Buta hati akan terjun ke neraka.Buta hati tidak nampak jalan ke akhirat.Buta hati akan seronok dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.Buta hati dosa besar dirasakan kecil sahaja.Apatah lagi dosa kecil tidak terasa apa-apa pada hati.
Buta mata belum tentu ke neraka.Buta mata hanya tidak nampak jalan di dunia akan tetapi sangat mampu mendapatkan cinta Allah dan Rasulullah SAW, jika matahatinya celek dan berperanan.
Hati
yang buta tidak akan membesarkan Allah,tidak akan takut seksaan
Allah.Tidak akan gerun dengan azab kubur,tidak akan memikirkan nasibnya
di alam barzakh,tidak akan rasa cinta dan rindu kepada Baginda
Rasulullah SAW.Bahkan tidak menjadikan Nabi sebagai idola hidupnya dan tidak menjadikan Tuhan sebagai Rafiqul A'ala.
Tidak
akan rasa takut untuk melakukan dosa.Tidak takut melanggar hukum-hukum
Allah,bahkan lebih dahsyat lagi kalau boleh hukum haram hendak
dihalalkan.Astaghfirullahal A'zimmm....
Buta
mata masih boleh meraih cinta Allah ,rindu Nabi sebab hatinya tidak
buta.Buta mata masih boleh mencari redha Allah,
Jika matahatinya tidak buta.
Jika matahatinya tidak buta.
Buta
mata masih mampu khatam Al-Quran 30 juz.Masih mampu membuat kebaikan
walaupun sedikit dan terhad,yang penting ikhlas dan kerana Allah.
Akan
tetapi buta matahati tidak nampak lagi kebenaran di dunia ini.Buta matahati seronok
dengan dosa dan kejahatan, maksiat dan tidak rasa bersalah dengan Allah pun, jika melanggar titah perintah Allah boleh selamba dan tenang dalam gelumang dosa dan
noda.Parahnya jika matahati buta.
Ya Allah!.......Ya Tuhan kami!....... janganlah mata hati kami buta dari melihat kebesaranMu dan keagunganMu.
Ya Allah!......Ya Tuhan kami!....
Anugerahkanlah taufiq dan hidayahMu yang berkekalan kepada kami yang lemah dan kerdil ini......Tubnailallah..(Taubatkan kami Ya Allah).
Wahai Dzat yang Maha Agung...
Janganlah matahati kami mati sebelum kami mati.
Janganlah matahati kami buta daripada melihat kebenaranMu dan keEsaanMu.
Ya Allah!......Ya Tuhan kami!.....
Janganlah mata hati kami bebal dan beku dalam menegakkan titah perintahMu di dunia yang fana' ini.
Marilah
kita merayu dan merintih, memohon kepada Allah supaya janganlah Allah
butakan matahati kita daripada melihat keAgungan dan KebesaranNya yang Maha segala Maha.
Amin Ya Allah
Wal'iyazubillahhi min zaalik.
No comments:
Post a Comment