Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang usulan hubungi 013-5107 313
Sunday, 8 June 2014
Aku menangis wahai Tuhan
Selama ini aku menangis wahai Tuhan kerana dunia.
Namun kini aku menangis wahai Tuhan kerana memikirkan hatiku yang masih lesu,sayu dan beku.
Yang masih layu dan tandus dari iman dan Islam.
Selama ini aku menangis wahai Tuhan kerana nafsu.
Kini aku menangis kerana hatiku masih belum dapat menyintai Mu dengan sepenuh hatiku.
Aku menangis wahai Tuhan kerana hatiku sekeras batu yang sukar untuk dicairkan dengan selawat , zikrullah dan taubatan Nasuha.
Aku menangis wahai Tuhan kerana aku masih belum rasa hamba kepadaMu dengan sebenar-benar hamba.
Aku menangis wahai Tuhan kerana aku belum rindukan kematian, sedangkan kematian itu adalah tunanganku yang mesti aku merinduinya setiap saat dan setiap detik waktu.
Aku menangis wahai Tuhan kerana aku masih banyak mazmumah yang menjadi hijab antara diriku dengan Tuhanku.
Aku masih tergoda dengan hasutan syaitan dan berfikiran Yahudi, Nasrani , Majusi dan lain-lain lagi yang seumpamanya.
Terima kasih wahai Tuhan...
Aku disedarkan, aku dikejutkan, dengan berkat guruku dan ibu ayahku, yang aku ini adalah hamba yang tiada kuasa apa-apa.
Aku mohon kepadaMu wahai Tuhanku,
supaya tangisanku selepas ini hanyalah untukMu dan keranaMu , bukan selain daripadaMu.
Semoga airmata tangisanku kali ini dan seterusnya dapat memadamkan api nerakaMu yang amat menakutkan itu.
Amin Ya Allah.
No comments:
Post a Comment