Itulah Allah yang Maha adil dan Maha Saksama.

Jika begitulah Allah, marilah kita angkat takbir Allahu Akbar (Allah Maha Besar) sebagai tanda kita membesarkan Allah. Kalau kita bawa Allah ke mana-mana ,Allah Maha Besar ertinya kita tidak takut siapa-siapa lagi selain Allah. Dialah segala-galanya bagi kita.

Maksudnya Allah perintahkan kita ucapkan berulang-ulang kali  Allahu Akbar.
Dalam shalat kita supaya Allah Maha Besar yang lain kecil belaka. Allah minta kita rasa Allah Maha Besar setiap kali naik turun nafas kita.


Orang yang nampak Allah Maha Besar, Allah Maha Agung dalam takbir shalatnya yang lain dia nampak kecil semuanya,Ia tidak akan melanggar titah perintah Allah.Tidak akan sanggup melakukan maksiat dan durhaka kepada Allah.

Tidak akan biadab dengan Allah.
Barang siapa yang Allah hendak bagi seseorang itu baik maka Allah akan bagi dia jadi faham pada agamaNya.Dia tidak akan takut kepada manusia mengatasi takutkan Allah.Jika hati tidak agungkan Allah, tidak rasa Allah Maha Besar maka akan terjadilah majikan lagi besar dari Allah yang Maha Besar.

Maka akan terjadilah.... Boss kita kata tidak boleh sembahyang!!.... kita pun tidak sembahyang.Rasa majikan atau boss lebih besar dari Allah. Tidak rasa Allah Maha Besar. Ada kerja tidak sempat hendak sembahyang sebab boss tidak bagi sembahyang waktu kerja. Habis kerja baru boleh sembahyang. Sudah hendak habis waktu baru terkejar-kejar hendak sembahyang.

Sanggupkah kita  duduk dalam neraka semata-mata  hendak taat kepada boss???.....
Ini maknanya takutkan manusia lebih dari takutkan Allah.Takut dibuang kerja, takut dipotong gaji, takut periuk nasi tumpah.Takut poket bocor.Takut macam-macam takut yang tidak munasabah.

Siapakah yang bagi kita rezeki? Bukan boss kita!!!! akan tetapi Allah yang bagi kita rezeki.Allah yang lebih layak ditaati dari boss kita.Boss kita itu pun Allah yang beri dia rezeki.

BOSS kita yang sebenar ialah ALLAH.
Dialah OWNER kita dunia akhirat.
Mati nanti kita akan kembali kepadaNya, Tuhan yang mencipta kita dari tiada kepada ada.Kita adalah milik Allah bukan milik siapa-siapa.

Jangan terpedaya dengan  cara-cara pemikiran Yahudi Nasrani.Dendam kristian Yahudi Nasara tidak habis kepada Umat Islam sejak zaman Nabi lagi.

Panjatkanlah setinggi-tinggi doa semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah sentiasa mengagungkan Allah.Doa juga semoga kita dijauhi dari terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh Zionis Barat yang merugikan.

Dendam lama Yahudi Kristian berusaha sedaya upaya supaya umat Islam masuk agama mereka, atau murtad atau ikut millatahum (cara hidup mereka).

Orang Portugis tidak berjaya mengkristiankan orang-orang Melayu di  Tanah Melayu walaupun mereka berjaya menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu.Ini juga satu dendam kepada mereka. Ingat!!! sejarah ini sangat besar kepada Umat Islam.

Serangan fikiran atau perang saraf adalah sangat bahaya  mengikut cara hidup orang Barat.

Hatta tattabia'millatahum hingga kita ikut cara hidup mereka. Anak pandai cakap bahasa Inggeris kita sangat bangga, kalau anak tidak pandai membaca Quran, tidak pandai shalat, tidak pandai menulis jawi,tidak pandai fardhu ain, kita tidak malu bahkan tidak kisah pun dan tidak marah.

Inilah buktinya pengaruh Barat sebenarnya sudah menjajah hati dan perasaan kita Umat Islam walaupun negara kita sudah merdeka namun kita masih di jajah fikiran dan hati oleh Barat.

Hati-hati... Jika ianya dibenarkan terus meracuni darah daging , hati, fikiran dan hidup kita maka generasi dan zuriat kita akan datang akan lupa Allah.Lupa Rasulullah, lupa adanya hari akhirat, lupa adanya alam barzakh(alam kubur), lupa adanya Padang Mahsyar dan lupa adanya bangkit kali kedua sesudah matinya kita .

Ya Allah semoga Engkau selamatkan kami dan semua generasi keturunan kami agar benar-benar mengagungkan Mu. Selamatkanlah kami dari terpedaya dengan hasutan dan tipu daya musuh-musuhMu di dunia ini.

Amin Ya Allah.

Wednesday, 17 September 2014

AKHIRAT DESTINASI YANG DITUJU



Akhirat kampung halaman si hamba dan negara yang kekal lagi abadi. Akhirat tempat kembalinya kita setelah mati.

Akhirat adalah tempat akhir seorang hamba menuju Tuhan Penciptanya.
Dunia ini hanya pinjaman yang sementara.Akhirat tempat yang semua manusia dihitung dosa dan pahala.

Akhirat tempat pembalasan yang setimpal dengan perlakuan insan di atas dunia yang fana ini.

Firman Allah maksudnya,
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka,dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Maka tidakkah kamu memahaminya?".
Surah Al-An'am ayat 32

Akhirat tempat manusia menerima hukuman di atas kejahatan yang dilakukan dan juga tempat manusia menerima anugerah kenikmatan, kemuliaan dan kebaikan di atas kebaikan dan amal ibadah yang dilakukan.

Akhirat tempat timbangan Al- Mizan ditimbang dengan seadil-adilnya. Banyak kebajikan beratlah timbangan sebelah kanan.Menggunung  kejahatan dan keburukan maka beratlah timbangan sebelah kiri .Ini bermakna nerakalah padahnya.
Menyesal tiada guna lagi diwaktu itu.

Firman Allah membawa maksud,
"Timbangan pada hari itu ialah kebenaran(keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya , maka mereka itulah orang-orang yang beruntung".
Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya ,
maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami".
Al-A'raf ayat 8 dan 9

Akhirat hari penyesalan bagi insan yang durhaka terhadap Tuhannya.

Akhirat tempat istirehat yang berpanjangan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Akhirat tempat manusia menerima keputusan peperiksaannya sewaktu di dunia samada lulus atau gagal sebagai hamba Allah selama hidupnya. 

Jika lulus ertinya syurgalah baginya , jika gagal maka neraka jahimlah tempatnya.
Wal'iyazubillahimin zaalik....

Akhirat tempat manusia bersuka ria bagi yang berjaya membawa qalbun salim (hati yang sejahtera) di sisi Tuhan

Akhirat tempat manusia durhaka berdukacita.
Akhirat tempat yang celaka bagi orang-orang kafir, orang-orang Islam yang a'asy (durhaka).

Akhirat tempat yang penuh ceria bagi para muqarrabin, para muttaqin, para mukminin dan para syuhada' di jalan Allah.

Di akhirat manusia yang mencintai Nabi Muhammad SAW akan mendapat syafaat kubra dari penghulu sekalian manusia .
Mendapat syafaat Baginda ertinya rahmat dan busyra.

Di akhirat tiada manusia yang terlepas dari pandangan Allah.Kebaikan walaupun sebesar zarrah tetap akan menerima habuannya, kejahatan walaupun sebesar zarrah akan menerima juga habuannya.

Akhirat tempat para munafiqin, para musyrikin, para zholimin, kaumil kaafirin diazab dengan seazab-azabnya di padang Mahsyar lagi sebelum dihumbankan ke lembah neraka jahanam yang kekal buat selama-lamanya.

Sesungguhnya api neraka sendiri pun sangat gerun dengan Lembah Neraka yang sangat ngeri lagi menakutkan itu.

Ya Allah selamatkanlah kami dan seluruh kaum keluarga kami daripada bakaran dan azab api nerakaMu yang amat pedih dan amat dahsyat itu.

Amin Ya Allah



SIRI 2- REZEKI DARI ALLAH

Kenapa Tuhan tidak izinkan hamba-hambaNya kaya raya semuanya?.

Tidak mustahil bagi Allah untuk mengkayakan semua hamba ciptaanNya yang bernama manusia.Jika Allah berkehendak hal ini terjadi maka Allah akan berkata "Kun Fayakun".Jadi... Maka akan jadilah.

Akan tetapi Allah Maha Bijak, tidak dijadikan semua manusia kaya raya bahkan ada yang miskin, ada yang fakir, ada yang hidup sederhana kaya, ada yang kaya raya.Ini semua mengandungi hikmah disebalik apa yang Allah lakukan.

Jika semua kaya raya siapakah yang mahu menangkap ikan dan sebagainya?.Siapa yang mahu menjadi nelayan pergi ke laut?
Jika semua kaya raya siapa yang mahu berkhidmat dengan bumi atau tanah, untuk bercucuk tanam?. Menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain tanaman?.

Jika semua kaya raya siapa yang mahu menanam padi untuk menghasilkan beras?.

Siapa yang mahu menjadi penternak?, menternak kambing, biri-biri, lembu, kerbau, ayam itik dan seumpamanya?.

Siapa yang mahu ke kilang-kilang untuk memproses pelbagai produk dan keluaran ekonomi untuk masyarakat, negara dan dunia?.

Oleh itu jangan persoalkan apa yang Allah putuskan, ada kaya, ada miskin ,ada orang susah, ada orang senang dan sebagainya.Itu hak Allah.Allah Maha Mengetahui apa yang Allah lakukan.

Allah yang beri kita rezeki.Dari kita janin lagi dalam perut ibu, Allah bagi kita makan sampai kita besar dalam kandungan ibu 9 bulan 10 hari,bila lahir sahaja kita ke dunia ini, Allah bekalkan kita dengan susu ibu yang lemak manis, enak, lazat,berkhasiat tanpa perlu kita bayar 1 sen pun kepada Allah, hinggalah kita besar dan boleh berdikari dan mencari rezeki sendiri dengan izin Allah.Tidak cukup hebatkah Allah yang Maha Pemberi Rezeki itu?.

Akan tetapi kita selaku manusia selalu lupa diri dan angkuh.Bila sudah hidup senang, kaya raya,mulalah kita lupa Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki kepada kita selama ini. Lupa bersyukur dengan nikmat dari Allah.

Maha Baiknya Allah kepada kita selaku hamba-hambaNya.Kita dalam durhaka pun Allah tetap beri rezeki yang berterusan. Makan kenyang, tidor lena, mandi pun basah.Itu pun masih tidak mahu mengaku kalah dengan Allah.Masih hendak lawan Allah.Masih tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah.

Masih tidak mahu sembah Allah,Masih tidak mahu menutup aurat.Masih tidak mahu mengeluarkan zakat dan amal jariah.
Masih tidak mahu patuh pada suruhan Baginda Rasul sebagai utusan Allah.Masih melanggar syariat Allah dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhramnya.Masih minum arak,main judi,hisap dadah dan rokok yang merosakkan mental dan diri, masih berlalai-lalai dengan hiburan yang menjauhkan diri dari Allah .



Dalam soal rezeki kadang-kadang manusia terlupa siapakah pemberi rezeki kepadanya.Bila berjaya mengaut rezeki untuk diri sebanyak mungkin mula merasa diri sangat mampu dan hebat, pandai menghasilkan rezeki yang melimpah ruah. Mula merasakan dirinya sangat bijaksana sehinggakan sangat mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dalam mencari rezeki.

Demikian juga ada orang yang berpeluang mengagih-agihkan rezeki kepada orang lain, mula perasan bahawa dialah punca rezeki dan mulalah merasakan hebatnya diri mampu memberi rezeki kepada orang lain.
Astaghfirullah.... 

Ini bagaikan perangai Qarun yang dicetak dalam dirinya.Lihatlah apa kata Qarun apabila dia menjadi insan yang kaya raya ,kata Qarun "aku diberikan harta kekayaanku ini disebabkan kepandaian yang ada padaku.....".
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya yang hebat dan mengkagumkan semua orang yang melihatnya sambil mereka berkata "alangkah baiknya jika kita ada kekayaan seperti Qarun".

Kata mereka lagi "Sesungguhnya Qarun seorang yang bernasib baik".
Akan tetapi orang-orang yang diberi ilmu hati, mereka  difahamkan Allah akan maksud Tuhan jadikan Qarun seangkuh itu sambil  berkata"janganlah kamu berkata sedemikian...pahala dari Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan tidak akan dapat menerimanya melainkan mereka yang sabar.
Surah al-Qasas 78-80

Bukankah Tuhan sudah tentukan rezeki, jodoh, ajal maut kita sejak azali lagi?.

Firman Allah Taala yang membawa maksud,
"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu, tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah.Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi .Tiada Tuhan melainkan Dia.Maka mengapa kamu rela dipalimgkan dari menyembahNya?".
Surah Al-Faatir ayat 3.

Allah boleh tarik rezeki bila-bila masa sahaja.Allah boleh miskinkan orang kaya.Allah boleh bakar rumah kita dalam sesaat jua.Allah boleh tarik rezeki ilmu yang ada dalam dada kita dengan hilangkan ingatan kita, samada terencat akal(gila)atau sebagainya.

Oleh itu takutlah Allah setiap masa .Sembahlah Allah selagi hayat dikandung badan.

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
Semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.

Amin Ya Allah.

SIRI 1-REZEKI DARI ALLAH


Ramai manusia hari ini terlalu resah gelisah dan risau  dengan rezeki.

Kadang-kadang sanggup merangcang keluarga semata-mata takut tidak cukup makan jika ramai anak.

Ada juga yang sanggup gugurkan kandungan semata-mata bimbang anak yang bakal lahir akan membebankan mereka.

Ada juga yang berpendapat kalau anak-anak mereka tidak belajar sungguh-sungguh akan gagal masuk universiti, gagal untuk memperolehi sijil yang berjela-jela , justeru itu susah untuk dapat kerja makan gaji, kerana sangkaan mereka dengan makan gaji itu ada jaminan untuk masa hadapan kehidupan mereka sekeluarga.

