Saturday, 27 December 2014

TUHAN TOLONG JAGA MEREKA UNTUKKU







Kepada seluruh kaum keluarga dan sanak saudaraku di Pantai Timur, banjir melanda dengan begitu dahsyat kini, menyebabkan segala harta benda, rumah, kenderaan dan semuanya hanyut, musnah dibawa arus air yang laju dan deras.

Semoga Allah menggantikan mahligai kencana bertatah emas permata buat kalian yang kehilangan rumah.

Semoga Allah gantikan kalian dengan kenderaan di dalam syurga nanti yang diperbuat daripada emas, intan permata Zamrud.InsyaAllah.

Allah musnahkan segala harta benda dan kesenangan hidup kita, akan tetapi Allah ganti dengan yang lebih mahal lagi iaitu hati yang takutkan Allah setakut-takutnya.InsyaAllah.Amin.

Jika kalian bersabar dengan ujian ini,
PASTI besar ganjarannya di sisi Tuhan Rabbul Jalil.
Tuhan tidak pernah memungkiri janji-janjiNya.Itu tandanya kasih sayang Allah pada kita, Allah lakukan kerana Allah mahu kita kembali padaNya dalam membawa hati yang sejahtera.

Segala harga benda dan asset perniagaan dan binatang ternakan kalian musnah sama sekali,agar ianya menjadi penyebab utama untuk meringankan hisab di Yaumul Mahsyar kelak.




Redhalah dengan apa yang telah terjadi kerana ianya adalah kehendak Allah bukan kemahuan kita, namun sebagai hamba, kita pasrah dan berserah padaNya yang Maha mencatur dan pencatur.
Allah Maha Mengetahui di atas apa yang ditentukan olehNya.

Bersangka baiklah dengan Allah, walaupun memang sangat berat ujian yang menimpa,ibarat berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
  

Jika ada kaum keluargaku yang terkorban dalam tragedi banjir ini, doaku semoga syahidlah kalian samada mati lemas,mati kesejukan, mati kelaparan, mati menahan kesakitan dan seumpamanya, doaku semoga kalian dianugerahkan matinya seorang syahid dan matinya seorang ahli Syurga Al-Firdaus...Amin.


Apa pun ku berdoa semoga semuanya selamat dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.Kepada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Al Fatihah bagi saudara-saudara seIslamku yang telah pergi bertemu Tuhannya.
Semoga roh semuanya dalam rahmat dan redha Ilahi.
  
Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment