Diam lebih banyak mengundang kebaikan daripada berkata-kata yang tidak berfaedah.
Berkata-kata yang sia-sia akan menempah neraka sudahnya.
Berkata-kata yang sia-sia akan menempah neraka sudahnya.
Bila berkata-kata terlalu banyak sudah tentu kata-kata itu banyak salahnya, banyak salah itu satu dosa.
Ada
orang wataknya suka bercakap, membebel tidak tentu pasal. Dari celik
mata hingga tutup mata kerjanya bercakap... bercakap. Letih semua orang
mendengar percakapannya.Ada ada saja yang hendak di ceritakan.
Yang lebih malang bercakap tentang orang. Mengumpat namanya.
Paling
malang atas tikar sembahyang pun boleh mengumpat.Tasbih melekat dekat
tangan pun boleh mengumpat.Orang mengumpat Allah akan lemparkan ke dalam
api neraka yang menyala-yala dengan dahsyatnya.
Hati
berpenyakit suka bercerita tentang aib orang sahaja, kebaikan orang
ditutup-tutupnya.Inilah sifat ahli neraka jahanam yang kekal
selama-lamanya di dalam neraka.
Wal'iyazubillahimin Zaalik.
Wal'iyazubillahimin Zaalik.
Orang
yang banyak bercakap wataknya suka jaga tepi kain orang sedangkan tepi
kain sendiri koyak rabak tidak nampak.Hati perut kotor dan busuk, penuh
dengan ulat-ulat mazmumah.Inilah yang dikatakan istilah "jahat
mulut"atau "bisa lidah".
Orang
yang suka bercakap tidak akan terlepas dari sifat ghibah (mengumpat).
Lebih parah lagi dalam semua keadaan kerjanya mengumpat.kata orang tua-tua "buat ketupat".
Tempat kerja mengumpat. Di pejabat mengumpat, di kilang mengumpat, di sekolah mengumpat,bahkan yang lebih dahsyat lagi sedang dengar kuliah agama pun sempat mengumpat. Astaghfirullahal 'azim....
Bila kita mengumpat pada seseorang semua pahala kita akan pergi kepada orang yang kita umpat.
Maknanya kita akan muflis di akhirat nanti kerana kebaikan kita akan hangus semuanya.
Malangnya
orang yang suka bercakap, Banyak berkata-kata yang tidak berfaedah ,di
akhirat lidahnya akan digunting dengan gunting dari neraka
Allah.Lidahnya akan Tuhan izinkan menjadi panjang berhasta-hasta,
berjela-jela dan akan di bakar api neraka Jahim.
Aduh... Azabnya. Ya Allah jauhilah kami dari menjadi orang yang berkata-kata akan tetapi tidak dikotakan percakapannya .
Juga jauhilah kami dari menjadi orang yang banyak berkata-kata yang sia-sia belaka.
Bukankah
diam itu lebih baik, lebih menyelamatkan keadaan. Lebih mengamankan
suasana orang sekeliling?.Diam itu ibadah.Diam itu membawa rahmat dan
berkat.Diam lebih baik dari berkata-kata yang membawa dosa dan padah kepada diri sendiri.
Boleh
berkata-kata akan tetapi biarlah dalam hal yang benar lagi mendatangkan
kebaikan kepada diri dan orang lain.Berkata-kata untuk Allah dan Rasul
sangat dituntut .Berkata-kata menyampaikan mesej dakwah, ilmu Islam
sangat membawa positif kepada umat manusia, dipersilakan dan di
alu-alukan.
Jika
dengan berkata-kata boleh meraih pahala apa salahnya. Berkata-kata
kearah kebaikan dan membesarkan Allah, Rasul dan akhirat, sangat
dituntut.Sekiranya dengan berkata-kata boleh mendatangkan iman dan taqwa
ianya tidak salah di sisi agama.
Namun berhati-hati dalam berkata-kata itu yang terbaik.Semoga Allah pelihara lidah dan mulut kita dari dosa dan noda .
Amin Ya Allah
Amin Ya Allah
No comments:
Post a Comment