Apakah benar dan tepat sangkaan sebegini?. Apakah dengan adanya sijil, adanya kepandaian, adanya kemahiran, adanya ilmu dan  kerjaya yang mantap, adanya kerja makan gaji dan berjawatan tinggi, segala-gala yang diidam-idamkan tercapai?.

Untuk mendapat jawapannya!.... Mari kita pergi lebih jauh lagi ke hadapan dalam bab rezeki .Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki menurut Allah dan Rasul?.


Rezeki dalam bahasa Arab di sebut Al-Rizq. Dalam bahasa  Melayu rezeki ialah pemberian ataupun kurniaan dari Tuhan samada bersifat duniawi atau ukhrawi.

Dalam Asma-ul-Husna, Allah memberi nama gelarannya "Al-Razzaq", bermaksud "Maha Pemberi Rezeki".

Allah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia pilih.Allah juga yang menetapkan kadar pemberian rezeki menurut yang Dia kehendaki.Kuasa Allah merentasi segala-galanya.

Firman Allah  maksudnya,
"Sesungguhnya kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi ini sumber penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur".
Al-A'raf- ayat 10

Pembahagian rezeki berbeza-beza.
Ada orang diberi rezeki harta tidak diberi rezeki zuriat.
Ada orang diberi kedua-duanya sekali tetapi tidak diberi rezeki kasih sayang dan kebahagiaan.
Ada orang  yang diberi harta tetapi tidak diberi ketenangan hidup.
Ada orang  yang diberi ilmu tanpa harta.
Ada orang yang diberi rezeki harta yang banyak tetapi tidak diberi penghurmatan dan kemuliaan.
Begitulah sebaliknya.

Maha adilnya Allah.
Jangan terkejut jika mendapat khabar si miskin tidor lena dalam pondok buruknya dan si kaya resah gelisah dalam rumah banglonya.Takut dibunuh, dirompak, disamun atau macam-macam ketakutan lagi.



Jangan hairan jika si miskin makanan ala kadar, tetapi selera makannya amat menakjubkan, sedangkan si kaya makanan lazat dan sedap-sedap akan tetapi tiada selera makan.

Nikmat rezeki selera makan di tarik Allah.
Firman Allah maksudnya,
"Dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya".
Surah Hud: ayat 6

Dalam Islam kita dituntut berusaha dan berikhtiar keluar mencari rezeki,bukan bertawwakal tanpa usaha.

Sabda Nabi SAW,
"Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal, nescaya Allah merezekikan kamu seperti Dia (Allah)merezekikan burung.Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.
Riwayat : Ahmad Al-Tirmidzi.

Apa sahaja yang memberi manfaat dikatakan rezeki.

Rezeki bukan sahaja makanan, minuman, harta,kenderaan akan tetapi rezeki juga bentuk ilmu pengetahuan, kasih  sayang, kebahagiaan, anak, isteri suami, ibu, ayah, kaum keluarga, sahabat handai dan seumpamanya.
Rasulullah SAW pernah menyebut dalam hadisnya tengtang Siti Khadijah "aku telah direzekikan cintanya".
Riwayat Muslim

Allah yang memberi rezeki.Kita mencari rezeki yang Allah sudah atur.Jika Allah izinkan adalah rezeki kita.Orang yang beriman yakin rezeki dari Allah.Allah pemberi rezeki dunia akhirat.

Ulat dalam batu pun ada rezeki. Tidak berat sedikit pun pada Allah dalam memberi rezeki kepada sekalian hamba-hambaNya.



Allah boleh beri apa sahaja yang kita mahu.Kita kena yakin kepada Allah dalam bab rezeki.Atas dasar itu fahamlah kita bahawa tidak perlu kita gusarkan soal rezeki,Jadi!.... tidak perlu kita merangcang keluarga , tidak perlu kita gugurkan anak dalam  kandungan, tidak perlu kita takut miskin dan susah jika zuriat ramai dan keluarga besar.

Lagi ramai anak lagi rezeki mencurah-curah.Rezeki setiap orang anak tidak sama.Kadang-kadang setiap seorang anak , mereka ada "TUAH" masing-masing.

Selama ini kita dihantui oleh ideologi Barat yang bimbang dengan ramainya zuriat takut susah hidup.Ini semua tidak betul sama sekali.
Selaku orang Islam yang beriman kepada Allah Taala, kita tidak perlu risau dalam hal rezeki.

