Sunday, 18 May 2014

Kes buang bayi semakin berleluasa



Negara  hari ini  sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin kronik dan membimbangkan semua pihak.

Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh,mendera, buli membuli,tumbuk menumbuk bahkan ada yang sanggup membunuh kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan di televisyen.


Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan sangat memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu , masyarakat dan negara.

 

Barah zina dan kes buang bayi semakin meningkat.

Bayi dibuang dan dibungkus dengan daun pisang,dengan kain buruk dan sebagainya.
Bahkan ada yang dibuang dalam tandas, tong-tong sampah, pondok buruk dan perigi buta.
Paling menyayat hati bukan sahaja bayi dibuang malah ada bayi yang dibakar, digigit anjing dan dimakan ulat kerana sudah mati serta menjadi bangkai yang busuk.

Ini kerana semata-mata hendak menjaga aib atau menutup malu, mereka sanggup membunuh anak yang dikandungnya dan dilahirkannya.Memang kejam ibu yang begini.
Sanggup membunuh nyawa  yang tidak berdosa itu.
MasyaAllah!...Astaghfirullah!...

Hendak jadi apa manusia akhir zaman ini?.

Sudah tidak tahu nilai-nilai kasih-sayang, anak sendiri pun sanggup digugurkan ,dibuang di merata-rata tempat yang belum tentu selamat dan tidak diketahui orang.
 
 

Binatang seperti kucing pun tahu sayangkan anak.Inikan pula manusia, nampaknya manusia hari ini lebih zalim daripada binatang.Tidak ada hati perut dan perasaan lagi sesama manusia.


Sungguh memilukan namun ianya sudah menjadi bahan paparan dalam akhbar-akhbar dan berita-berita yang sangat memalukan kaum keluarga dan saudara-mara juga masyarakat setempat.


Ibnu Umar berkata bahawa sanya Baginda Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud,

"Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini maka Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan membongkar cacat celanya pada hari kiamat di hadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal",

Masalah perzinaan berlaku begitu berleluasa sekarang ini di mana sahaja, di merata tempat.
 

Bahkan yang lebih menakutkan kes-kes melahirkan bayi tanpa bapa sudah menular pada remaja yang masih di alam persekolahan.

Mengandung di bawah umur menjadi perkara biasa.

Hal ini terjadi kerana :-

1.Tidak takut Tuhan yang Maha Menghukum dan Maha Mengadili.


2.Tidak ada ilmu agama yang cukup untuk mendidik hatinya agar menjauhi maksiat , dosa-dosa besar seperti zina ,sumbang muhram dan lain-lain.


3.Terlalu bebas pergaulan antara lelaki perempuan yang bukan muhram  bahkan ke sana ke mari berdua-duaan, tidak kira siang atau malam, 

bagaikan pasangan suami isteri sedangkan masih belum punya apa-apa hubungan secara sah sebagai suami isteri.

4. Ibu ayah terlalu sibuk bekerja di luar hinggakan tidak sempat meluangkan masa untuk anak-anak. 

Anak-anak terbiar dan kurang mendapat kasih sayang yang secukupnya maka terlibatlah dengan gejala social.
Akhirnya terjebak dengan zina dan lain-lain kejahatan dan maksiat .

5.Tidak takut seksa kubur, alam barzakh dan neraka kerana hati buta, nafsu diperturutkan.Ini berlaku kerana cetek ilmu agama.


6.Didikan dari ibu bapa terlalu memanjakan dan memewahkan anak-anak, menyebabkan mereka rosak akhlak dan tergadai maruah dirinya.

 
Anak-anak diberi segala kemewahan , apa saja kehendak mereka diturutkan hingga ke mana mereka pergi, ibu bapa biarkan.    Kononnya sebagai bukti kasih sayang kepada si anak, lebih-lebih lagi jika si anak itu adalah  anak tunggal, ditatang bagaikan minyak yang penuh, si anak jadi melampau, tidak tahu hendak bersyukur bahkan hidup dalam suasana bebas dan sukar untuk dinasihati.

Apabila terlibat dengan Mat rempit, Minah rempit, berpoya-poya ke sana ke sini, akhirnya terjebaklah dengan dadah, arak, judi, disco, berpeleseran , terlibatlah dengan zina dan perbuatan keji yang dimurkai Allah.


7-Peranan media massa

yang terlalu canggih sehinggakan segala maklumat dan informasi boleh diperolehi tanpa sekatan dan tapisan.

Paparan adegan-adegan negatif (Blue Film) dari filem-filem barat yang menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sendiri mengikut apa yang ditontonnya.


8-Internet 

Teknologi informasi dan komunikasi (ICT) juga turut menyumbang gejala sosial yang negatif menular dengan laju dan pantasnya.

9-Cara berpakaian terlalu menjolok mata kaum lelaki dan tidak mengikut syariat. Pakaian dipakai seolah-olah tidak berpakaian sama sekali.


Berpakaian yang menampakkan aurat wanita, terlalu nipis,jarang, ketat dan terbuka sana sini, merangsang nafsu kaum lelaki.

Justeru itu menyebabkan berlakulah kes-kes rogol dan seks bebas .  
Ini semua berlaku kerana berpunca dari nafsu dituruti , hati tidak dibawa takutkan Tuhan, cintakan Nabi,gerunkan neraka dan rindukan syurga. 

Akhirnya jadilah manusia hidup bagaikan haiwan yang tidak tahu malu , tidak tahu gerun dengan Allah dan tidak takut dengan azab neraka Jahanam.


Firman Allah membawa maksud,

"katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman "hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu,
adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
(Surah An-Nur ayat 30).

Apa yang berlaku ini adalah salah satu antara alamat kiamat yang sudah hampir .Dunia dan penghuninya sudah rosak serosak-rosaknya.



Perzinaan mengakibatkan keturunan tidak lagi bersih dan sangat merosakkan keturunan datuk nenek moyang.
Keturunan zina ini jika tidak ditaubatkan sungguh-sungguh , keturunan inilah yang sangat disukai syaitan, iblis laknatullah dan maharaja sihir akhir zaman (Dajjal Laknatullah).

Menurut sejarah, Dajjal itu terdiri daripada keturunan zina yang berlapis-lapis samada sebelah ibunya atau sebelah bapanya dan Dajjal sangat bangga dengan keturunan zina yang tidak ditaubatkan, supaya semuanya menjadi para pengikutnya apabila dia zahir nanti.

Wal'iyazubillah........

Semoga kita dan seluruh keturunan kita, Allah selamatkan daripada terjerumus ke lembah maksiat,dijauhi daripada melakukan dosa-dosa besar yang boleh menjadi hijab kepada masyarakat,negara dan seluruh alam buana ini. 
Kita mestilah berdoa bersungguh-sungguh agar keturunan kita tidak menjadi para pengikut Dajjal Laknatullah itu. 

Amin Ya Allah



No comments:

Post a Comment