web stats

Tuesday, 28 October 2014

ANJING DAN BABI NAJIS MUGHALLAZAH-HARAM DISENTUH.

Salam persaudaraan seIslam dariku buat seluruh umat Islam sedunia. 

Supaya diriku ada hujah di hadapan Allah di Hari Pembalasan kelak mengenai isu "Kempen Sentuh Anjing" yang telah berlaku baru-baru ini, maka Ummu Sayyidah mempersembahkan sebuah artikle mengenai isu ini.


Walaupun tulisanku ini amat dhaif ibarat seekor burung pipit yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim AS, yang membawa air setitik demi setitik dengan paruhnya,namun pipit tersebut tetap melaksanakan tanggungjawabnya ketika itu.

Secara peribadi Ummu Sayyidah tampil ke hadapan dengan sebuah tulisan yang  berkaitan dengan ISU PANAS yang sangat mengejutkan kita semua rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam.

Semoga Allah dan Baginda Rasulullah SAW,redha kepadaku dan kepada kalian semua yang mengambil bahagian dalam membela hukum Allah di muka buminya ini.
Amin.





Program Kempen Sentuh Anjing adalah kempen yang tidak sepatutnya berlaku di negara kita .Ini adalah satu program yang tidak wajar terjadi.

Sebagai umat Islam tentu kita rasa sangat tercabar dan sangat tersinggung apabila hukum Allah terhadap binatang yang hukumnya najis Mughallazah (najis berat) ini diringankan.


Seolah-olah kita mahu cipta hukum sendiri dan mahu menghalalkan hukum yang jelas haramnya dari segi hukum Fekahnya mengikut Mazhab Imam Syafie.

Anjing dan Babi adalah sejenis binatang yang hukumnya Najis Mughallazah.Jika tersentuhnya dengan tidak disengajakan pun hukumnya mesti SAMAK dengan air tanah dan air Mutlak, apatah lagi jika menyentuh anjing dan babi dengan sengaja,tidak cukup dengan SAMAK sahaja, ianya mesti SAMAK HATI atau ROH dengan TAUBATAN NASUHA, mesti taubat sungguh-sungguh dan minta keampunan dari Allah Taala semaksimumnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu maka basuhlah sebanyak 7 kali.Salah satunya dengan tanah".
Riwayat Al-Bukhari.

Menghalalkan hukum yang Allah haramkan bukan satu dosa kecil bahkan ianya adalah dosa yang amat besar.Dosa seperti ini mesti ditaubatkan sungguh-sungguh.

Peringkat awalnya sentuh-sentuh dahulu,lama-kelamaan anjing akan menjadi binatang kesayangan seperti kucing Siam, kucing Persia, kucing Anggora dan lain-lain lagi,akan dibela,dibelai,dicium,dipeluk dan akhirnya akan menjadi 
teman di bilik tidur dan seumpamanya.
Ini semua tidak mustahi lakan dan boleh berlaku.

Jika sedari awal tidak dibenteras,agenda musuh yang halus dan licik ini akan menguasai diri,hati perasaan atau roh umat Islam.Akhirnya anjing akan menjadi binatang kesayangan Umat Islam dan akan berligar-ligar di rumah-rumah umat Islam.

Sabda Baginda Nabi SAW lagi yang bermaksud, "Sesiapa yang memelihara anjing kecuali untuk buruan ataupun untuk menjaga ternakan maka akan berkuranganlah pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)".
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Generasi dan keturunan yang masih kecil atau baru lahir ke dunia ini nanti akan keliru apakah hukum sebenarnya menyentuh dan memeluk anjing.Jangka masa panjang ianya akan menjadi tradisi kepada generasi kemudian.Ini adalah agenda yang sangat merbahaya terhadap agama Islam.

Lebih sedih dan rasa tercabar lagi apabila melihat kaum Hawa yang memakai tudung serta purdah turut terlibat dalam agenda kempen sentuh anjing ini.Hal ini sangat mengaibkan Islam.

Agenda "Kempen Sentuh Anjing" atau "I Want to Touch A Dog",
anjuran Syed Azmi Al-Habsyi ini mestilah diambil perhatian serius dan dia hendaklah diberi kesedaran  dan kefahaman yang mendalam oleh para Ulamak dan mana-mana pihak yang berwajib serta oleh masyarakat Islam amnya. Sebelum ianya menular dengan lebih dahsyat, kerana program ini lama-kelamaan akan merosakkan akidah umat Islam sejagat.

Umat Islam sepatutnya lebih berhati-hati dengan anjuran kempen seperti ini.Sebelum ini kempen arak besar-besaran, sekarang ini Kempen Sentuh Anjing pula selepas ini kempen apa pula?.....tidak mustahil nanti kempen yang lebih dahsyat dan mencabar lagi .....jika ianya dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Walaupun waktu berkempen itu hanya 2 jam sahaja,akan tetapi ianya sangat memberi kesan yang amat mendalam dan negatif kepada umat Islam.Waktunya walaupun sedikit cuma,tetapi jika ianya tidak dibenteras sikit-sikit akan jadi bukit(kata orang tua-tua), lama-lama akan jadi gunung, dan akhirnya akan merebak bagaikan virus merbahaya yang tidak boleh dibendung lagi.


Hukum Tuhan mesti diperjuangkan dan dipertahankan,
kalau bukan kita selaku umat Islam yang bangun dan bersuara membantah Kempen seperti ini hendak harapkan siapa lagi?....
Siapa lagi?....
Menyentuh anjing atau babi dengan sengaja adalah HARAM,menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Walau dengan apa alasan sekalipun.