Jangan takut miskin, jangan takut susah jika bersedekah , kerana dengan bersedekah dan membantu fakir miskin rezeki kita "BERKAT".Bila rezeki diberkati ada sedikit pun cukup.Ada banyak lebih-lebih lagi cukup.  
Bersambung.....siri kedua

Monday, 15 September 2014

QURBAN MENURUT PANDANGAN ISLAM



Salam ceria kepada seluruh para pembaca budiman blog Ummu Sayyidah.Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah Taala
Amin

Sempena menyambut Eid Al- Adha 1435H tidak lama lagi, di sini Ummu Sayyidah sukacita memaparkan sedikit perkongsian ilmu yang berkaitan dengan Qurban binatang ternakan.
Sambutan Hari Raya Haji adalah sambutan kemenangan umat Islam sempena peristiwa yang berlaku antara Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS, mengenai ujian yang diperintahkan Allah ke atas mereka berdua.

Di khabarkan di dalam Al-Quran ,Sesungguhnya Nabi Ibrahim AS adalah seorang hamba yang sangat taat dan menyerahkan hati sebulatnya kepada Allah, ianya juga seorang hamba Allah yang sangat berdiri teguh atas agama Tauhid dan ia tidak pernah tergolong ke dalam golongan Musyrik kepada Allah,dan ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah ke atasnya.Allah telah memilih Nabi Ibrahim AS menjadi Nabi yang sentiasa Allah beri hidayah dan petunjuk kepadanya.

Ia sentiasa berada di jalan yang lurus .
Perkataan Qurban berasal  dari "Qaraba" yang bermaksud "mendekati".
Dalam konteks ibadah qurban bermaksud, "Mendekati Allah dengan mentaati perintah Allah" yakni "Taqarrub Ilallah".

Binatang yang di syariatkan Qurban ialah unta, lembu, kambing dan biri-biri sahaja.Selain darinya tidak sah penyembelihan qurban  seseorang .

Qurban hanya boleh
dilakukan pada Hari Raya Haji dan tiga hari selepasnya yakni hari Tasyriq(11,12 dan 13).Ianya mestilah dilakukan kerana Allah.

Qurban bukan boleh dilakukan bila-bila masa ikut kita suka bahkan ianya hanya boleh dilakukan pada hari-hari tertentu sahaja dalam bulan Zulhijjah sebagaimana 4 hari yang Allah sudah tetapkan.
Ibadah ini sebagai tanda bersyukurnya hamba Allah kepada Allah dan niat hanya untuk Allah serta kerana Allah semata-mata dan tidak sah selainnya.

Bila waktu sah Qurban?
Ianya SAH dilaksanakan ialah selepas selesai shalat Eid Al-Adha sehingga terbenamnya maghrib 13 Zulhijjah.

Qurban hukumnya sunat muakkad yang sangat dituntut oleh agama terutama kepada mereka yang berkemampuan.

Ianya juga adalah Sunat Kifayah bagi sebuah keluarga.Maknanya apabila salah seorang ahli keluarga melakukannya semua ahli keluarga mendapat pahala dan rahmat dari Allah Taala.

Rasulullah SAW pernah bersabda , " Tiga perkara yang wajib ke atasku dan kepadamu menjadi tatawwu iaitu sunat iaitu qurban, solat witir dan shalat dhuha".

Kelebihan melakukan Qurban
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda,"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya qurban yang lebih disukai Allah Taala melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban).

Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk-tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu menyentuh ke bumi .maka (pahala) telah diterima di sisi Allah.

Maka beruntunglah kamu semua dengan pahala qurban itu.Oleh itu elokkanlah qurban kamu".
Dari riwayat Tirmidzi , Ibnu Majah dan Hakim
Siapa yang dituntut melakukan qurban?.

Baginda Rasulullah SAW bersabda "Barang siapa yang mempunyai kelapangan atau keluasan hidupnya (ertinya bagi yang mampu),tetapi tidak berqurban , janganlah ia mendekati tempat shalat kami maknanya tidak boleh hadir shalat Raya Eid Al-Adha pada hari tersebut".

Kepada siapakah daging qurban harus diagih-agihkan?

Daging qurban boleh dibahagi kepada tiga bahagian:-

1-Sepertiga untuk fakir miskin.

2-Sepertiga untuk ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

3.Sepertiga untuk diri sendiri dan bahagian ini boleh (harus) dimakan.

Akan tetapi yang terbaiknya (afdhalnya) yang berqurban makan sedikit sahaja daging qurbannya dan selebihnya di sedekahkan kepada yang memerlukannya.

Qurban adalah satu ibadah yang Allah redha dan rahmati.Allah sangat memberkati dan memberi ganjaran yang sangat lumayan dan besar kepada mereka yang berkemampuan menunaikan perintah qurban.

Hikmah qurban untuk menghayati sejarah pengorbanan yang sangat agung oleh Nabi Ibrahim khalilullah AS, yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail ketika Allah perintahkan menyembelih anaknya tersebut.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat akur dan  taat dengan arahan dari Allah sebulat hati mereka.

Akhirnya Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari disembelih oleh ayahnya lalu Allah gantikan seekor kibas yang gemuk dan besar sebagai qurban Nabi Ibrahim AS.

Sejarah ini satu mukjizat bagi seorang Nabi yang bergelar Khalilullah di sisi Allah.
Hikmah qurban ini sangat besar dalam agama Islam dan mempunyai rahsia-rahsia yang patut kita gali dan gembar gemburkan supaya kita rasa betapa besarnya hikmah ibadah qurban.Juga betapa hebatnya ketaatan Nabi Ibrahim AS serta anaknya Nabi Ismail AS.

Apa hukumnya mengagihkan daging qurban kepada orang yang bukan Islam?.
Menurut fatwa ulamak harus hukumnya daging qurban diagihkan kepada orang yang bukan Islam terutama jiran yang terdekat dan kawan yang rapat walaupun dia bukan Islam.



Lebih baik lagi jika orang bukan Islam itu masuk Islam dengan berkat makan daging qurban.
Orang yang dituntut tunaikan ibadah qurban

1.Orang Islam

2. Baligh (berakal)

3.Yang punya kemampuan.

Mana yang lebih afdhal
Sembelih seekor unta, seekor lembu atau seekor kambing, daripada berkongsi 7 bahagian?.

Lebih afdhal tidak dikongsikan qurban tersebut kerana jika berkongsi, nyawa dibahagi 7.Jika tidak mampu menyembelih seekor unta atau lembu eloklah sembelih qurban seekor kambing daripada berkongsi 7 bahagian, kerana kelebihan tidak berkongsi akan dapat bahagian yang sempurna  dari kepalanya, tanduknya, ekornya ertinya kita dapat qurban yang lengkap dan seekor penuh.


Akan tetapi harus hukumnya jika berkongsi 7 bahagian qurban unta atau lembu,sekiranya tidak mampu seekor seorang.

Binatang yang tidak sah qurban menurut syariat.

1. Binatang yang matanya buta sebelah atau kedua belah (jelas cacatnya).

2. Binatang yang berpenyakit (tidak sehat)

3.Binatang yang cacat anggotanya seperti jelas tempangnya berjalan pun terhuyung hayang.

4.Binatang yang terlalu kurus sehingga menampakkan tulangnya.

Tidak sah menyembelih ternakan qurban jika kekurangan yang terdapat pada binatang tersebut mengaibkan.

Jika tidak mengaibkan seperti ekornya patah atau telinganya sedikit terpotong boleh jadikan qurban sekiranya ia gemuk dan melepasi 4 syarat di atas.

Akan tetapi ada ulamak yang berpendapat makruh menyembelih qurban ternakan seperti sifat di atas walaupun ia gemuk dan tidak berpenyakit.

Walau pun makruh hukumnya namun ianya sah menjadi qurban.

Bagi yang berkemampuan berlumba-lumbalah untuk melaksanakan hukum qurban di hari Eid Al-Adha nanti.Bagi yang tidak mampu berdoalah bersungguh-sungguh kehadrat Ilahi , agar dilapangkan rezeki sehingga suatu hari nanti kita juga mampu menunaikan qurban yang sangat Allah redhai ini.

Amin Ya Allah.

Sunday, 7 September 2014

AQIQAH MENURUT PANDANGAN ISLAM


Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut di kepala kanak-kanak dicukur. 
Sementara pengertian aqiqah dari segi syarak ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. 

Adalah sunat untuk melaksanakan aqiqah dan mencukur rambut bayi pada hari yang ketujuh selepas hari kelahiran anak tersebut.Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan bolehlah ditangguhkam sehingga mereka mampu.

Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah SWT, sebagaimana penjelasan Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud, "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama". 
  (Riwayat Abu Dawud, Al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

HUKUM AQIQAH
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.


Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing sahaja.


Diriwayatkan daripada Sayyidatina Aisyah, bahawa Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.

 (Riwayat Al-Turmuzi). 

Daripada Ibnu Abbas RA pula menyatakan bahawa Rasullullah SAW, menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud) 



DAGING AQIQAH
Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. 


Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya, yang membawa maksud, "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
 (Hadis riwayat al-Hakim)


Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu waktu Aqiqah.

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih.


Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.


Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. 


Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya : "Rasulullah SAW, mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."


Syarat sah aqiqah ialah:-

*Berniat aqiqah ketika menyembelih.

*Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.


*Memenuhi syarat-syarat sembelihan.


*Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut


*Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh.


*Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.


Bagaimanakah sejarah bermulanya ibadah aqiqah?.


Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa, “Pada zaman Jahiliyyah apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.

Menurut riwayat Ibnu Sakan pula, “Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah S.A.W. 

Baginda menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.

S:Apakah hikmah daging aqiqah sunat dimasak manis?
J: Inilah antara perbezaan yang ada di antara korban dan aqiqah, daging korban sunat diagihkan dalam keadaan mentah, manakala daging aqiqah pula sunat diagihkan setelah dimasak dengan masakan yang manis.


Adapun hikmah kenapa kita disarankan memasak daging aqiqah dengan masakan yang manis-manis ialah kerana ia sebagai doa harapan baik (tafa-ul), mudah-mudahan akhlak dan kelakuan anak tersebut akan menjadi baik dan manis dipandang. Wallahua'lam.

S:Apakah hikmah tulang haiwan aqiqah tidak boleh dipatah-patahkan?

J: Kita dituntut supaya tidak mematahkan tulang-tulang haiwan sembelihan aqiqah, akan tetapi sunnah dipotong mengikut sendi-sendi haiwan tersebut. 


Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W. mengadakan aqiqah anaknya, maka Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makan dan jamulah seleramu tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya”.


Begitulah serba sedikit ilmu mengenai aqiqah menurut pandangan Islam.Sebagai bukti terima kasih kehadrat Allah Taala juga 

sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala atas anugerah kurniaan Allah dengan memiliki cahaya hati yang menjadi penghibur kepada suami isteri dan keluarga tersebut.


Monday, 1 September 2014

ROKOK IBARAT DURI DALAM DAGING

Bahaya Rokok 


Rokok adalah pembunuh secara senyap dan halus. 
Kesan negatifnya boleh dilihat dalam masa 5 atau 10 tahun ke atas.
Ianya tidak membunuh secara spontan seperti racun yang berbisa atau seperti bisa patukan ular tedung yang berbisa. 

Sebab itu ramai perokok tidak percaya rokok sangat merbahaya dan memberi kesan yang negatif pada tubuh badan mereka. 


Penagih rokok akan berkata lebih baik tidak ada makanan seharian daripada tidak dapat merokok seharian.Dahsyatnya pengaruh rokok. 

Lagi banyak hisap rokok lagi besarlah potensi negatif kepada diri perokok. Kalau sudah ketagih rokok akan menjadi penghisap TEGAR. 


Cuba usahakan berhenti merokok perlahan-lahan. Carilah rawatan alternatif yang boleh membantu anda berhenti daripada ketagih merokok. 

Tekad dan berusaha untuk berhenti daripada merokok adalah satu jihad.Jihad berhenti merokok adalah satu tuntutan agama.Ianya merupakan satu jihad yang PASTI Allah pandang. 

Di Palestin umat Islam berjihad dengan penuh tekad memegang senjata, jihad umat Islam di negara kita dengan tekad sepenuh hati berhenti merokok.

Jihad boikot kilang rokok Yahudi Israel. Itu jihad yang sangat besar di sisi Allah Taala. Sekiranya tabiat merokok gagal untuk dibenteras ertinya kita terus menerus memberi saham kepada ekonomi dan kilang rokok Yahudi.Tanpa kita sedari kitalah konco-konco Yahudi Israel laknatullah. Jika anda rasa tercabar dengan kenyataan ini, segeralah berhenti membeli dan menghisap rokok. 

Kalau sayĂ ngkan umur sendiri atau sayangkan orang tersayang dan sayangkan kaum keluarga yang terdekat berhentilah merokok. 
Ada yang terlalu ketagih rokok sehinggakan terpaksa menghisap rokok di dalam tandas, terutama para pelajar yang takut diambil tindakan disiplin oleh guru disiplin di asrama atau di sekolah masing-masing. 

Rokok haram hukumnya, ia adalah pendapat jumhur ulamak. Haram kerana effectnya sangat besar hinggakan boleh membunuh dan pendek umur. Merokok juga satu pembaziran .

Untuk jimatkan duit , disyorkan berhentilah merokok.Lebih baik duit beli rokok gunakan untuk kebajikan anak isteri atau infaqkan kepada mana-mana rumah kebajikan atau mana-mana pertubuhan Islam.Dapat pahala, dapat ganjaran syurga . InsyaAllah. 
  
Merokok sangat mengundang kemudharatan pada diri sendiri.
Juga sangat merbahayakan kandungan bagi si ibu,kerana rokok mengandungi pelbagai jenis racun dan kimia. 

Setiap sedutan asap rokok sebenarnya perokok telah menghidu 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan. 12 peratus keuntungan rokok adalah untuk Israel.Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk melariskan rokok mereka. 

Keuntungan purata 10 peratus atau USD 800 juta sehari.Jadi USD 9.6 juta duit umat Islam pergi ke Israel setiap hari.Maknanya kita mengkayakan mereka. Membantu ekonomi mereka mantap dan kuat. 

Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia yang bukan Yahudi.Rokok merupakan salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka . 

Rokok satu agenda Yahudi membunuh secara senyap dan licik. 
Pengasas Philip Morris adalah seorang Yahudi, beliau memberi sumbangan besar kepada Yahudi dan Israel . Apakata mulai saat ini,  penghisap rokok umat Islam kurangkan merokok dan akhirnya berhenti terus daripada ketagih rokok. 

Belian anda sangat membantu Yahudi dan menyokong pembunuhan orang Palestin. Hasil daripada duit rokok itulah mereka membeli peluru, membeli senjata dan lain-lain keperluan lagi untuk membunuh umat Islam di Gaza dan di mana sahaja. 

Perokok beragama Islam yang menghisap rokok keluaran syarikat Israel juga bersyubahat dengan Yahudi Israel secara tidak langsung samada sedar atau tidak, kerana syarikat pengeluar rokok ini menyumbang 10 peratus keuntungan kepada Israel untuk menentang jiran-jiran negara umat Islam di Gaza,Palestin dan lain-lain. 70 peratus perokok di Malaysia berbangsa Melayu. 

Para petani juga mestilah memberi kerjasama. Jangan lagi menanam tembakau, seeloknya gantilah dengan tanaman yang berfaedah seperti tanam pokok cili, jagung, ubi kayu, tomato , sayur-sayuran yang halal di makan. 

Boikot rokok sangat perlu kerana industri rokok adalah juga merupakan sumber utama yang menyumbang wang kepada Israel melalui hasil jualan tembakau. 
Philips Morris adalah Syarikat rokok Yahudi yang menguasai dunia.Philip Morris iaitu nama seorang peniaga Yahudi .Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia di Henrico County Virginia Amerika Syarikat . 

Bagaimanakah caranya rokok berkembang ke seluruh dunia?.
 Philip Morris sentiasa berkempen secara agresif melalui Philip Morris Internasional (PMI).

Tabiat merokok boleh mengundang pelbagai penyakit seperti barah, penyakit jantung, sistem penafasan yang lemah dan tersumbat. Paru-paru rosak, mengidap kanser kerongkong, kanser mulut, ulser perut, stroke, masalah selaput kanta mata dan rabun mata dan lain-lain lagi. 

Imam syafie telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya Al-Umm "Jika mereka mengambil sesuatu makanan atau minuman dan sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut yang boleh memabukkan maka perbuatan itu jelas HARAM. 

Merokok, menanam tembakau, memperniagakannya hukumnya "HARAM" kerana daripadanya terdapat kemudharatan. Rokok juga akan menjejaskan akal dan mental juga akan mensia-siakan masa depan kehidupan. Rokok juga mengandungi dadah (nikotin dan arak). 

Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain. Rokok membahayakan keturunan. Petikan kata-kata dari ustaz Don Danial Don Biyajid,
 "Tuan-tuan.saya nak bagi tahu, bila kita sedut ...dia masuk dalam paru-paru tuan-tuan, benda haram bercampur darah.dari kisar jadi air mani yang seterusnya jadi anak.Maafkan saya .anak itu terbina daripada benda yang HARAM. Maaf itu fakta.Tuan-tuan boleh rujuk". 
Bila dikatakan fakta ianya tidak akan berubah hukumnya sampai bila-bila. Kita kena jaga zuriat kita bersih. 

 Duit belian rokok juga membantu dan mengkayakan Yahudi Israel. Selaku umat Islam kita mestilah boikot apa sahaja yang datangnya dari Yahudi Israel. Kita mesti boikot apa sahaja yang menguntungkan Yahudi laknatullah. 

 Jika kita sekongkol dengan musuh Allah ini dengan memberi saham kepada ekonomi mereka dengan menjadi pelanggan tetap "Malboro,Dunhil,Benson and Hedges, Winston,Gold Coast, Bristol, Alpine,Basic ,Merit,Cambridge dan pelbagai jenama rokok lagi ertinya kita bersyubahat dengan mereka. 

Nanti akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak.
Doa ditolak dan tertolak bagi penghisap rokok. Sebab merokok hukumnya haram. 
Menyedut, menghisap yang haram sama hukumnya makan makanan yang haram, Sumbat ke mulut, ke bibir benda yang haram, macamana Allah hendak terima doa tersebut. 

Belajarlah berhenti menghisap rokok. Insya Allah hendak 1000 daya tidak hendak 1000 dalih. Minta doa kepada Allah berhenti merokok. siapa yang berpegang kepada sunnah Nabi dia mesti tidak menghisap rokok. 


Akhir zaman ini kaum wanita pun sudah mula pandai merokok, bahkan kadang-kadang lebih kronik dan ketagih daripada kaum lelaki. Ini maknanya jarum Yahudi laknatullah sudah berjaya masuk ke dalam jiwa umat Islam. 

Hukum merokok adalah haram -ustaz Azhar Idrus ..
Ma kuriha- apa yang syarak benci hukumnya haram.
Tiada khilaf ulamak.
  
http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-islam-nuril-anwar.html?m=1