Tuesday, 30 September 2014

AGUNGKAN ALLAH WALAU DI MANA JUA BERADA.



Allah Maha Agung,Allah Maha Besar,Allah Maha Perkasa, Allah Maha segala Maha.Oleh itu takutilah Allah.Allah boleh bertindak apa sahaja ke atas kita walaupun dalam sekelip mata.

Walaupun kita durhaka kepadaNya namun Allah tetap beri nikmat kepada kita selaku hamba-hambaNya.
Allah tidak marah bernafsu terhadap hamba-hambaNya.

Allah sangat sayang kepada makhluk ciptaanNya, cuma kita sahaja tidak pernah sensitif dengan kasih sayang Allah yang Maha Baik terhadap kita selaku hamba-hambaNya.

Allah tidak pernah minta kita bayar apa sahaja nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita walaupun Allah beri  bermacam-macam nikmat kepada kita.

Jika Allah mahu hitung anugerah nikmat yang dikurniakan kepada kita, pasti tidak mampu kita membayarnya walaupun sebiji mata yang Allah ciptakan dan beri kepada kita.

Begitulah Maha Hebatnya Allah.Maha Pemurahnya Allah. Sifat (Ar-Rahman Ar-Rahim) kasih sayang Allah tidak ada batasnya dan tiada siapa yang mampu menandinginya.

Allah hanya mahu kita menyembahnya.Menyembah Allah tidak perlu kepada wang ringgit.Tidak perlu kepada sijil, tidak perlu kepada pangkat, darjat .

Akan tetapi cukuplah menyerahkan hati kepadaNya.Menyembahnya dengan tidak bermusim.


Membuktikan syukur kepada Allah atas kebaikanNya kepada kita dengan menyerah diri kepadanya, sujud syukur mengagungkanNya dalam shalat lima waktu sehari semalam.Itu sahaja yang Allah pinta.

Allah membalasi kebaikan hamba ciptaanNya dengan memberi ganjaran syurga dengan rahmatNya.

Allah juga menghukum kejahatan hamba ciptaanNya atas keadilanNya yang Maha Adil.Itulah Allah yang Maha adil dan Maha Saksama.

Jika begitulah Allah, marilah kita angkat takbir Allahu Akbar (Allah Maha Besar) sebagai tanda kita membesarkan Allah. Kalau kita bawa Allah ke mana-mana ,Allah Maha Besar ertinya kita tidak takut siapa-siapa lagi selain Allah. Dialah segala-galanya bagi kita.

Maksudnya Allah perintahkan kita ucapkan berulang-ulang kali  Allahu Akbar.
Dalam shalat kita supaya Allah Maha Besar yang lain kecil belaka. Allah minta kita rasa Allah Maha Besar setiap kali naik turun nafas kita.


Orang yang nampak Allah Maha Besar, Allah Maha Agung dalam takbir shalatnya yang lain dia nampak kecil semuanya,Ia tidak akan melanggar titah perintah Allah.Tidak akan sanggup melakukan maksiat dan durhaka kepada Allah.

Tidak akan biadab dengan Allah.
Barang siapa yang Allah hendak bagi seseorang itu baik maka Allah akan bagi dia jadi faham pada agamaNya.Dia tidak akan takut kepada manusia mengatasi takutkan Allah.Jika hati tidak agungkan Allah, tidak rasa Allah Maha Besar maka akan terjadilah majikan lagi besar dari Allah yang Maha Besar.

Maka akan terjadilah.... Boss kita kata tidak boleh sembahyang!!.... kita pun tidak sembahyang.Rasa majikan atau boss lebih besar dari Allah. Tidak rasa Allah Maha Besar. Ada kerja tidak sempat hendak sembahyang sebab boss tidak bagi sembahyang waktu kerja. Habis kerja baru boleh sembahyang. Sudah hendak habis waktu baru terkejar-kejar hendak sembahyang.

Sanggupkah kita  duduk dalam neraka semata-mata  hendak taat kepada boss???.....
Ini maknanya takutkan manusia lebih dari takutkan Allah.Takut dibuang kerja, takut dipotong gaji, takut periuk nasi tumpah.Takut poket bocor.Takut macam-macam takut yang tidak munasabah.

Siapakah yang bagi kita rezeki? Bukan boss kita!!!! akan tetapi Allah yang bagi kita rezeki.Allah yang lebih layak ditaati dari boss kita.Boss kita itu pun Allah yang beri dia rezeki.

BOSS kita yang sebenar ialah ALLAH.
Dialah OWNER kita dunia akhirat.
Mati nanti kita akan kembali kepadaNya, Tuhan yang mencipta kita dari tiada kepada ada.Kita adalah milik Allah bukan milik siapa-siapa.

Jangan terpedaya dengan  cara-cara pemikiran Yahudi Nasrani.Dendam kristian Yahudi Nasara tidak habis kepada Umat Islam sejak zaman Nabi lagi.

Panjatkanlah setinggi-tinggi doa semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah sentiasa mengagungkan Allah.Doa juga semoga kita dijauhi dari terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh Zionis Barat yang merugikan.

Dendam lama Yahudi Kristian berusaha sedaya upaya supaya umat Islam masuk agama mereka, atau murtad atau ikut millatahum (cara hidup mereka).

Orang Portugis tidak berjaya mengkristiankan orang-orang Melayu di  Tanah Melayu walaupun mereka berjaya menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu.Ini juga satu dendam kepada mereka. Ingat!!! sejarah ini sangat besar kepada Umat Islam.

Serangan fikiran atau perang saraf adalah sangat bahaya  mengikut cara hidup orang Barat.

Hatta tattabia'millatahum hingga kita ikut cara hidup mereka. Anak pandai cakap bahasa Inggeris kita sangat bangga, kalau anak tidak pandai membaca Quran, tidak pandai shalat, tidak pandai menulis jawi,tidak pandai fardhu ain, kita tidak malu bahkan tidak kisah pun dan tidak marah.

Inilah buktinya pengaruh Barat sebenarnya sudah menjajah hati dan perasaan kita Umat Islam walaupun negara kita sudah merdeka namun kita masih di jajah fikiran dan hati oleh Barat.

Hati-hati... Jika ianya dibenarkan terus meracuni darah daging , hati, fikiran dan hidup kita maka generasi dan zuriat kita akan datang akan lupa Allah.Lupa Rasulullah, lupa adanya hari akhirat, lupa adanya alam barzakh(alam kubur), lupa adanya Padang Mahsyar dan lupa adanya bangkit kali kedua sesudah matinya kita .

Ya Allah semoga Engkau selamatkan kami dan semua generasi keturunan kami agar benar-benar mengagungkan Mu. Selamatkanlah kami dari terpedaya dengan hasutan dan tipu daya musuh-musuhMu di dunia ini.

Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment