Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang usulan hubungi 013-5107 313
Sunday, 29 March 2015
MENGAPA IMAN PENTING DALAM KEHIDUPAN?
Iman satu kalimah atau satu perkataan yang senang disebut namun ianya sangat susah dimiliki oleh seseorang.Iman bukanlah ibarat batu-batu kerikil ditepi-tepi jalan, atau bukan juga ibarat debu-debu yang berterbangan dibawa angin, ianya bukan juga bagaikan pasir-pasir yang bersepah di tepi-tepi pantai atau di mana sahaja, bahkan di perkarangan rumah kita pun menimbun banyaknya.
Jika iman seperti perumpamaan di atas, ertinya mudah sekali untuk memilikinya, di mana sahaja kita berada boleh sahaja tersepak-sepak dan terserempak dengannya.
Akan tetapi iman suatu yang sungguh mahal dan sukar untuk dimiliki sesukar untuk memperolehi emas,batu permata, intan berlian, yang mahal dan bermutu tinggi. Ianya hanya berada di dasar lautan yang paling dalam, jika tidak bersabung nyawa mendapatkannya, mustahil untuk memilikinya.
Bila sudah dapat terpaksa diproses, digilap dengan begitu tinggi menggunakan teknologi canggih yang sangat hebat kepakaran ahlinya, barulah dapat menghasilkan sebutir intan berlian batu permata yang cantik, bermutu hebat dan sangat tinggi nilai harganya di pasaran.
Untuk mendapatkan intan permata pun susah, lagilah iman, bertambah-tambah sukar dan payah memperolehinya.barang siapa yang memiliki iman ertinya dia akan memiliki segala-galanya.Sesiapa yang kehilangan dan ketandusan iman ertinya dia akan terlepas segala-galanya.
Hendak dapat iman bukan semudah yang diungkapkan, kerana ianya mesti taat pada titah perintah Allah dan mesti setia ikhlas dengan suruhan Nabi Pesuruh Allah.
Untuk memiliki iman yang hakiki mesti sanggup menunaikan shalat fardhu, mesti sanggup berlaparhaus dahaga berpuasa di bulan Ramadhan, mesti sanggup mengeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya, mesti bersedia naik haji apabila berkemampuan dan mesti rela bersedekah, beramal jariah, beramal soleh,membuat amalan-amalan sunat sebanyak mungkin juga mesti membuang mazmumah dan menyuburkan hati roh dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah).
Orang yang beriman jika diuji dengan ujian dia akan bersabar dan redha.Jika diuji dengan sakit, miskin, kematian orang tersayang atau dengan apa ujian sekalipun, walaupun amat pahit ditelan namun ianya anggap sebagai kasih sayang Allah, perhatian Allah terhadapnya juga sebagai kifarah dosa dan sebagainya.Dia sangat tenang dalam ujian walaupun separuh mati nyawa dibuatnya.
Akan tetapi sebaliknya pula sikap orang yang tidak beriman, jika diuji oleh Allah dengan apa ujian sekali pun mereka akan marah Allah, mereka akan menyalahkan Allah, mereka akan kata Allah zalim, Allah tidak adil, Allah tidak sayang dia, Allah jahat, Allah teruk,Allah kejam, Allah tidak faham dia,Allah tidak itu dan tidak ini.Ada sahaja hujahnya memperburukkan Allah.Sabar dan redha jauh sekali.MasyaAllah...Maha Suci Allah dari pertuduhan yang sangat jahat seperti di atas.
Orang yang begini ternafi iman dan Islamnya. Jika dia umat Islam, tidak mustahil... tersilap langkah jatuh kufur di atas sangkaan dan tuduhannya terhadap Allah.Astaghfirullah.....Mohon ampun Ya Allah dari ciri-ciri orang yang tidak beriman ini.Dunia rugi akhirat apatah lagi.Dalam dunia tiada ketenangan hidup, keluh kesah yang memanjang, di akhirat pula dihumbankan ke dalam dasar neraka jahanam.
Wal'iyazubillahi min zaalik.
Mengapa jiwa kita keluh kesah dan tidak tenang dalam hidup?, sedangkan harta dunia melimpah ruah, tidak habis makan sampai mati pun ada.Kenapa jiwa kosong?, kenapa hilang bahagia?sedangkan segala yang dihajati ada di dunia ini.Itu buktinya tidak ada iman dalam hatinya yakni tidak ada Allah dan Rasul dalam hatinya.
Para ahli suffah walaupun miskin tiada harta akan tetapi hati mereka tenang dan bahagia.Ini kerana dalam hati mereka cukuplah Allah bagiku, cukuplah Rasulullah bagiku.Mereka cukup dengan Allah dan Rasulullah seumur hidup mereka.Alangkah bahagianya hati si mukmin yang begini.
Iman sangat perlu dan penting dalam kehidupan seseorang.Orang yang ada iman dia tidak fikir masa depannya.Dia tidak fikir apakah nasibnya nanti bila sudah tua?.Bila aku tua nanti kalau tidak ada wang-wang di bank macamana nasibku?.Macamana nanti kalau aku susah bila aku tua, siapa hendak jaga aku, siapa hendak bagi aku makan, siapa hendak sara kebajikan aku dan macam-macam dia memikirkan masa depannya.
Orang beriman dia tidak akan fikir masa depannya yang ada kaitan dengan kehidupan di dunia ini, akan tetapi dia akan fikir begini..... bila aku mati nanti bagaimana nasibku dalam kubur di alam barzakh, apakah kuburku lapang, luas, terang atau gelap gelita, sempit dan penuh dengan siksaan menunggu hari pembalasan di hari kiamat nanti?.
Macamana nasibku di padang Mahsyar dan titian siratalmustaqim dan apakah aku mendapat rahmat dari Allah untuk menduduki syurga Allah atau dihumbankan ke dalam neraka jahim?.Orang yang beriman akan memikirkan masa depannya yang ada kaitan dengan akhirat.Inilah yang dikatakan hati mukmin yang sejati.Semoga kita digolongkan ke dalam golongan mukmin yang sejati.
Aamin Ya Allah.
APA YANG DIKATAKAN IMAN?.
Iman adalah keyakinan dalam hati.Seseorang hamba Allah yang beriman kepada rukun iman yang enam, maka sahlah imannya.
Taarif iman pada loghah atau bahasa ialah percaya.Percaya bahawa Allah itu Wujud, sudah dikira berimanlah seseorang itu.Akan tetapi mesti belajar dan menuntut ilmu agama lebih dalam lagi tentang sifat-sifat wajib, harus dan mustahil bagi Allah.
Apa itu taarif iman mengikut istilah?.
Iman itu ialah Islam yang mesti jadi pegangan seseorang,yakni ikrar billisan, watasdiiqun bil qalbi, wa'amalun bil arkan, (maknanya diucapkan oleh lidah,dibenarkan oleh hati dan dilaksanakan oleh perbuatan anggota lahir).
Maknanya taarif iman yang sempurna mestilah mengaku,percaya dan berbuat.
Mengaku ertinya mestilah mengucap dua kalimah syahadah, ikrar dengan lidah "aku naik saksi bahawa sanya Tuhan itu adalah Allah dan aku naik saksi bahawa sanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah atau utusan Allah", maka sahlah Islam dan iman seseorang itu jika dia mengucap dua kalimah syahadah tanpa syak, zan, waham dan ragu.
Setelah diucapkan dengan lidah, diakui pula oleh hati,yakni diyakini dan dibenarkan oleh hati nurani bahawa benarlah apa kata lidah Tuhan itu adalah Allah, Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.Hati mesti percaya sungguh-sungguh apa kata lidah.
Hati mesti percaya akan sifat-sifat wajib yang ada pada Nabi, sifat-sifat mustahil yang ada pada Nabi tanpa sedikit pun dicelahi syak,zan, waham pada apa yang diyakini tersebut.
Apa itu syak, zan dan waham?.
Syak itu ialah 50% percaya 50% tidak percaya.Antara percaya dengan tidak percaya, sama banyak peratusannya.
Manakala zan itu pula lebih banyak percaya dari tidak percaya,Percaya 75% , tidak percaya 25%.
Sedangkan waham pula sedikit percaya dan banyak tidak percaya, 25% percaya dan 75% tidak percaya.
Iman yang sempurna maknanya tidak dicelahi oleh syak,zan dan waham.Apa yang diikrarkan oleh lidah, diyakini oleh hati sekali gus terus dilaksanakan oleh anggota lahir, umpamanya dia shalat, dia puasa, dia tunaikan zakat, dia tunaikan haji jika mampu,dia bersedekah, beramal jariah, dia mengaji dengan membaca Al-Quraan, dia menutup aurat, dia meninggalkan maksiat dan dosa,dia berjuang mempromosi Allah dan Baginda Rasulullah SAW dengan apa cara sekalipun, dia berkorban untuk Islam dan dia berbuat apa sahaja perintah Allah dan Rasulullah SAW.
Dengan ertikata apa yang diikrarkan oleh lidah dan yang dibenarkan oleh hati, dilakukan pula oleh sikap perbuatannya , dibuktikan dengan kepala, tangan, kaki, telinga, hidung, mulut, jari jemarinya serta seluruh jawarihnya yang berfungsi untuk bertindak.Maka sahlah iman dan Islamnya.Namun untuk kesempurnaannya ada syarat-syaratnya.
Setakat ucap sahaja tanpa amalan lahir, itu belum sempurna, belum lengkap iman seseorang.Lemah dalam beramal seperti cuai shalat, tidak berpuasa, tidak mahu keluarkan zakat, ada harta wang ringgit tidak mahu menunaikan haji, lebih suka berpoya-poya membelanjakan wang ringgit honeymoon sana sini, picnic ke sana ke mari, melancung luar negara dan dalam negara tanpa ada hubungan dengan tuntutan rukun Islam seperti tidak mahu menunaikan haji bila berkemampuan, maka kesempurnaan imannya ternafi sama sekali.
Anggota lahirnya tidak mahu tunduk pada titah perintah Allah, bahkan tidak peduli apa kata Allah dan apa pandangan Rasulullah terhadapnya, maka mereka begini termasuk golongan Aa'si yakni mukmin durhaka namanya.
Kalau golongan ini sering bertaubat, menyesali akan kealpaan, kecuaian, kelemahan dirinya , jika Allah ampunkan dan terima taubatnya, maka akan masuk syurga juga akhirnya walaupun awalnya terjun juga ke dalam neraka.Masuk neraka selama mana dosa dan kedurhakaannya kepada Allah.
Mungkin sekali sekala sembahyang juga, tunaikan zakat juga sesekali sekala, berbuat baik juga walaupun seumur hidup sekali dua, namun amal kejahatan lebih berat dari amal kebaikan.Orang yang begini akan menerima kitab sebelah kiri di Padang Mahsyar kelak.
Ada juga golongan yang ragu-ragu akan keIslamannya.
Keraguannya hanya bermain di dalam hatinya.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hakikat orang yang begini.Jenis ini dikatakan Munafiq yakni nifaq.Keyakinannya tidak padu.Dicelahi oleh salah satu antara syak,zan, waham dan ragu-ragu.Mereka begini dalam kitab dikatakan golongan Yuzhirul Islam wayubthinul kufra yakni golongan menzahirkan Islam menyembunyikan kekufuran.
Orang nifaq ini hakikatnya kafir.Kalau dia mati kekal dalam neraka bahkan lebih dahsyat dan lebih azab lagi dari orang kafir penyembah berhala.Sesungguhnya orang munafiq ini dicampakkan ke dalam neraka yang paling dalam, paling dasar, paling bawah,dikerak-kerak dalam lubuk neraka,
Kenapa dan mengapa golongan munafiq ini tempatnya lebih dahsyat dari kafir penyembah berhala?.
Sebab masyarakat Islam terkeliru dengan lakunan mereka yang sangat licik itu.Mereka sangat menggelirukan dan menipudaya.
Kalau orang kafir senang hendak mengenalinya, jelas kesesatannya, akan tetapi para munafiq ini ibarat api dalam sekam.Mereka lebih berbahaya daripada orang kafir, sebab orang kafir jelas mereka sembah api, matahari, pokok, lembu, tok kong,patung dan lain-lain.
Orang Yahudi, Nasrani Kristian, Majusi sangat jelas mereka menyembah lain selain dari Allah, jelas mereka menyegutukan Allah, dan ketara rumah-rumah ibadah tok kong dan gereja mereka. Akan tetapi orang munafiq mana boleh kita tuduh sembarangan kata mereka kafir, boleh jadi mukmin aa'si, sedangkan pada hakikatnya mereka sudah jatuh kafir.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Mana boleh kita hendak menuduh seseorang itu munafiq atau kafir.Tersilap tuduh, tuduhan itu memakan diri.Orang yang dituduh tidak kafir atau munafiq maka tuduhan itu berpatah balik kepada sipenuduh.
Wal,iyazubillahimin zaalik.
MAHA BAIKNYA ENGKAU WAHAI TUHANKU
MUTIARA HATIKU UNTUKMU.
Walaupun aku durhaka kepadaMu
Namun!... Engkau tetap melimpahkan nikmat dan rahmatMu kepadaku.
Tuhanku...
Tuhanku...
Walaupun aku cuai dalam menyembahMu, namun
Engkau tetap anugerahkan oksigen percuma kepadaku.
Tuhanku...
Engkau tetap anugerahkan oksigen percuma kepadaku.
Tuhanku...
Walaupun aku biadab terhadapMu....
Namun... Engkau tetap memberi rezeki kepadaku.
Tuhanku....
Namun... Engkau tetap memberi rezeki kepadaku.
Tuhanku....
Walaupun aku kurang berterima kasih kepadaMu,
namun Engkau tetap menjaga aku.
Tuhanku...
Walaupun aku alpa dan sering cuai terhadap perintahMu...
Namun...Engkau berikan aku segalanya.
Apa yang aku perlukan Engkau penuhi.
Apa yang aku hajati Engkau tunaikan.
namun Engkau tetap menjaga aku.
Tuhanku...
Walaupun aku alpa dan sering cuai terhadap perintahMu...
Namun...Engkau berikan aku segalanya.
Apa yang aku perlukan Engkau penuhi.
Apa yang aku hajati Engkau tunaikan.
Baiknya Engkau wahai Tuhanku....
Bila aku diuji, Engkau berikan aku kekuatan hati dan kecekalan diri.
Engkau bina hatiku agar cukup dengan apa yang ada.
Tidak meminta-minta apa yang tiada.
Bila aku diuji, Engkau berikan aku kekuatan hati dan kecekalan diri.
Engkau bina hatiku agar cukup dengan apa yang ada.
Tidak meminta-minta apa yang tiada.
Engkau pimpin hatiku cukuplah Allah bagiku,
itu satu anugerah yang termahal dalam hidupku.
itu satu anugerah yang termahal dalam hidupku.
Indahnya hidup bila Tuhan dan Nabi dalam hati.
Diberi nikmat disyukuri.
Diuji dengan mehnah bersabar dalam hati.
Mengambil hikmah setiap apa yang terjadi.
Diberi nikmat disyukuri.
Diuji dengan mehnah bersabar dalam hati.
Mengambil hikmah setiap apa yang terjadi.
Tuhan ditakuti Nabi dirindui.
Rasa-rasa ini bukan boleh dirasai oleh hati.
Jika Tuhan tidak campakkan ke dalam sanubari.
Ini juga nikmat dan anugerah yang patut disyukuri.
Rasa-rasa ini bukan boleh dirasai oleh hati.
Jika Tuhan tidak campakkan ke dalam sanubari.
Ini juga nikmat dan anugerah yang patut disyukuri.
Baiknya Engkau wahai Tuhanku.
Atas semuanya ini.
Benarlah Engkau Tuhan yang wajib ditaati dan ditakuti.
MencintaiMu akan bahagia di hati.
Itulah cinta yang hakiki lagi sejati.
Anugerahkanlah daku miliki cinta hakiki ini.
Aamin Ya Rabbi.
Atas semuanya ini.
Benarlah Engkau Tuhan yang wajib ditaati dan ditakuti.
MencintaiMu akan bahagia di hati.
Itulah cinta yang hakiki lagi sejati.
Anugerahkanlah daku miliki cinta hakiki ini.
Aamin Ya Rabbi.
Nukilan Hamba
Ummu Sayyidah 2015
Ummu Sayyidah 2015
Monday, 23 March 2015
MADU KELULUT ASLI
(HIDUP SEHAT DENGAN MAKANAN SUNNAH).
Sabda Nabi SAW bermaksud,
"Ke atas kamu 2 penyembuh madu dan Al-Quran.
Riwayat Al-Hakim & Ibnu Majah.
"Ke atas kamu 2 penyembuh madu dan Al-Quran.
Riwayat Al-Hakim & Ibnu Majah.
NURIL ANWAR ENTERPRISE.
Agen penjual Madu Kelulut 100% asli, dijamin tiada campuran dan tiada kesan sampingan.
Agen penjual Madu Kelulut 100% asli, dijamin tiada campuran dan tiada kesan sampingan.
Madu Kelulut keistemewaannya 10 kali ganda lebih baik daripada madu lebah biasa.Lebah Kelulut antara spesies lebah yang tidak menyengat dan saiznya lebih kecil daripada lebah biasa.
Lebah kelulut mempunyai madu serta propolis kelulut lebih baik berbanding lebah biasa.
Lebah kelulut mempunyai madu serta propolis kelulut lebih baik berbanding lebah biasa.
Ianya mengandungi 172 jenis vitamin antara vitaminnya ialah:-*A,B2,B3,B6,B12,C,D dan E.
*Propolis yang dihasilkan lebah kelulut berfungsi sebagai anti kulat, anti virus dan anti bakteria.
*Boleh mengatasi masalah senggugut dan pusingan haid yang tidak teratur.
*Anti Radang,anti kurap dan anti kayap.
*Anti oksidan yang amat tinggi (anti penuaan maknanya awet muda).
*Menguatkan tenaga batin bagi pasangan suami isteri.
*penawar kencing manis
*Membantu memulihkan Stroke
*Batuk yang tidak berhenti ( gatal leher/tekak).
*Kanser
*Ghout
*Hipertension
*Lengoh-lengoh sendi
*Pelbagai penyakit kulit
*Lelah yang kronik
*Memulihkan kecederaan dalaman.
*Sangat bagus untuk kaum ibu yang bersalin untuk menjaga kecantikan badan.
*Propolis yang dihasilkan lebah kelulut berfungsi sebagai anti kulat, anti virus dan anti bakteria.
*Boleh mengatasi masalah senggugut dan pusingan haid yang tidak teratur.
*Anti Radang,anti kurap dan anti kayap.
*Anti oksidan yang amat tinggi (anti penuaan maknanya awet muda).
*Menguatkan tenaga batin bagi pasangan suami isteri.
*penawar kencing manis
*Membantu memulihkan Stroke
*Batuk yang tidak berhenti ( gatal leher/tekak).
*Kanser
*Ghout
*Hipertension
*Lengoh-lengoh sendi
*Pelbagai penyakit kulit
*Lelah yang kronik
*Memulihkan kecederaan dalaman.
*Sangat bagus untuk kaum ibu yang bersalin untuk menjaga kecantikan badan.
Lebah kelulut madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami ditalian
013-510 7313/ whatsapp 019-6280894
Harga Semenanjung RM 49 (tidak termasuk kos pos).
Harga Sabah Serawak RM 52 (tidak termasuk kos pos).
Harga Sabah Serawak RM 52 (tidak termasuk kos pos).
Cara makan:-
Baca bismillah.....selawat 3x niat sembuh dari pelbagai penyakit dan minum sesudu kecil 2x sehari.
Saturday, 14 March 2015
AKU REDHA ENGKAU ADALAH TUHANKU
Bertuahnya aku berTuhankan Engkau, wahai Tuhanku.
Beruntungnya aku berNabikan dirimu wahai Nabiku.
Beruntungnya aku berNabikan dirimu wahai Nabiku.
Rezekinya aku punyai Tuhan yang Maha Hebat lagi Maha Perkasa.
Terhiburnya hatiku miliki seorang Nabi pilihan Tuhan yang Maha Esa.
Terhiburnya hatiku miliki seorang Nabi pilihan Tuhan yang Maha Esa.
Nabiku adalah Idolaku dan ikutanku.
Tuhanku adalah tempatku mengadu dan merayu.
Tuhanku adalah tempatku mengadu dan merayu.
Aku tidak keseorangan selagi aku ada Tuhan dan ada Nabiku.
Syukurnya aku dilahirkan sebagai seorang Islam.
Agama yang diiktiraf Tuhanku dan Nabiku.
Syukurnya aku dilahirkan sebagai seorang Islam.
Agama yang diiktiraf Tuhanku dan Nabiku.
Berita busyra untukku kerana aku dilahirkan sebagai hamba Tuhan.
Yang memberi aku petunjuk dan hidayah agar Islam dijunjung tinggi dan diperjuangkan.
Kalimah Allah didaulatkan di atas muka bumi sebelumku mati.
Terima kasih Tuhan atas anugerah ini.
Yang memberi aku petunjuk dan hidayah agar Islam dijunjung tinggi dan diperjuangkan.
Kalimah Allah didaulatkan di atas muka bumi sebelumku mati.
Terima kasih Tuhan atas anugerah ini.
Aku diberi faham melalui rasa hati.
Mempromosi Tuhan dan Nabi, melalui Bicara Hatiku Untukmu.
Ini satu anugerah yang wajibku syukuri.
Sepanjang hidupku hingga akhir hayatku bertemu Ilahi.
Bicara Hatiku Untukmu, akanku bukukan suatu hari nanti.
Mempromosi Tuhan dan Nabi, melalui Bicara Hatiku Untukmu.
Ini satu anugerah yang wajibku syukuri.
Sepanjang hidupku hingga akhir hayatku bertemu Ilahi.
Bicara Hatiku Untukmu, akanku bukukan suatu hari nanti.
Semoga ianya menjadi amal jariahku setelah aku tiada lagi.
Di alam fana'Mu ini.
Wahai Tuhan Ilahi Rabbi.
Di alam fana'Mu ini.
Wahai Tuhan Ilahi Rabbi.
Nukilan Hamba
Ummu Sayyidah Al-Muznibah
March 2015
Ummu Sayyidah Al-Muznibah
March 2015
Saturday, 7 March 2015
AMBILLAH PENGAJARAN DARI SEGALA BENCHANA YANG MENIMPA DIRI
Langit baru sahaja selesai menangis dek kesedihan yang memuncak, bumi pula masih bergegar menggeletar takutkan kemurkaan Tuhan di atas kemungkaran insan pada Tuhan.Tanah mula menggelonsor dan bergerak meruntuhkan apa saja di atasnya.
Terkini pula musim panas terik matahari mula membakar apa saja yang perlu dibakar, rumah terbakar, hutan terbakar, gedung-gedung perniagaan terbakar bahkan kenderaan pun banyak yang terbakar.Lebih parah lagi air sungai sudah mula surut, bimbang sekali kemarau mengundang tiba.Inilah simboliknya terjadi bencana alam di merata tempat.
Manakala air laut pula bergulung-gulung, tidak tenang lagi kerana angkara manusia yang semakin lupa daratan.
Air
sungai yang sejuk mata memandang sebelum ini,sudah pandai memprotes dan
berkocak-kocak dengan ganasnya, mengenangkan insan sudah durhaka dengan
Tuhannya dan Nabinya.Sudah banyak mangsa mati lemas dalam sungai dan
air terjun.
Pokok-pokok
dan gunung ganang terhuyung-hayang tidak tegak lagi kerana penghuni
bumi tidak taat pada perintah Allah dan Rasulnya.
Tentera
api, angin pun sudah mula mengamuk di sana sini kebakaran, di mana
sahaja ribut taufan berlaku.Tercabut melayang segala harta benda ,
berterbangan jadinya.
Huru hara manusia dibuatnya.
Huru hara manusia dibuatnya.
Tentera
udara pun mula memprotes, mengamuk hinggakan habis kapal terbang
dihumbankan ke laut dan dihempaskan ke bumi hancur berkecai.Semuanya
ini ada maksud Tuhan yang tersurat dan tersirat.Janganlah kita buat
tidak faham akan bencana terkini.
Semuanya
ada maksud Tuhan, mahu menyedarkan kita hambaNya di akhir zaman.Tuhan
mahu kita sembah sujud syukur kepadaNya sahaja, tidak yang lain selain
dariNya yang Maha Berkuasa.
Penyakit
yang aneh dan pelik mula menyerang dunia. Maka berleluasalah jangkitan
kuman dan virus yang entah dari mana punca datangnya.Merebak dengan
ganas membunuh siapa sahaja.
Itulah
Maha Hebatnya Allah melakukan apa saja yang diluar kemampuan akal
manusia memikirkannya.Maha Suci Allah dari melakukan perkara yang
sia-sia.
Friday, 6 March 2015
SUASANA DI PADANG MAHSYAR YANG AMAT MENGGERUNKAN.
Padang Mahsyar atau Hari Perhitungan (Hisab) adalah perkara GHAIB yang wajib kita yakini.Padang Mahsyar itu adalah satu perkara yang Haq dan wujud akan adanya.Menafikannya hari tersebut akan batallah iman dan Islam seseorang hamba.
Antara ciri-ciri orang yang bertaqwa ialah orang yang percaya akan perkara yang ghaib yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Berita ini dikhabarkan melalui lidah Baginda Rasul SAW kepada kita semua melalui hadis Baginda SAW.Ini adalah khabar yang benar.
Padang Mahsyar iaitu satu tempat yang sangat mengerikan,
menakutkan, menyiksakan,menggerunkan, mengazabkan.
Ianya sangat bergantung kepada sejauhmana amal taqwa kita kepada Allah sewaktu hidup di dunia yang fana' ini.
Sudah PASTI kita semua akan sampai ke alam Mahsyar ini nanti.Tidak ada seorang manusia pun yang terlepas dari dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak.
Lama masa berada di Padang Mahsyar bergantung pada amalan masing-masing waktu di dunia.Bagi orang Mukmin mereka merasakan waktunya amat singkat sedangkan bagi pendurhaka dan pendosa akan merasakan jangka waktunya amat panjang dan tersangatlah lamanya.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud,
"Seseorang itu akan berteduh di bawah naungan sedekahnya hingga waktu pengadilan hisab tiba".
Ibnu Mas'ud pula berkata...
"Setiap manusia dibangkitkan pada Hari Qiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dahaga, sangat penat.
Sesiapa yang pernah memberi pakaian kerana allah, maka Allah akan memberi pakaian padanya.
Sesiapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan.
Sesiapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman.
Seterusnya sesiapa yang pernah memaafkan kerana Allah, maka Allah akan mengampunkannya di hari tersebut".
Selepas bumi Allah hancurkan,yang tinggal hanyalah Allah SWT, WAAHIDUL QAHHAR, kemudian Allah akan golong alam ini hingga hancur musnah segala-galanya.
Selepas semua makhluk mati, maka Allah berfirman mafhumnya..."Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?.Tiada siapa yang menjawab.Lalu Allah sendiri yang menjawabnya dengan keagungan DzatNya, "Kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".
Kita akan dihimpunkan di satu tempat yakni satu padang yang dihamparkan putih sejauh mata memandang yang tiada penghujungnya.
Dalam lautan manusia berbondong-bondong dihimpunkan setempat, dari zaman Nabi Adam AS hinggalah manusia yang terakhir umat Nabi Muhammad SAW.Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui seluas mana Padang Mahsyar tersebut.
Padang Mahsyar adalah seluas-luas tempat untuk ditempatkan manusia dan jin seluruhnya, bukan sahaja penduduk di dunia bahkan semua penghuni di langit juga akan dihimpunkan di Padang ini yang namanya Mahsyar.Akan Allah turunkan hujan dari Arasy Allah dan melimpahlan air, berlakunya banjir, tenggelam selama 40 hari yang dalamnya 12 hasta.
Sekalian manusia dihidupkan semula melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada dihujung tulang belakang manusia.Maka hiduplah manusia buat selama-lamanya umpama anak pokok yang kembang membesar tumbuh dari biji benih "Ajbuz Zanbi" ini.
Jasad dahulu sudah diganti dengan jasad baru dan akan menerima seksaan atau sebaliknya, sangat bergantung kepada amal taqwa di dunia.Ditiupkan sangkakala yang kedua, maka roh-roh kita di letakkan di dalam trompet Malaikat Israfil berterbangan dalam dua bentuk kata Nabi.
Bentuk kedua - sangat hitam legam, kelam, gelap pekat itulah roh-roh orang kafir.
Roh-roh ini akan masuk ke dalam jasad masing-masing dalam keadaan tanpa ada seurat benang pun menutupi tubuh badan di waktu itu.Semuanya berada dalam keadaan telanjang bulat dan dalam keadaan lapar yang membakar perut rasanya dan haus dahaganya bagaikan terputus kerongkong dan leher terlalu dahaga.
MasyaAllah di waktu itu tidak ada seorang pun sempat memikirkan nasib orang lain, di hari itu harta dan anak pinak serta saudara mara, sahabat handai, suami, isteri, ibu ayah tidak lagi dapat menolong antara satu sama lain.Kekasih hati yang sanggup hidup semati, sehati sejiwa pun tidak mampu menolong kekasih cintan cintonnya di waktu itu.
Masing-masing cemas, takut keadaan diri masing-masing.
Semuanya menunggu ulang tayang video hidup masing-masing.
Baik atau buruk walaupun sebesar zarrah tidak akan tercicir.
Bahkan tidak sempat pun melihat masing-masing telanjang antara satu sama lain, kerana terlalu takut dan gerun memikirkan nasib diri di Yaumul Mahsyar tersebut.
Janganlah kita mengadap Allah dalam keadaan membawa dosa yang tidak terampun, tidak sempat bertaubat kerana azab yang amat dahsyat kita akan menanggungnya di padang Mahsyar kelak.
Bertaubatlah dari saat ini kerana mati tidak menunggu taubat kita.Alangkah berbahagianya jika kita sempat bertaubat dan taubat kita diterima Allah sebelum ajal mejemput kita kepangkuan Allah SWT.
Selamat membaca serta menghayatinya.Semoga kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari Allah seumur hidup kita dunia akhirat.Aamiin...
Bersambung ke siri 2 untuk seterusnya.....
ORANG MUKMIN ITU SENTIASA TENANG
Orang Mukmin itu sentiasa tenang walaupun dalam ujian yang menimpa diri.Tidak pernah keluh kesah dan tidak menentu walaupun berat ujian yang dihadapinya.
Tenang bukanlah ertinya berdiam diri tanpa usaha ikhtiar jika di uji dengan ujian kesakitan atau pelbagai mehnah mengundang.
Tenang bukanlah ertinya tidak menangis mengalirkan air mata jika diuji dengan kematian atau kehilangan insan tersayang.Akan tetapi hatinya tenang tidak meratap, tidak meraung dan tidak hilang pertimbangan menumbuk-numbuk tubuh badannya atau mengoyak-goyakkan pakaiannya.Itu amalan Jahiliah yang Allah dan Nabi tidak suka.
Insan
tersayang yang pergi diiringi dengan doa restu dan redha atas pemergian
mereka.Bacaan Yasin dikirimkan, shalat jenazah ditunaikan dengan penuh
syahdu dan sayu, namun hati tetap sabar dan mengambil hikmah disebalik
ujian itu.
Tenang bukanlah ertinya tawakkal tidak bertempat sekiranya ditimpa musibah.Menyelamatkan diri amat dituntut jika berlakunya kebakaran, banjir atau apa saja bencana alam.
Tenang
yang sebenar tabah hadapi ujian walaupun pahit namun hati tetap terima
Qada' dan Qadar ketentuan Allah .Hati tidak pernah berputus asa dengan
rahmat dari Allah.
Hati tidak pernah bersangka buruk dengan Allah bahkan hati sentiasa bersangka baik dengan Allah.Walau dalam apa keadaan sekali pun,hati sangat lurus dan telus dengan Allah.
Inilah yang dikatakan hati orang Mukmin itu sangat tenang setenang air di kali.Mampu bersabar bila ditimpa ujian dan mampu bersyukur sebanyak-banyaknya apabila diberi nikmat.
Indah
sungguh hati orang Mukmin dikeji tidak mati, di puji tidak lupa
diri.Puji dan keji sama sahaja padanya kerana Allah dan Rasul sudah ada
dalam hatinya.
Sunday, 1 March 2015
SEMUANYA MILIK ALLAH
Apa yang ada semua Allah punya.
Mata boleh melihat Allah punya.
Mata boleh melihat Allah punya.
kelopak mata boleh pejam celik Allah punya.
Mulut yang boleh berkata-kata Allah punya.
Mulut yang boleh berkata-kata Allah punya.
Mulut yang punyai deria rasa yakni lidah,boleh merasa apa saja nikmat masam manis, tawar , pahit, payau, masin, kelat makanan dan minuman pun Allah punya.
Telinga boleh mendengar Allah punya.
Hidung boleh menghidu Allah punya. Seluruh anggota pancaindera boleh bergerak-gerak, bergoyang-goyang, berfungsi buat kerja apa saja Allah punya.
Telinga boleh mendengar Allah punya.
Hidung boleh menghidu Allah punya. Seluruh anggota pancaindera boleh bergerak-gerak, bergoyang-goyang, berfungsi buat kerja apa saja Allah punya.
Perut boleh menyimpan makanan dan minuman Allah punya.Usus boleh memproses makanan dan minuman melalui sistem penghadaman Allah punya.
Nafas atau oksigen boleh disedut tarik turun naik Allah punya.
Akal fikiran boleh berfikir baik buruk Allah punya.
Hati boleh berperanan baik buruk Allah punya.
Aliran darah yang mengalir kedalam seluruh urat saraf kita Allah punya, bahkan semua anggota tubuh badan kita Allah yang punya.Anak isteri, suami, kaum keluarga, saudara mara yang kita sayangi Allah punya.
Wang-wang di bank, rumah, kereta,segala apa yang ada Allah punya, cuma Allah beri pinjam sementara kita hidup di alam fana ini.
Kerjaya , kemahiran semua Allah punya.Allah izinkan ianya berlaku di tangan kita.Hakikatnya semua Allah punya.Diri kita dan seluruh dunia ini Allah punya.Langit bumi Allah punya.Segala cakrawala Allah punya.
Semua Allah punya.Mana ada kita punya?.Semua milik Allah.Mana ada milik kita?.Tidak ada sebesar zarrah pun milik kita.Oleh itu kenapa kita sombong dan bangga kalau kita kaya?,sedangkan kekayaan itu Allah punya.
Kalau begitu kenapa kita bongkak kalau kita cantik, hemsem, comel, cun,lawa, menawan,anggun,sempurna?.
Bukankah Allah punya semuanya itu?.
Allah anugerahkan kepada kita kecantikan wajah dan tubuh badan bukanlah untuk diperagakan dan ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai akan tetapi untuk disyukuri dan dijaga aib serta auratnya.
Bukan dipertontonkan, di dedahkan sana sini kepada lelaki ajnabi ,bukan untuk dipertandingkan sebagai model atau ratu cantik.Ini semua sudah tersasar dari kehendak Allah.
Bukankah Allah punya semuanya itu?.
Allah anugerahkan kepada kita kecantikan wajah dan tubuh badan bukanlah untuk diperagakan dan ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai akan tetapi untuk disyukuri dan dijaga aib serta auratnya.
Bukan dipertontonkan, di dedahkan sana sini kepada lelaki ajnabi ,bukan untuk dipertandingkan sebagai model atau ratu cantik.Ini semua sudah tersasar dari kehendak Allah.
Jika kita tidak mengsyukuri pemberian nikmat dari Allah ini yang berupa wajah dan tubuh badan yang cantik maka tunggulah azab Allah di hari pembalasan.
Allah anugerahkan kita punyai jawatan yang tinggi, terkenal, mewah bukan untuk dimegah-megahkan, dibangga-banggakan, akan tetapi dengan jawatan yang besar dan tinggi, kemewahan dunia dalam tangan dan genggaman untuk membantu fakir miskin dan orang-orang susah yang perlu dibantu.
Hamba yang sebenar-benar hamba dia akan malu dengan Allah jika dianugerahkan segala kebaikan, kecantikan, kenikmatan di atas.Hatinya akan rasa kecut dengan pemberian Allah ini takut tidak mampu jaga amanah dari pinjaman Allah ini.
Patutnya rasa cemas takut tidak mampu bersyukur pada Allah dengan segala kurniaaan Allah padanya.Oleh itu marilah kita banyakkan bertaubat dan muhasabah diri sejauh manakah kita sudah penuhi tuntutan Allah terhadap kurniaan Allah sebagai pinjaman kepada kita ini.
Minta ampunlah kepada Allah jika selama ini kita telah tersasar merasakan semuanya milik kita, sedangkan itu semua adalah milik mutlaq Allah yang empunya alam ini.Semoga kita termasuk golongan hamba Allah yang kenal diri dan kenal Tuhan kita.
Aamin Ya Allah.