Thursday, 27 November 2014

Berniaga jangan hanya mahu untung semata-mata



Berniaga Nabi suka, Allah redha.Ianya amalan Nabi kerana Nabi juga seorang ahli perniagaan dan para sahabat pun ramai terdiri daripada ahli perniagaan. Peniaga yang jujur akan mendapat rahmat Allah dan layak menduduki syurga Allah di akhirat kelak.
Amin.

Berniaga amalan mulia lagilah jika niat untuk menegakkan Fardhu kifayah, gugur dosa orang lain kerana kita sudah menegakkan Fardhu kifayah tersebut.
Akan tetapi berniaga biarlah kerana Allah, untuk meraih redha Allah dan restu Baginda Rasulullah SAW.

Jangan menipu pembeli dengan dikurangkan timbangan atau dengan menjual barang-barang yang busuk, yang sudah tamat tarikh luput, yang sudah tidak boleh dimakan lagi atau yang sudah berulat dan berkulat.

Kadang-kadang hendak untung lebih berganda-ganda sanggup jual ayam, daging, yang sudah tidak ada kualiti lagi atau ikan yang sudah pecah perut dan mata merah.

Udang, sotong yang sudah lembik, atau kerang yang sudah berbau dan tidak segar lagi.

Sayur-sayuran yang sudah layu, kekuningan tidak hijau lagi.Buah-buahan yang kecut, tidak ori lagi.

Bagi peniaga-peniaga di restoran-restoran atau kedai-kedai makan, janganlah kerana terlalu mengejar keuntungan dunia, menjual lauk pauk yang sudah berhari-hari, dipanaskan dan dijual semula.

Banyak terjadi sekarang ini , ayam ada ulat, ayam keras tidak enak lagi dimakan, kerana yang sudah berhari-hari dipanaskan.Lauk pauk diubah suai dari yang goreng dimasak sambal atau masak kicap dan sebagainya.Sedangkan ayam, ikan, daging yang tidak laku dijual diproses semula,supaya tidak rugi.



Hasilnya pelanggan makan ada yang keracunan makanan, ada yang terkena cirit birit,ada yang muntah-muntah sehinggakan bersabung nyawa pun ada.Ada yang terpaksa bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari para doktor.Ada yang terpaksa ditahan dalam wad kerana keracunan makanan pun ada.

Janganlah terlalu memikirkan untung semata-mata, terpaksa gadaikan nyawa orang ramai.Ada juga terlalu ingin mengejar masa,basuh bahan-bahan mentah pun acuh tidak acuh,tidak bersih.
Yang lebih parah lagi telur pun tidak dibasuh.Ambik dari sarang terus dipecahkan dan dimasak. Dijamu pelanggan dengan makanan yang tidak bersih lagi bernajis.

MasyaAllah....!
Betapa jahatnya hati peniaga yang begini.Pelanggan dihidangkan makanan seperti ini akan menggelapkan hati.
Ada juga yang ingin mengejar masa membasuh pinggan- mangkuk, gelas, sudu, garfu cincai-cincai sahaja, air mutlak tidak dijirus atau dilalukan, maka semua yang dibasuh tadi tidak suci menurut syariat hukum fekahnya.

Ada juga masalah kebersihan tidak dititik beratkan, lalat, cicak, lipas berkeliaran, yang lebih dahsyat lagi tikus bermaharaja lela di kawasan niaga.Aduh....parahnya...gelinya.
Lalat bertelur dimakanan, tikus kencing dimakanan atau bahan-bahan minuman, cicak, lipas lalu lalang atas makanan jualan dan sebagainya.

Jika tidak pentingkan kebersihan, pinggan-mangkuk, gelas, cawan,sudu garfu pun tidak dibasuh semula untuk digunakan setelah semua binatang-binatang yang disebut sebentar tadi menari-nari di atasnya.

Bayangkanlah bekas-bekas tersebut dihidangkan makanan dan minuman untuk para pelanggan.Geli dan meloyakan bukan?.
Makanan tidak tertutup dengan rapat dan sempurna, terbiar semalaman, entah binatang apa lagi yang hinggap dan menjilatnya, pagi-pagi dipamerkan dan dijual.

Begitulah risikonya makanan diluar jika peniaga-peniaga tidak prihatin dengan kebersihan dan juga terlalu memikirkan untung dunia semata-mata.Tidak fikir keselamatan akhirat kelak.

Oleh itu dinasehatkan para peniaga jika mahu berniaga, jujurlah dengan Allah, jujurlah dengan Baginda Rasulullah, jujurlah dengan para pelanggan, juga jujurlah dengan diri sendiri.Ingatlah apa yang kita lakukan di dunia ini akan dihisab, disoal siasat dan dihitung di alam sana.

Takutilah akan pembalasan Allah terhadap peniaga yang hanya mementingkan kesenangan dan keuntungan duniawi semata-mata, tanpa memikirkan keadilan dan keselamatan para pembeli atau para pelanggan.

Untung di dunia tidak boleh bawa kemati.Mati nanti semuanya kita tinggalkan.Apa sudahnya nasib kita di alam kubur (alam barzakh), apa nasib kita di padang Mahsyar, di hari perhitungan?. Jika di dunia kita tiada bekalan yang baik-baik, di akhirat kita akan rugi serugi-ruginya.

Wal'iyazubillahiminzaalik

I WANT TO TOUCH ANAK YATIM


I want to touch the orphans (Anak yatim).

Begitulah bunyinya tajuk kali ini.Mengasihi, menyayangi anak yatim sangat besar ganjaran pahalanya di sisi Allah juga Rasulullah SAW.

Anak Yatim ialah anak yang belum baligh tetapi sudah kehilangan atau kematian ibu atau ayahnya.
Bagi orang yang sudah dewasa walaupun sudah kematian ibu ayahnya tidak lagi digelar anak yatim kerana mereka sudah mampu menyara serta menjaga diri sendiri.



Islam menuntut umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim, memberi perlindungan, pendidikan, tunjuk ajar serta bimbingan agama dan memberi hak-hak mereka.

Sabda baginda Rasulullah SAW bermaksud,
"Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini....sambil Baginda menunjukkan kedua jarinya yakni jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkannya, umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga".
Riwayat Al-Bukhari.



Sabda Baginda SAW lagi yang membawa maksud:-
"Kalau seseorang itu berjumpa dengan anak yatim, kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah".

Ertinya bagi sesiapa yang mengusap kepala anak yatim dan melindungi anak yatim, ianya sangat dimuliakan Allah.Eloklah program "I Want To Touch Anak Yatim " dikembang luaskan oleh mana-mana pehak yang berkemampuan dan ada rezeki lebih.

Sabda Baginda Nabi yang bermaksud,
Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak,Allah tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara lunak dengannya dan mengasihinya".
At-Tabrani.


Allah sangat suka dan sayang kepada orang yang mengasihi anak yatim.Sebagai hujahnya lihatlah Allah berfirman yang bermaksud:-
"Oleh sebab itu....maka anak yatim jangan kamu hinakan".
Surah Adh-Dhuha ayat 9.

Firman Allah lagi membawa maksud :-
" Tahukah engkau...orang yang mendustakan agama,iaitu orang yang menengking anak yatim atau menindas dan berlaku zalim terhadap anak yatim".
Surah Al-Maauun.

Anak yatim mesti dibela, bukan disia-siakan.Ini adalah amanah dari Allah kepada umat manusia yang berkemampuan.
Bagi yang tidak mampu, berdoa dan berkelakuan baik terhadap anak yatim itupun sudah cukup besar dan memadai.Lakukanlah apa sahaja mengikut kemampuan kita.Allah Maha Mengetahui niat baik hamba-hambaNya.


Marilah kita perjuangkan konsep dan agenda program (I WANT TO TOUCH ANAK YATIM) tidak kira di mana kita berada.Semoga di akhirat nanti Allah sudi menyentuh kita dengan Rahmat dan Kasih SayangNya.

Amin Ya Allah.

Sunday, 16 November 2014

JANGAN LUKAI HATI SEORANG IBU...

Ibu.....
Engkau adalah anugerah Allah kepada seorang anak.Engkau adalah
manusia yang paling berkorban bagi insan yang bergelar "ANAK".

Ibu....
Engkau adalah seorang manusia yang sanggup susah, sanggup menderita dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebaikan dan kebahagiaan anak-anakmu.

Ibu....
Keistemewaanmu sangat terserlah dan telah diakui oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Ibu....
Engkau adalah seorang insan yang sanggup menggadaikan nyawamu demi keselamatan anak-anakmu di dunia dan di akhirat.



Kalau begitulah hati seorang Ibu,ertinya sungguh mulia insan yang bergelar "IBU".Suci murninya hatimu wahai si ibu terhadap anak-anakmu.

Namun.... insan yang bergelar "ANAK" kurang menhargai pengorbanan seorang ibu terhadapnya, jika ada yang menghargainya amat sedikit sekali jumlah bilangannya, boleh dibilang dengan jari........

Ramai si anak hari ini menganggap Ibu mereka menyusahkan, membebankan, memalukan bahkan meresahkan.Ibu yang sudah tua
dijadikan orang gaji untuk mengemas rumah, memasak, menjaga cucu, menjadi tukang kebun dan pelbagai kerja yang melukai hati si ibu juga mengganggu kesihatan si ibu.

Benarlah salah satu antara petanda kiamat sudah hampir si ibu akan melahirkan "TUAN"nya.
Berapa ramai hari ini si anak menyeksa perasaan ibunya dengan menghantar ibunya ke rumah kebajikan atau ke rumah orang tua, sedangkan mereka sangat mampu menanggung keperluan dan kebajikan ibunya kerana gajinya besar, jawatannya tinggi, rumah pun besar dan segalanya ada.



Yang tidak ada pada si anak yang begini ialah ihsan dan kasih sayang yang mendalam, pada seorang insan yang bergelar "IBU".
Ibu dirasakan beban pada si anak yang tidak takut Allah.

Ibu menjadi punca penghalang kebahagiaan si anak, jika hati tidak gerunkan neraka Allah.Ibu dirasakan membawa malu kepada si anak, kerana ibu orang kampung,si anak kononnya orang bandar yang moden, sedangkan asal usulnya si anak dari kampung juga.

Berlagak dan sombong apabila sudah kaya, sudah mewah, sudah berjawatan tinggi dan bergaji besar.Bukankah apa yang si anak perolehi itu berkat DOA dari seorang IBU?.

Hati dan perasaan seorang IBU tidak dipedulikan.Celupar saja mulut si anak,tanpa disedari hati si Ibu terhiris luka dan menitis air mata duka, namun si ibu tetap redha atas ujian dari Tuhan yang Maha Esa.Ibu tetaplah menyayangi si anak tanpa berbelah bagi.

Lebih parah lagi di hari ini,masalah gejala sosial remaja dan anak-anak muda  belia, si ibu dipaksa bekerja keras mencari duit untuk si anak durhaka.Tidak diberi duit atau harta, si ibu akan diseksa,didera,dipukul, disepak terajang, diugut,malah ada yang sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri semata-mata kerana dunia yang menipu, terutama si anak yang terlibat dengan dadah, perempuan,arak, judi dan seumpamanya.



Beginilah dunia akhir zaman, kasih ibu yang membawa ke syurga sudah hampir pupus nilainya,bahkan si anak lebih rela menempah neraka daripada syurga.Kasih ibu seolah-olah tiada harga lagi di hari ini, sedangkan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Keberkatan yang ada pada seorang ibu sudah dicemari oleh si anak yang durhaka.Allah sangat memandang doa dari seorang ibu.Namun sedihnya di hari ini,doa seorang ibu yang maqbul sudah tidak diambil kira lagi, bahkan seolah-olah sudah tiada harga lagi.

Rosaknya akhlak dan moral insan yang bergelar "ANAK" di hari ini.Inilah yang dikatakan antara fitnah di akhir zaman.



Jika si anak idam-idamkan syurga Allah, insafilah diri, hurmatilah ibumu,muliakanlah ibumu, jagalah hati dan perasaan ibumu, jangan sesekali lukai hati ibumu....

Wahai si anak!....
Carilah, buruilah redha ibumu, semoga Allah dan Rasulullah turut meredhaimu.Hidup mu akan berkat sekiranya ibumu diutamakan dan dijaga dengan baik.Tiada nilai yang lebih besar daripada nilai kasih sayang seorang "IBU".

Ingatlah......Wahai si anak!....
Setitis air mata si ibu gugur jatuh ke bumi, Allah dan sekalian jamadat di muka bumi ini akan melaknatimu dan mengutukmu.

Bersegeralah bertaubat kepada Allah serta mohon keampunan dan redha dari ibu mu, sekiranya ingin selamat dunia dan akhirat.Jangan tangguh-tangguh sebelum ibu mu kembali kepangkuan Ilahi, menghembuskan nafasnya yang terakhir..........

Waktu itu.....wahai si anak!..... 
Menangis air mata darah sekalipun, tiada erti lagi.Nasi sudah menjadi bubur.Tanpa keampunan dan keredhaan seorang ibu,
si anak tidak akan mencium bau syurga apatah lagi untuk menduduki syurga.Tidak layak masuk syurga ertinya ahli neraka jahanamlah tempat yang selayaknya.

Wal'iyazubillahiminzaalik.....


MINI DONUT IKHWAN

(MINI DONUT IKHWAN)
Salam ceria kepada semua para pembaca Blog Ummu Sayyidah yang dirahmati Allah sekaliannya.

Pada hari ini Ummu Sayyidah ingin memperkenalkan,
MINI DONUT IKHWAN, 
100% PRODUK MUSLIM.
HALAL LAGI SUCI MENURUT SYARIAT ISLAM.

Bersama ini kami sajikan anda bersama foto-foto MINI DONUT SPECIAL  yang sangat lazat, enak dimakan dan juga sangat comel serta menarik pada pandangan mata.Ianya dipersembahkan dalam pelbagai perisa dan corak.

Antara jenis-jenis mini Donut Ikhwan:-
1.Donut Nestum
2.Donut Coklat
3.Donut Oreo Coklat
4-Donut Kastad Coklat
5.Donut Gula
6-Satay Donut dan lain-lain lagi.

(Ruangan gambar pelbagai jenis Mini Donut)








Sangat sesuai untuk hidangan di dalam majlis-majlis keraeian juga dijadikan juadah di dalam jamuan kenduri kendara.Sesuai juga untuk majlis-majlis pertunangan atau perkahwinan (Hantaran).

Jika anda berminat sila PM lebih awal dari tempuh yang dikehendaki, supaya memberi ruang dan masa proses penyediaan dan pembuatan yang lancar.

Harga borong atau diskaun boleh dirundingkan.
Sebarang tempahan atau pertanyaan sila PM di talian :-
(013-5107313/018-9525226/011-27799748).

Makanan yang halal membersihkan hati yang bagaikan raja dalam diri.Baik raja, baiklah rakyat jelata (anggota badan).

*****HATI DITEMPA OLEH MAKANAN YANG HALAL, BERSIH LAGI SUCI !!...***** 

Saturday, 15 November 2014

BIO SANITARY PAD

BERITA BAIK UNTUK ANDA!!....

BIO SANITARY PAD (Tuala Wanita berubat, Herba 100%).

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia Blog Ummu Sayyidah.
Pada hari ini Ummu Sayyidah sukacita ingin memperkenalkan satu produk yang sangat bagus untuk digunapakai oleh kaum wanita atau kaum ibu.

Ianya sangat berkualiti tinggi, mencegah sakit puan serta membantu banyak hal yang berkaitan dengan kesihatan dalaman kaum wanita.



ANTARA KELEBIHANNYA:-
1-Membantu menghilangkan serta mengurangkan sakit senggugut atau meredakan sakit rengat bagi ibu yang baru bersalin.
Sangat sesuai dipakai oleh kaum ibu dalam pantang.

2-Menghilangkan bau yang tidak enak dan mencegah jangkitan kuman pada rahim wanita.

3-Mencegah kegatalan dan rasa tidak selesa di kawasan sulit wanita.

4.Mencairkan ketulan darah beku, mengelakkan darah tersumbat di laluan rahim, mencegah kesakitan waktu haid.

5.Menyingkirkan toksid, toksin (keracunan) dan membuang angin dalam perut pengguna.

6-Anti virus dan anti kulat (mencegah jangkitan kuman di dalam rahim wanita).

7.Paling baik mencegah barah rahim (anti barah).

8.Membantu kaum wanita tetap ceria dan segar walaupun sedang datang bulan (haid) atau dalam nifas.

9-Mencegah dan mengurangkan masalah keputihan @ kekuningan di kawasan sulit wanita (faraj).

10-Mencegah sakit otot, sengal-sengal sendi, mencegah sakit bahagian pinggang dan belakang belikat ketika datang haid.

11-Mengawal atur kiraan haid dan menstabilkan putaran kedatangan haid.

12-Menyingkirkan sisa darah haid.

13-Membantu peredaran darah dengan lancar dan sempurna.

Penerangan:-
Bungkusan merah ini dipakai waktu permulaan datang haid.
Boleh dipakai sekitar 3,4 hari setelah datang haid.
Harga runcitnya rm12.00, (10 keping pad).

Penerangan:-
Bungkusan biru ini sesuai dipakai setelah hari ke 4 ke atas setelah datang haid.
Harga runcitnya rm11.00, (10 keping pad).


Penerangan:-
Bungkusan hijau ini sesuai dipakai harian sewaktu tidak haid.
Harga runcitnya rm10.00 (20 keping pad).

Bio Sanitary Pad diformulasi khas herba semulajadi.
Ianya rasa kering, dingin, berangin dan selesa bila digunakan.

Bio Sanitary Pad ini diperbuat daripada 100% lapisan kapas dengan ramuan herba semulajadi yang berkualiti tinggi dan selamat.

Ianya tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya.Kualiti Bio Sanitary Pad memang terjamin.Ianya satu produk yang telah diinsurankan sebanyak 3juta.

Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama anda para wanita yang inginkan kesehatan dan kesejahteraan tubuh badan anda terutama di kawasan sensitif bagi kaum wanita.

Jika anda berminat mendapatkannya serta berminat untuk menjadi agen atau pembekal Bio Sanitary Pad,
Sila hubungi Nuril Anwar di talian- 013-5107313.

Anda juga boleh menambahkan pendapatan ekonomi anda serta kaum keluarga anda apabila menjadi agen sah bersama mempromosi Bio Sanitary Pad ini.

Insya Allah berkesan dan mujarab.
Jika berminat sila PM 013-5107313....

(MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT).
SELAMAT MENCUBA!!..........
                    

Thursday, 13 November 2014

JANGAN TANYA ALLAH...KENAPA DAN MENGAPA?....



Setiap mukmin pasti diuji.Setiap ujian atau mehnah yang datangnya dari Allah adalah bukti Allah sayang dan beri perhatian kepada kita selaku hamba-hambaNya.

Setiap apa sahaja ketentuan taqdir dari Allah untuk kita adalah tandanya Allah ingin menggugurkan dosa-dosa kita di dunia lagi supaya apabila kita kembali ke alam akhirat , tidak berat membawa dosa dan noda.

Jangan kita biadab dengan Allah yakni Tuhan yang menjadikan kita.Tuhan yang juga menciptakan alam semesta ini.
Siapa kita untuk tanya Allah?.

Siapa kita untuk mempersoalkan keputusan Allah?.
Mengapa dan kenapa Allah uji kita begian......begian...... Begini....begini..........

Mengapa Allah uji kita dengan kesakitan sedangkan orang lain sehat segar bugar?.

Kita tanya Allah mengapa aku hidup susah dan miskin sedangkan orang lain kaya raya dan senang?.

Kita tanya Allah kenapa bagi aku kurus kering tidak gemuk, montel seperti orang lain?.

Bila Allah bagi gemuk dan berisi, kita tanya Allah lagi,kenapa bagi aku gemuk, tidak bagi ramping comel molek seperti ratu cantik atau model?.

Kenapa dan mengapa wajahku buruk, hodoh[ tidak cantik] , tidak comel, tidak anggun atau tidak hemsem seperti orang lain?.

Mengapa tidak bagi aku zuriat atau anak,sedangkan orang lain ramai anak atau zuriat?.
Mengapa tidak beri jawatan yang tinggi dan hebat kepada aku sepertimana mereka yang berjawatan tinggi dan ada pangkat darjat?.

Mengapa tidak lahirkan aku sebagai manusia yang keturunannya kaya raya, yang ada nama, glamour serta berkedudukan dan ternama?.Mengapa?....Kenapa?.....

Selagi kita bertanya Allah "Mengapa"dan " Kenapa"?.Itu menunjukkan kita tidak pernah bersyukur kepada Allah.
Selagi kita bertanya Allah begitu....begini dan begian....begian....maknanya kita rasa besar diri dan sombong dengan Allah.

Sangat biadab dan kurang ajarnya kita dengan Allah.
Siapa kita hendak sombong dan rasa besar diri dengan Raja segala Raja yang Maha Agung itu?.

Siapa kita hendak kurang ajar dan biadab dengan Allah?.
Siapa kita hendak berlagak dengan Allah sedangkan kita lahir ke dunia ini pun atas kasih sayang dan rahmat Allah terhadap kita.

Kenapa kita tidak lihat betapa besarnya rahmat Allah lahirkan kita ke dunia ini sebagai seorang Islam?.Ibu ayah kita adalah seorang Muslim,tidakkah ini adalah rahmat Allah yang sangat besar kepada kita?. 

Allah tidak lahirkan kita dalam agama lain yang menyegutukanNya. Mengapa nikmat ini tidak kita syukuri sungguh-sungguh dan bersyukur sebesar-besar syukur?.

Mengapa kita tidak nampak dengan matahati kita betapa sayangnya Allah kepada kita, dengan dilahirkan kita ke dunia ini dalam agama Islam yakni agama yang Allah iktiraf, yakni agama yang menyelamatkan kita daripada syirik dan menyegutukan Allah?.

Mengapa tidak kita hitungkan berbilion-bilion, berjuta-juta, beribu-ribu nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita?.
Allah bagi kita akal dapat berfikir dengan baik dan waras, bukankah ini satu nikmat yang sangat hebat dan sangat mahal?.

Allah bagi kita mata boleh melihat dunia ciptaanNya yang luas terbentang, tidakkah ini juga rahmat dan nikmat yang paling besar?.
Allah bagi kita ketenangan jiwa, hati dan perasaan, bukankah ini juga nikmat?.

Bahkan dengan pelbagai nikmat lagi Allah beri kepada kita.Janganlah kita terlalu menuntut kepada Allah memberi sesuatu yang bukan haq kita,kelak kita akan rosak binasa jika Allah izinkan.

Marilah kita bersyukur dengan apa yang ada, nanti Allah akan tambah lagi nikmatNya jika kita bersyukur.Bukankah Allah itu Maha Baik, Maha Penyayang dan Maha Kaya?.

Allah tidak pernah minta bayaran daripada kita walaupun satu sen atau sedikit pun atas pemberianNya kepada kita.Cuma Allah mahu kita menyembahNya sebagai tanda kita berterima kasih kepadaNya. Itupun untuk kebahagiaan dan kesenangan kita juga di akhirat kelak.

Semoga kita menjadi hamba yang sangat bersangka baik dengan Allah.Jangan sesekali kita prajudis dengan Allah.Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu Tuhan yang Maha adil lagi Maha Bijaksana.Allah tidak akan lakukan sesuatu itu sia-sia.
Semuanya ada maksud yang baik untuk hamba-hambaNya.


Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.Semoga kita termasuk ke dalam golongan hamba-hambaNya yang tahu bersyukur dan pandai bersabar jika diuji.

Amin Ya Allah

WiFi terbesar terhubungnya hati dengan Allah dan Rasulullah SAW

 
Pernah ke kita terfikir ada WiFi yang paling hebat dan tercanggih di dunia ini tanpa bayaran bulanan, tanpa agreement dan tanpa kontrak setahun atau lebih?.

WiFi terhebat dan terbesar ini tidak perlu kita isi borang untuk memperolehinya.

Hebatnya WiFi ini kerana ianya tidak terbatas penggunaannya.
Siang malam,pagi petang,24 jam dan sepanjang umur hidup kita boleh gunakannya dan tidak ada tempuh masa yang terbatas.
Ianya free of charge.

Siapa-siapa pun layak dan boleh menggunakan WiFi ini walaupun ia miskin dan tidak punya harta,wang, pekerjaan tetap atau tidak berjawatan tinggi.

WiFi ini ALLAH PUNYA.Siapa saja yang bergelar hamba Allah layak mendapatkan WiFi terhebat di dunia ini.WiFi ini Allah siapkan khas untuk hamba-hambaNya yang mahu membuat talian terus berhubung denganNya dan Rasulullah melalui amalan-amalan yang Allah perintahkan dan yang Rasulullah SAW ajarkan.

Sudah tentulah hubungan yang paling hebat dengan Allah yakni menunaikan shalat 5 waktu sehari semalam.Selebihnya mendirikan shalat-shalat sunat qabliah atau ba'diah sebelum shalat fardhu.Juga shalat malam, shalat hajat, shalat taubat dan apa saja shalat sunat yang dituntut oleh Agama Islam. 

Sesiapa yang tidak menunaikan shalat dan menunaikan apa sahaja titah perintah Allah di dunia ini, bermakna dia tidak akan memperolehi WiFi percuma dari Raja Segala Raja ini.
Ruginya manusia begini, Allah anugerahkan WiFi percuma pun tidak mahu terima dan menggunakannya.

Bukankah dengan berhubung hati atau roh dengan Allah melalui shalat itu hasilnya sumber ketenangan dan kebahagiaan yang Allah segerakan sebelum memperolehi kebahagiaan yang kekal lagi abadi di alam akhirat nanti?.


Perhubungan hati atau roh dengan Allah akan terasa betapa indahnya kita  ada Tuhan yang Maha Hebat di dunia ini.
Dialah Allah, Tuhan yang menjaga kita,Tuhan yang memberi rezeki kepada kita.

Tuhan yang menghidupkan dan mematikan kita, juga Tuhan yang akan membangkitkan kita semula di alam sana nanti..
Tuhan yang segala-galanya ada padaNya.Mintalah apa sahaja,pasti Dia  Maha mendengar dan kabulkan.

Jika Dia tidak kabulkan di dunia, Dia akan kabulkan di akhirat sana.Tidak rugi kita berhubung dengan Allah melalui WiFi ajaib dan terhebat ini.Bila-bila masa sahaja kita boleh hubungi Allah.Melalui doa,rintihan, munajat dan apa sahaja selain daripada shalat.

Setiap saat,setiap waktu talian WiFi dibuka kecuali setelah nyawa di halkum, setelah pintu langit tertutup, barulah terputusnya hubungan ketika itu kerana pintu taubat sudah tertutup buat kita .

Ruginya kita tidak mengambil peluang keemasan ini untuk berhubung dengan Allah dan Rasulullah SAW,melalui talian
WiFi terhebat ini.

Kita tidak rugi apa-apa jika kita meluangkan masa berkomunikasi dengan Allah dan Rasulullah SAW.
Bahkan kita akan beruntung dunia dan akhirat.

WiFi dengan baginda Rasulullah SAW tentulah selawat ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah SAW.

Melalui selawatlah, hati umat akan terhubung dan dihubungkan dengan Nabi akhir Zaman itu.
Melalui selawat ke atas Baginda hati akan diikat, dicantumkan dengan kekasih Allah ini.
Inilah WiFi yang terhebat antara umat dengan Nabinya.

Lebih hebat lagi Wifi ini tidak tergugat dengan bencana alam atau hujan,ribut, petir,guruh dan kilat yang sambar menyambar, ianya tidak perlu kepada wayar bumi untuk mengawal keselamatan linenya.

Memang terlalu hebat dan ajaib Wifi Allah ini.Tidakkah anda teruja dengan kehebatan Wifi Allah ini.Buta matahatilah bagi sesiapa yang tidak terasa kehebatan Wifi Allah ini.

Melalui selawat, hati si umat akan disambungkan terus menerus sampai talian terhebat ini kepada Nabi Muhammad SAW.

Maka natijah dari hubungan ini  Baginda Nabi akan menyahut, menyambut selawat kita itu sebagai tanda kasih sayang berbalas antara umatnya dengan Nabi SAW.

Hasilnya di alam akhirat nanti talian Wifi selawat ini akan terus bersambung dan disambungkan, akhirnya berbahagialah bagi umat yang ghairah berselawat ke atas Baginda Rasul pilihan atas pilihan ini, kerana mereka akan mendapat pembalasan yang sangat setimpal dengan amalan selawatnya yakni memperolehi Syafaa'atul Kubra nanti.

Tidak ada hijab antara hamba dengan Khaliqnya, antara umat dengan Nabinya,talian hayat melalui WiFi terhebat ini akan sampai kepada Tuhan Pencipta alam dan kepada Nabi SAW.

Jika kita melakukan dosa pasti talian WiFi terhebat ini akan tersumbat, line tidak clear, akan tersekat dan akan menghalang hubungan kita dengan Allah dan Baginda Rasulullah SAW.

Bagaimana hendak menyambung talian WiFi terhebat ini jika sudah terhalang?.Tidak perlu bayar di mana-mana kaunter pembayaran,akan tetapi ianya perlu bertaubat sebenar-sebenar taubat dengan ertikata Taubatan Nasuha.

Setelah taubat diterima Allah,
maka line Wifi terhebat di dunia terus terbuka seluas-luasnya,
Waktu itu kita ambiklah kesempatan sebesar-besarnya, untuk berhubung dengan Allah dan Baginda Rasulullah dengan cara apa sekalipun,Insya Allah semuanya akan diterima.

Dengan Taubat Nasuha juga dengan bersedekah sebagai kifarah dosa akan melajukan line Wifi terhebat di dunia ini untuk sampai ke Hadrat Allah dan juga ke Hadrat Baginda Rasulullah SAW.

Jangan sia-siakan talian Wifi terhebat di dunia ini yang Allah anugerahkan kepada kita selaku hamba-hambaNya.

Ruginya hidup kita di dunia ini jika Wifi terhebat dari Allah ini tidak kita gunakan sebaik-baiknya.Semuanya percuma sahaja.
Bukankah ini juga nikmat yang sangat hebat dan besar dari Allah kepada hamba-hambaNya?.


Maha Baiknya Allah,memerintahkan kita menyembahNya, berdoa
kepadaNya, bercakap-cakap denganNya melalui shalat dan rintihan, doa munajat supaya terhubungnya hubungan hati antara si hamba dengan Khaliqnya, setelah itu diberi ganjaran Syurga pula dengan rahmat dan kasih sayangNya.MasyaAllah...

Hebatnya Allah ciptakan ini semua.Tidak tersentuhkah hati kecil kita akan kasih sayang Allah yang Maha Hebat in?.

Bila kita boleh berhubung dengan Allah melalui shalat dan lain-lain upacara ibadah, boleh berhubung dengan Baginda Rasulullah melalui selawat,  bukankah kita rasa bertuahnya kita ada Tuhan, ada Nabi SAW yang sangat prihatin kepada kita?.

Terasa kita ada teman, ada kawan yakni ada rafiiqul A'ala, ada tempat mengadu, ada tempat bermanja, ada tempat bergantung harap, ada tempat memadu kasih, ada tempat mencurahkan segala isi hati.Ada tempat meminta pertolongan dan menyelesaikan masalah.

Ohhh.......indahnya ada Tuhan, ada Nabi yang faham kita,yang sentiasa bersama kita siang dan malam.Nikmatnya hidup bersama Tuhan dan Nabi Akhir Zaman.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah nikmat yang sungguh mahal dan berharga ini.

Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang tahu bersyukur atas nikmat dan rahmatMu setiap saat,detik, waktu dan sepanjang masa.

Amin Ya Allah.

BUTA HATI LAGI PARAH DARI BUTA MATA



Buta hati akan terjun ke neraka.Buta hati tidak nampak jalan ke akhirat.Buta hati akan seronok dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.Buta hati dosa besar dirasakan kecil sahaja.Apatah lagi dosa kecil tidak terasa apa-apa pada hati.

Buta mata belum tentu ke neraka.Buta mata  hanya tidak nampak jalan di dunia akan tetapi sangat mampu mendapatkan cinta Allah dan Rasulullah SAW, jika matahatinya celek dan berperanan.

Hati yang buta tidak akan membesarkan Allah,tidak akan takut seksaan Allah.Tidak akan gerun dengan azab kubur,tidak akan memikirkan nasibnya di alam barzakh,tidak akan rasa cinta dan rindu kepada Baginda Rasulullah SAW.Bahkan tidak menjadikan Nabi sebagai idola hidupnya dan tidak menjadikan Tuhan sebagai Rafiqul A'ala.


Tidak akan rasa takut untuk melakukan dosa.Tidak takut melanggar hukum-hukum Allah,bahkan lebih dahsyat lagi kalau boleh hukum haram hendak dihalalkan.Astaghfirullahal A'zimmm....

Buta mata masih boleh meraih cinta Allah ,rindu Nabi sebab hatinya tidak buta.Buta mata masih boleh mencari redha Allah,
Jika matahatinya tidak buta.

Buta mata masih mampu khatam Al-Quran 30 juz.Masih mampu membuat kebaikan walaupun sedikit dan terhad,yang penting ikhlas dan kerana Allah.

Akan tetapi buta matahati tidak nampak lagi kebenaran di dunia ini.Buta matahati seronok dengan dosa dan kejahatan, maksiat dan tidak rasa bersalah dengan Allah pun, jika melanggar titah perintah Allah boleh selamba dan tenang dalam gelumang dosa dan noda.Parahnya jika matahati buta.


Ya Allah!.......Ya Tuhan kami!....... janganlah mata hati kami buta dari melihat kebesaranMu dan keagunganMu.

Ya Allah!......Ya Tuhan kami!....

Anugerahkanlah taufiq dan hidayahMu yang berkekalan kepada kami yang lemah dan kerdil ini......Tubnailallah..(Taubatkan kami Ya Allah).

Wahai Dzat yang Maha Agung...
Janganlah matahati kami mati sebelum kami mati.

Janganlah matahati kami buta daripada melihat kebenaranMu dan keEsaanMu.

Ya Allah!......Ya Tuhan kami!.....
Janganlah mata hati kami bebal dan beku dalam menegakkan titah perintahMu di dunia yang fana' ini.

Marilah kita merayu dan merintih, memohon kepada Allah supaya janganlah Allah butakan matahati kita daripada melihat keAgungan dan KebesaranNya yang Maha segala Maha.

Amin Ya Allah


Wal'iyazubillahhi min zaalik.

AKHLAK IBARAT BUNGA YANG HARUM MEWANGI.


Siapa tidak suka pada bunga,lebih- lebih lagi bunga Rose iaitu Ratu segala bunga.Bunga Orkid,bunga Kemboja,bunga Tanjung,bunga Kertas,bunga Melor,bunga Matahari,bunga Raya (bunga Kebangsaan), bahkan bunga Tahi Ayam pun yang agak busuk daripada ratusan atau jutaan jenis bunga-bungaan pun ramai yang tanam di halaman atau di perkarangan rumah masing-masing. 

Semua manusia suka bunga yang cantik, segar lagi wangi.Dijual di kedai-kedai bunga,dihias ,digubah untuk dijadikan hadiah atau cenderahati kepada seseorang, Begitu juga bunga plastik pun jadi idaman walaupun tidak wangi tetapi cantik dipandang.

Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai akhlak yang mulia, akhlak yang murni pasti lebih diminati, disanjung , disebut-sebut namanya.Wangi, harum nama baik dan maruah dirinya merata 
tempat,wilayah,negeri,negara bahkan seluruh dunia.

Begitulah manusia jika akhlak terpuji harum mewangi seperti bunga yang mekar setaman.Orang yang berakhlak mulia penuh dengan sifat-sifat mahmudah terpuji bagaikan setaman bunga dari pelbagai jenis bunga-bungaan dalam hatinya.Semua jenis bunga yang cantik,indah, menarik hati dan harum mewangi menghiasi dirinya.

Insan yang paling wangi akhlak dan hatinya ialah Baginda Rasulullah SAW.Allah utuskan Nabi akhir zaman,
Nabi Muhammad SAW dengan membawa akhlak yang agung lagi terpuji.

Akhlak Baginda menjadi ikutan ummah.Akhlak Baginda yang agung mewangi itu telah menawan hati sesiapa sahaja bahkan Yahudi, Nasrani pun ramai tersungkur di telapak kaki Baginda akhirnya mereka memeluk agama Islam.

Akhlak yang terpuji mampu mengubah hati manusia daripada engkar kepada Allah ,akhirnya tunduk dan patuh kepada Allah.Dengan akhlak terpuji, manusia boleh tukar agama datuk nenek moyang mereka kepada agama Islam.

Akhlak mulia dan terpuji mestilah dimiliki oleh semua umat Islam, lebih-lebih lagi para pejuang kebenaran akhir zaman, para daei dan para ulamak yang dikatakan sebagai pewaris Nabi.Yakni ulama Al-A'amilin bukan ulamak suk (jahat) yang menjual agama Allah demi kepentingan dunianya.

Akhlak sangat penting jika kita mahu menawan hati manusia ke jalan Allah dan Rasulullah SAW.Tanpa akhlak terpuji kita ibarat najis yang mencemarkan nama baik agama Allah di muka bumi ini.

Janganlah kita menjadi penghalang kepada manusia di dunia ini untuk menerima kebenaran kerana buruknya tingkah laku dan perangai kita.Akhlak yang terpuji boleh membeli hati manusia untuk menyerah diri kepada Allah dan Baginda Rasulullah SAW. 

Sikap yang acuh tak acuh dan tidak berakhlak mulia menyebabkan manusia menolak kebenaran yang kita perjuangkan, walaupun apa yang kita bawa itu adalah suatu kebenaran.Sikap lemah lembut,lunak, berbudi bahasa, hikmah,kasih sayang mesti kita tiru apa yang Baginda Rasulullah SAW perjuangkan dalam menyampaikan mesej dakwah ke tengah masyarakat.

Marilah kita memohon keampunan ke Hadrat Allah Taala di atas kesilapan kita selama ini.Mungkin selama ini kita agak kasar,tidak mesra,tidak memahami hati dan perasaan orang lain yang menyebabkan kebenaran yang kita bawa gagal.Ini adalah satu dosa yang mesti ditaubatkan. 

Allah akan persoalkan kegagalan ini, kerana kita, manusia lain jauh daripada Allah dan Rasulullah SAW.Renung-renungkanlah apa yang diutarakan ini sebagai bahan fikir dan muhasabah diri,semoga kita semua diampunkan Allah Taala.

Semoga Taubatan Nasuha kita diangkat oleh Allah Taala, justeru itu matilah kita nanti sebagai seorang mukminin,mukhlisin,muttaqin,muqarrabin,soolihin yang Allah rahmati dan redhai.

Lebih-lebih lagi kita sangat berdoa agar matinya kita sebagai hamba yang syahid di jalan Allah.

Amin Ya Allah.


Sunday, 2 November 2014

HARI A'SYURA, 10 MUHARRAM HARI KEMENANGAN ISLAM


Salam Maal Hijrah .Sempena Muharram mari kita mengambil kesempatan berkongsi ilmu yang ada kaitan dengan keberkatan bulan ini.Semoga bertambah berkat hidup kita. Amin.

Dalam bulan Muharram yakni bulan Allah (Syahrullah) ini, banyak peristiwa besar yang berlaku.Ini menunjukkan kekuasaan Allah dan kasih sayang Allah kepada makhluk ciptaanNya.
Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda berpuasa pada hari A'syura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".

Dari Abu Hurairah r.a berkata , Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa pada hari A'syura.
Maka Baginda menjawab "Ia akan menghapuskan dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu".
Riwayat Muslim.

Huraian Hadis
Hari 'Asyura merupakan hari yang ke 10 daripada bulan Muharram. Rasulullah saw telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa sunat pada 9,10 dan 11 haribulan  tersebut, kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram.



10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama, sepertimana yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya (Mukasyafatul Qulub), dan juga menurut apa yang Baginda Nabi sabdakan.

Antara kelebihan 10 Muharram (Hari A'syura) ialah :-

(1) Hari pertama Allah ciptakan alam dan menurunkan hujan ke muka bumi.

(2) Diterima taubat Nabi Adam A.S dan diampunkan dosa Nabi Daud A.S.

(3) Allah mencipta Nabi Adam A.S dan juga ibunda Siti Hawa.

(4) Dimasukkan Nabi Adam A.S ke dalam syurga dan Allah menjadikan syurga dan neraka.

(5) Diciptakan Arasy, Kursi, Luh Mahfuz,Qalam,Malaikat, matahari, bulan, bintang dan Cakrawala.

(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim A.S

(7) Selamatnya Nabi Ibrahim daripada pembakaran api Raja Namrud.

(8) Selamatnya Nabi Musa dan pengikutnya daripada ditelan laut Merah dan Allah menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa.

(9) Lemasnya Firaun dan bala tenteranya dalam laut Merah.

(10) Dilahirkan Nabi Isa A.S

(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.

(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.

(13) Nabi Nuh A.S diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.

(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun setelah 40 hari 40 malam berada di dalam perut ikan tersebut.      

(16) Nabi Yaakob dapat melihat kembali selepas daripada buta.

(17)Nabi Yusuf A.S dibebaskan dari penjara.

(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakit kulit yang amat dahsyat.

(19) Sayyidina Hussain dan keluarganya (sebahagian Ahlul Bait), syahid dalam pertempuran di Karbala'.

20)Kiamat akan terjadi pada hari A'syura.

Inilah diantara peristiwa besar 10 Muharram yang telah berlaku.
Maka pada hari 10 Muharram ini, Nabi Adam AS berpuasa kerana bersyukur kepada Allah, kerana hari tersebut merupakan hari taubatnya diterima Allah, setelah beratus-ratus tahun lamanya meminta keampunan.

Pada 10 Muharram juga adalah hari pembebasan pengikut-pengikut Nabi Musa yang beriman kepada Allah daripada kejahatan dan kezaliman Firaun dan kuncu-kuncunya.

Setelah tenggelamnya Firaun,Qarun,Haman dan istana serta kerajaan mereka,maka berakhirlah penderaan dan penyiksaan terhadap kaum Nabi Musa AS.
Justeru itulah mereka berpuasa pada Hari A'syura ini sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

Pada 10 Muharram ini juga bahtera Nabi Nuh AS telah mendarat dengan selamatnya di Bukit Juhdi, Banjir besar yang melanda seluruh alam hanya 40 keluarga sahaja termasuk manusia dan binatang yang terselamat.

Kita merupakan anak cucu cicit antara 40 keluarga tadi.Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Nuh AS dan para pengikutnya yang taat setia .

10 Muharram ini juga Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit dan telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza .Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa Al-Masih daripada kekejaman kaum Bani Israel.

Semoga sejarah gilang gemilang ini tetap kita kenangi dalam sanubari sebagai tanda syukur kita ke Hadrat Allah Taala.Peristiwa penting dan besar ini adalah kemenangan buat umat Islam.Ianya satu sejarah yang mesti diwar-warkan oleh umat akhir zaman sebagai bukti kecintaan kita kepada Allah, juga kepada para Nabi dan Rasul kekasih Allah itu.


Semoga dengan kita menyayangi para Nabi dan para Rasul ini, kita digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Amin Ya Allah.