Tidak
mustahil bagi Allah untuk mengkayakan semua hamba ciptaanNya yang
bernama manusia.Jika Allah berkehendak hal ini terjadi maka Allah akan
berkata "Kun Fayakun".Jadi... Maka akan jadilah.
Akan
tetapi Allah Maha Bijak, tidak dijadikan semua manusia kaya raya bahkan
ada yang miskin, ada yang fakir, ada yang hidup sederhana kaya, ada
yang kaya raya.Ini semua mengandungi hikmah disebalik apa yang Allah
lakukan.
Jika semua kaya raya siapakah yang mahu menangkap ikan dan sebagainya?.Siapa yang mahu menjadi nelayan pergi ke laut?
Jika
semua kaya raya siapa yang mahu berkhidmat dengan bumi atau tanah,
untuk bercucuk tanam?. Menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain
tanaman?.
Jika semua kaya raya siapa yang mahu menanam padi untuk menghasilkan beras?.
Siapa yang mahu menjadi penternak?, menternak kambing, biri-biri, lembu, kerbau, ayam itik dan seumpamanya?.
Siapa yang mahu ke kilang-kilang untuk memproses pelbagai produk dan keluaran ekonomi untuk masyarakat, negara dan dunia?.
Oleh
itu jangan persoalkan apa yang Allah putuskan, ada kaya, ada miskin
,ada orang susah, ada orang senang dan sebagainya.Itu hak Allah.Allah
Maha Mengetahui apa yang Allah lakukan.
Allah
yang beri kita rezeki.Dari kita janin lagi dalam perut ibu, Allah bagi kita makan
sampai kita besar dalam kandungan ibu 9 bulan 10 hari,bila lahir sahaja kita
ke dunia ini, Allah bekalkan kita dengan susu ibu yang lemak manis,
enak, lazat,berkhasiat tanpa perlu kita bayar 1 sen pun kepada Allah,
hinggalah kita besar dan boleh berdikari dan mencari rezeki sendiri
dengan izin Allah.Tidak cukup hebatkah Allah yang Maha Pemberi Rezeki
itu?.
Akan
tetapi kita selaku manusia selalu lupa diri dan angkuh.Bila sudah hidup
senang, kaya raya,mulalah kita lupa Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki
kepada kita selama ini. Lupa bersyukur dengan nikmat dari Allah.
Maha
Baiknya Allah kepada kita selaku hamba-hambaNya.Kita dalam durhaka pun
Allah tetap beri rezeki yang berterusan. Makan kenyang, tidor lena,
mandi pun basah.Itu pun masih tidak mahu mengaku kalah dengan
Allah.Masih hendak lawan Allah.Masih tidak mahu tunduk dan patuh kepada
Allah.
Masih
tidak mahu sembah Allah,Masih tidak mahu menutup aurat.Masih tidak mahu
mengeluarkan zakat dan amal jariah.
Masih tidak mahu patuh pada suruhan Baginda Rasul sebagai utusan Allah.Masih melanggar syariat Allah dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhramnya.Masih minum arak,main judi,hisap dadah dan rokok yang merosakkan mental dan diri, masih berlalai-lalai dengan hiburan yang menjauhkan diri dari Allah .
Dalam soal rezeki kadang-kadang manusia terlupa siapakah pemberi rezeki kepadanya.Bila berjaya mengaut rezeki untuk diri sebanyak mungkin mula merasa diri sangat mampu dan hebat, pandai menghasilkan rezeki yang melimpah ruah. Mula merasakan dirinya sangat bijaksana sehinggakan sangat mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dalam mencari rezeki.

Demikian
juga ada orang yang berpeluang mengagih-agihkan rezeki kepada orang
lain, mula perasan bahawa dialah punca rezeki dan mulalah merasakan
hebatnya diri mampu memberi rezeki kepada orang lain.
Astaghfirullah....
Astaghfirullah....
Ini
bagaikan perangai Qarun yang dicetak dalam dirinya.Lihatlah apa kata
Qarun apabila dia menjadi insan yang kaya raya ,kata Qarun "aku
diberikan harta kekayaanku ini disebabkan kepandaian yang ada
padaku.....".
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya yang hebat dan mengkagumkan semua orang yang melihatnya sambil mereka berkata "alangkah baiknya jika kita ada kekayaan seperti Qarun".
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya yang hebat dan mengkagumkan semua orang yang melihatnya sambil mereka berkata "alangkah baiknya jika kita ada kekayaan seperti Qarun".
Kata mereka lagi "Sesungguhnya Qarun seorang yang bernasib baik".
Akan
tetapi orang-orang yang diberi ilmu hati, mereka difahamkan Allah akan
maksud Tuhan jadikan Qarun seangkuh itu sambil berkata"janganlah kamu
berkata sedemikian...pahala dari Allah adalah lebih baik bagi
orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan tidak akan dapat
menerimanya melainkan mereka yang sabar.
Surah al-Qasas 78-80
Surah al-Qasas 78-80
Bukankah Tuhan sudah tentukan rezeki, jodoh, ajal maut kita sejak azali lagi?.
Firman Allah Taala yang membawa maksud,
Firman Allah Taala yang membawa maksud,
"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu, tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah.Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi .Tiada Tuhan melainkan Dia.Maka mengapa kamu rela dipalimgkan dari menyembahNya?".
Surah Al-Faatir ayat 3.
Allah boleh tarik rezeki bila-bila masa sahaja.Allah boleh miskinkan orang kaya.Allah boleh bakar rumah kita dalam sesaat jua.Allah boleh tarik rezeki ilmu yang ada dalam dada kita dengan hilangkan ingatan kita, samada terencat akal(gila)atau sebagainya.

Oleh itu takutlah Allah setiap masa .Sembahlah Allah selagi hayat dikandung badan.
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
Semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
Semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.
Amin Ya Allah.
No comments:
Post a Comment