Hukum Allah mana boleh kita hendak pinda atau hendak logik-logikkan dengan akal kita.Haram tetaplah haram, seperti haramnya minum arak, main judi, tikam loteri, berzina, bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram, makan riba dan lain-lain lagi yang Allah haramkan.


Dunia sudah penuh dengan zulumat, kemuncak kezaliman dan kebatilan.Dunia ini Allah akan selamatkan di akhir zaman dengan mengutuskan penyelamat ummah untuk membawa kemuncak keadilan dan kemakmuran.

Allah akan turunkan Nabi Isa dari langit, dan memberi amanah kepada Nabi Isa untuk membunuh Dajjal Laknatullah yakni Maharaja Sihir Akhir Zaman, akan tetapi sebelum Dajjal dibunuh, Nabi Isa akan membunuh semua babi-babi yang ada di dunia ini,
sebagai bukti kepada kita bahawa binatang yang hukumnya najis Mughallazah ini jijik dan kotor. 
Atas dasar itulahTuhan amanahkan kepada Nabi Isa Al-Masih, memusnahkannya kelak.

Hukum binatang anjing sama hukumnya dengan binatang babi.
Najis Mughallazah tetaplah hukumnya Najis Mughallazah sampai mati.Ianya tidak akan berubah menjadi hukum najis mukhafafah atau najis Mutawassithah.

Haram tetaplah haram hukumnya.Najis Mughallazah tetaplah hukumnya Najis Mughallazah walau apa hujah sekali pun.Walaupun atas alasan hendak hilangkan rasa takut,ngeri terhadap anjing.Ini bukan satu kaedah yang tepat dalam ajaran agama Islam.

Berkasih sayanglah dengan kucing yang pelbagai nama dan jenis yang Allah ciptakan.Halal lagi cantik,comel,menakjubkan dari anjing.Hairannya.....kenapalah anjing juga yang menjadi pilihan untuk disentuh dan dibelai?.

Tidak menjadi kudis atau tidak mati jika tidak sentuh dan tidak belai anjing.Buatlah Kempen yang lebih wibawakan agama Islam,Kempen bantu anak-anak yatim ke....atau Kempen "I Want To Touch Anak Yatim",bantu fakir miskin ke.....Kempen baca Quran ke....Kempen hafal Quran ke...Kempen ziarah orang sakit di hospital ke.....dan macam-macam kempen yang berlandaskan agama Islam yang boleh kita buat besar-besaran.

Anjurlah anjuran Kempen yang Allah dan Rasulullah redha dan terhibur.Kempen yang boleh menyemarakkan lagi syiar Islam dan mendaulatkan lagi Kalimah Toyyibah di muka bumi Allah ini.
Agar dengan itu natijah atau hasilnya ramai orang yang bukan agama Islam tertarik dengan Islam dan nampak betapa indahnya dan betapa cantiknya agama Allah ini.

Wahai saudara-saudaraku yang seagama denganku.
Ketahuilah kalian semuanya, hukum menyentuh anjing sama dengan hukum menyentuh babi, kerana ianya sama-sama hukum Najis Mughallazah.

Babi yang akan dibunuh oleh Nabi Isa Al-Masih akan datang.Janganlah kita turut menyokong agenda atau kempen yang Allah tidak redha dan Nabi tidak suka ini.Kelak kita yang akan binasa dunia akhirat.

Marilah semua kita bertaubat kepada Allah,Tuhan kita semua, supaya apa yang berlaku Allah tidak turunkan bala bencana ke atas negara Malaysia tercinta ini.
Allah boleh saja lipat dan gulung bumi ini dalam sekelip mata jika Allah mahu di atas dosa dan kemungkaran yang telah kita lakukan selama ini.

Semoga taubat kita diterima.Insaflah, bertaubatlah kita semua, semoga keberkatan hidup menyelamatkan kita di alam Akhirat nanti.Ambillah kesempatan sempena tahun baru Islam 1436H ini untuk berubah dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat. 

Ampunkan kami Ya Allah.Taubatkanlah kami Ya Allah di atas kecuaian dan kelalaian kami selama ini.TUBNA ILALLAH YA ALLAH.........

Amin Ya Allah

2 comments:

  1. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu maka basuhlah sebanyak 7 kali.Salah satunya dengan tanah".
    Riwayat Al-Bukhari.


    Sesiapa yang memelihara anjing kecuali untuk buruan ataupun untuk menjaga ternakan maka akan berkuranganlah pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)".
    Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

    Ni sabda2 Nabi (s.a.w.) mana ada yg mengatakan haram? Dgr sini saya jelaskan. Sentuh anjing bukan haram bukan dosa. Tak sertu selepas menyentuh anjing tu yang mendatangkan dosa.

    Klau mmg betol haram, apa yg Nabi sabda kan "sesiapa yang memelihara anjing selain dari buruan atau menjaga ternakan...." aik?! Ingatkan haram memelihara anjing skrg boleh pulak kata Nabi (s.a.w.)... jadi mana satu ni?? Cuba jelaskan pada saya..

    Jadi ni saya nak tanya, jikalau ternampak seekor anjing sedang sakit merayu mintak tolong, kamu akan biarkan dia sebegitu?? Mana ajaran kamu seperti seorang muslim untok bersimpati dgn semua haiwan? Tak boleh tolong sebab dia tu haram?

    Atau lagi satu senario, klau seorang doktor haiwan yang dapati seekor anjing sedang sakit... "oohh anjing haram ni... tak boleh tolong..."

    Pada saya tak masok akal... tolong jelaskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak haram pon sentuh babi ngan anjing dan kalau nk tahu jwapan kena lihat semua aspek,masa,tempat dan berfikiran neutral

      Delete