web stats

Tuesday, 14 April 2015

COOKIES-HOME MADE-100% PRODUK MUSLIM.

  BERITA BAIK UNTUK ANDA!!!....

(Projek Fardhu Kifayah Makanan Islam)
Nuril Anwar Enterprise (NS0065733-D).

Homemade-100% Produk Muslim.
Suci, halal, sedap dan ranggup....hmmm serta sangat menyakinkan.

Persiapan Sempena Syawal menjelang tiba....... 
kami mengeluarkan biskut raya seperti berikut:-




(HARGA TERTERA TIDAK TERMASUK KOS POS).

1.Almond London.
Sebalang/Container RM18.00 (30-33 biji)
Sebalang kecil RM 12.00 (17-20 biji).



2.Tart Nenas gulung.
Sebalang / Container RM18.00 (30-33 biji).
Sebalang kecil RM 12.00 (18-23 biji).





3.Biskut Mazola Kacang.
Sebalang kecil RM 10.00 (38-40 biji).
Sebalang sederhana RM12 (50-55 biji).
Sebalang besar RM18.00 (40-44 biji).Cetak besar.



4.Biskut Suji Arab.
Sebalang kecil RM 10.00 (30-36).
Sebalang sederhana RM 12.00 (43-46 biji).
Sebalang besar RM 18.00 (40-44 biji).Cetak besar.



5.Choc. Chips Cookies.
Sebalang kecil RM 12.00 (34-40 biji)
Sebalang  sederhana RM18.00 (50-55 biji).





6.Red Velvet Chips Cookies
Sebalang kecil RM12.00 (34-40 biji).
Sebalang sederhana RM 18.00 (53-56) biji


7.Biskut Badam Chocolate.
Sebalang kecil RM 12.00 (34-40 biji).
Sebalang RM 18.00 (50 biji).




8.Biskut Puteri Solehah.
Sebalang kecil RM 12.00 (16-19 biji).
Sebalang/ Container RM 18.00 (30-33 biji).



9.Biskut Samperit Chocolate.
Sebalang kecil RM 12.00 (34-40 biji).
Sebalang  sederhana RM 16.00 (50-55 biji).



10.Kacang Santung Wangi.
Sebalang kecil RM 9.00
Sebalang sederhana RM 12.00.



11.Pelbagai Jenis Kerepek atau makanan ringan untuk juadah hari raya seperti ( kerepek bawang,

kerepek pisang tanduk, ubi pedas basah,ubi BBQ, 
maruku,kueh siput,kacang telur ranggup dll). 

Kami sedia menerima sebarang tempahan atau order, samada melalui pos laju atau khidmat penghantaran ke rumah hanya lokasi berdekatan (sekitar seremban) sahaja.

Kami juga sangat mengalu-alukan para pengedar Biskut Raya Aidil Fitri 2015. Harga pengedar boleh dirundingkan.Kami bersedia menjadi Pembekal Biskut Raya kepada anda .

Sebarang pertanyaan dan jika anda berminat boleh hubungi atau sila buat temu janji melalui
Ummu Sayyidah @ Nuril Anwar Cookies, ditalian (013-5107 313 @ Whatsapp 019-6280 894).



Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan 
Al-Mubarak dan Syawal menjelang tiba tidak lama lagi.Maaf zahir batin dari kami.



Salam Ceria untuk semua pembaca Blog Ummu Sayyidah Al-Muznibah 2015.

Friday, 10 April 2015

HATI SEORANG HAMBA

MUTIARA HATIKU UNTUKMU



Hati seorang hamba,
sepatutnya sangat sensitif dengan Tuhan yang Maha Pencipta.
Bila diuji dengan sakit, 

Allahlah tempat meminta kesembuhan.

Bila diuji dengan kesusahan,
Allah jualah tempat mohon kesenangan.
Bila diuji dengan kesempitan hidup,
Allah jugalah tempat mohon diluaskan dari segala kesempitan tersebut.

Bila diuji tiada makanan dan minuman,
Allah tempat meminta rezeki.
Allah tempat mengadu segalanya.
Bila diuji dengan kesedihan dan kepedihan di hati,
Allahlah sumber kebahagiaan dan kesenangan hati.



Bila diuji dengan cercaan dan penghinaan manusia,
ucapkanlah Maha Suci Allah dari segala kekurangan, 

Mahasuci Allah dari segala yang hina dina.
Hati akan kuat dengan cacian, 
jika Allah di dalam hati, Nabi di sisi.
Jika diuji dengan bencana apa sahaja,
Allah berfirman maksudnya,
(Mintalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan).
Maknanya mintalah pertolongan dariNya,

pasti Dia akan kabulkan hajat kita.



Bukankah segala apa yang ada di dunia ini Allah punya?.
Allah boleh lakukan apa saja yang kita tidak mampu lakukan.
Allah boleh adakan yang tiada,

Allah boleh tiadakan yang ada.
Allah boleh terangkan yang gelap gelita,
Allah juga boleh gelapkan yang terang benderang.

Allah boleh luaskan yang sempit,

Allah boleh sempitkan yang luas.
Allah boleh sembuhkan yang sakit, 

Allah boleh sakitkan yang sihat.


 
Begitulah Allah boleh lakukan apa sahaja bila Dia berkehendak, jadi kataNya, maka akan terjadilah.
Tiada yang mustahil bagi Allah.

Oleh itu marilah kita semua menyembah Allah,

pulanglah kepangkuan Allah.
Allah adalah sebaik-baik tempat kita meminta dan memohon segala-galanya,
walaupun dosa kita sebanyak buih-buih di lautan. 
Jika benar kita mengaku kita adalah seorang hamba.
Yakinlah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Nukilan seorang hamba
Ummu Sayyidah Al-Muznibah 2015

DIALAH ALLAH


MUTIARA HATIKU UNTUKMU


Inilah Dia ...Allah
Allah boleh tidurkan kita
Allah boleh jagakan kita dari tidur
Allah boleh cacatkan pancaindera kita
Allah boleh sempurnakannya juga

Allah boleh matikan kita
Allah boleh juga hidupkan kita
Allah boleh sakitkan kita
Allah boleh juga sembuhkan kita.

Allah boleh banjirkan dunia ciptaanNya
Allah boleh kemaraukan bumi di mana sahaja
Allah boleh turunkan hujan, ribut petir, angin taufan di merata dunia. Allah boleh huru harakan dunia bila-bila sahaja
Allah boleh juga amankan dunia sekelip mata jua.


 Allah boleh arahkan gunung-ganang bergegar dan bergongcang hancurkan segala yang ada.
Mana tempat yang Allah suka,
Allah boleh beri rahmat sepenuhnya.
Mana tempat yang Allah mahu musnahkannya,
Allah mampu sahaja lakukannya.
Semuanya dalam genggamanNya yang Jabbar lagi Qahhar.
  
Allah boleh dan cukup mampu lakukan apa sahaja dalam satu lahzah, mengikut Qudrat dan IradahNya.
Tiada siapa yang boleh menghalangnya.
Kun kata Allah maka Fayakunlah jadinya.

Allah boleh kayakan si miskin, Allah boleh miskinkan sikaya.
Allah boleh tuakan orang muda, Allah boleh mudakan orang tua, tidak mustahil bagi Allah walaupun mustahil bagi hamba ciptaanNya.



 
Allah boleh jayakan bisnes siapa sahaja. 

Allah boleh ranapkan perniagaan siapa yang Allah suka.
Tidak ada yang terlepas dari pandangan Allah.
Oleh itu takutilah Allah,
kerana Allah boleh lakukan apa sahaja ke atas kita selaku hambaNya.
Samada kita suka atau tidak suka
Semuanya dalam kuasa Allah.
Inilah Dia Allah namaNya.


KuasaNya tiada tandingan dan bandingan.
Semua yang ada Dia yang punya.
Maha Suci Allah dari segala yang lemah dan kurang.
Inilah Dia Allah, Zat yang Maha Perkasa lagi Maha Agung.
Tuhan yang Maha hebat lagi Maha Segala Maha.

Takutilah Allah, gerunlah kepadaNya.
Jangan main-main dengan Allah.
Surrenderlah dengan Allah,
melalui shalat mengangkat takbir dalam membesarkanNya,
jika benar kita adalah hamba Allah.

Nukilan Hamba
Ummu Sayyidah 2015

YA RASULALLAH YA NABIKU


Ya Rasulallah Ya Nabiku...
Engkau adalah permata hati umatmu...

Ya Rasulallah Ya Nabiku...
keranamu.....
Umatmu mendapat rahmat dari Tuhan sekalian alam.


Ya Rasulallah Ya Nabiku...
keranamu.... 
Allah muliakan umatmu, dunia dan akhirat.

Ya Rasulallah Ya Nabiku...
keranamu.... 
Allah ciptakan alam semesta yang indah ini.

Ya Rasulallah Ya Nabiku...
keranamu....
Allah menawarkan Syafaat Kubra darimu buat umatmu yang tulus hati padamu.


Ya Rasulallah Ya Nabiku...
kerana jasa-jasamu dan pengorbananmu....
Umatmu dapat mengecapi kemanisan iman dan Islam hingga ke hari ini.

Ya Rasulallah Ya Nabiku...
keranamu....
Umat manusia dapat berkasih sayang sesama insan, walaupun berlainan keturunan, pangkat dan darjat.



Ya Rasulallah Ya Nabiku....
keranamu....
Umat manusia kenal Allah dan Rasulnya.
Juga kenal dirinya sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi ini.


Namun malangnya orang-orang kafir mendustakanmu dan menganggap dirimu bagaikan racun yang berbisa pada mereka.

Sungguh malangnya mereka yang mendustakan kehadiranmu yang membawa rahmat pada alam maya ini.


Orang kafir merasakan kezahiranmu membunuh agama datuk nenek moyang mereka, serta mencabar agama datuk nenek moyang mereka yang menyembah patung berhala yakni menyembah Al-Latta dan Al-Uzza,menyembah api,menyembah matahari, menyembah bulan bintang, menyembah pokok dan seumpamanya,
sedangkan kezahiranmu ke dunia ini membawa bahagia dan jalan siraatalmustaqiim (yakni jalan yang lurus lagi benar).

Malangnya orang-orang kafir 
mendustakanmu.Mereka menuduh dirimu tukang sihir, penipu serta gila.
Maha Suci Allah dari menciptakanmu sehina itu.Engkau adalah sesempurna ciptaan Allah terhadap manusia di muka bumi ini.

Rugilah golongan yang mendustakanmu di dunia, bahkan lebih lagi rugi di akhirat.Pada orang-orang Mukmin, engkau Ya Rasulallah SAW, adalah obor pada dunia, pembawa rahmat untuk sekalian alam.



Engkau Ya Rasulallah... 

Adalah cahaya bagi segala cahaya.
Ubat bagi segala penyakit.
Anak kunci bagi segala kejayaan.
Rahsia bagi segala rahsia.

Engkaulah Penghulu bagi sekalian umat manusia.Engkau adalah
permata hati Mukmin yang sangat berharga dan sangat bernilai lebih dari nilai segunung emas, segunung intan permata, bahkan lebih berharga dari bumi dan seisinya.

Ya Allah...anugerahkanlah kami menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Aamiin Ya Allah....



HATI INI ANUGERAH ALLAH

Hati ini anugerah Allah.
Hati ini bagaikan raja dalam diri.
Baik hati baiklah segala anggota tubuh badan atau segala pancaindera.

Jahat hati maka jahatlah sekalian anggota tubuh badan manusia.
Hati ini menentukan seseorang beriman, fasik atau munafiq.
Hati ini wajib dijaga, dibajai dengan baja iman dan taqwa.



Hati ini mesti disuburkan dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji).
Bukan sifat tercela yakni mazmumah.
Hati ini mesti digilap disucikan dengan air mata taubat.
Bukan dengan air mata yang penuh kepura-puraan dan palsu.



Hati ini mesti mendapat cahaya Nur Ilahi dan cahaya Nur Muhammad.Barulah hati ini terpimpin dan mendapat panduan.
Hati ini jika tidak disucikan akan gelap dengan kejahilan dan kemungkaran.

Dalam dunia buta mata hati maka di akhirat meraba dalam kegelapan cahaya iman dan taqwa.
Hati jika tidak dipandu akan tersasar jalan di dunia lagi. Jika terus dibiarkan akan tersasar hingga terjun ke neraka.Wal'iyazubillahiminzaalik.


Oleh itu peliharalah hati kerana hati tempat jatuhnya pandangan Allah yang Maha segala Maha.

Ya Allah... Ya Tuhan kami...tolonglah pelihara hati kami dari kemungkaran yang menyesatkan.

Aamiin Ya Rabbal Aa'lamiin.