Saturday, 7 March 2015

AMBILLAH PENGAJARAN DARI SEGALA BENCHANA YANG MENIMPA DIRI


 
Langit baru sahaja selesai menangis dek kesedihan yang memuncak, bumi pula masih bergegar menggeletar takutkan kemurkaan Tuhan di atas kemungkaran insan pada Tuhan.Tanah mula menggelonsor dan bergerak meruntuhkan apa saja di atasnya.

Terkini pula musim panas terik matahari mula membakar apa saja yang perlu dibakar, rumah terbakar, hutan terbakar, gedung-gedung perniagaan terbakar bahkan kenderaan pun banyak yang terbakar.Lebih parah lagi air sungai sudah mula surut, bimbang sekali kemarau mengundang tiba.Inilah simboliknya terjadi bencana alam di merata tempat.




Manakala air laut pula bergulung-gulung, tidak tenang lagi kerana angkara manusia yang semakin lupa daratan.
Air sungai yang sejuk mata memandang sebelum ini,sudah pandai memprotes dan berkocak-kocak dengan ganasnya, mengenangkan insan sudah durhaka dengan Tuhannya dan Nabinya.Sudah banyak mangsa mati lemas dalam sungai dan air terjun.



Pokok-pokok dan gunung ganang terhuyung-hayang tidak tegak lagi kerana penghuni bumi tidak taat pada perintah Allah dan Rasulnya.

Tentera  api, angin pun sudah mula mengamuk di sana sini kebakaran, di mana sahaja ribut taufan berlaku.Tercabut melayang segala harta benda , berterbangan jadinya.
Huru hara manusia dibuatnya.



Tentera udara pun mula memprotes, mengamuk hinggakan habis kapal terbang dihumbankan  ke laut dan dihempaskan ke bumi hancur berkecai.Semuanya ini ada maksud Tuhan yang tersurat dan tersirat.Janganlah kita buat tidak faham akan bencana terkini.



Semuanya ada maksud Tuhan, mahu menyedarkan kita hambaNya di akhir zaman.Tuhan mahu kita sembah sujud syukur kepadaNya sahaja, tidak yang lain selain dariNya yang Maha Berkuasa.



Tentera virus kuman pun mula aktif bereaksi menyerang siapa saja dengan pelbagai penyakit yang tiada ubat dan penawarnya.
Penyakit yang aneh dan pelik mula menyerang dunia. Maka berleluasalah jangkitan kuman dan virus yang entah dari mana punca datangnya.Merebak dengan ganas membunuh siapa sahaja.



Itulah Maha Hebatnya Allah melakukan apa saja yang diluar kemampuan akal manusia memikirkannya.Maha Suci Allah dari melakukan perkara yang sia-sia.

No comments:

Post a Comment