Tuesday, 13 May 2014

Dosa Lidah-Menempah- Neraka Jahim


Lidah yang tidak bertulang tapi bercabang seribu amatlah wajib dipelihara kerana dosa lidah menempah neraka jahanam. Walaupun lebat amal ibadah seseorang itu namun dosa lidah tidak boleh mengheretnya ke syurga.

Kisah seorang perempuan yang hebat ibadahnya tetapi menyakiti hati jirannya dengan lidahnya, bagi yang ada suami menyakiti hati suaminya maka neraka jahanam Allah sediakan untuknya.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah berkata Nabi bersabda "Siapa yang beriman kepada Allah di hari kemudian, maka haruslah menghormati tetamunya, memuliakan jiran dan berkata baik atau diam".

Alangkah ruginya hidup kita jika banyak amal ibadah tetapi tidak memelihara lidah yang nampak lembut tapi liat hakikatnya. Menyebabkan kita menjadi bahan bakaran api neraka Allah di akhirat kelak.


Dari Ibnu Mas'ud diriwayatkan bahawa ia berada di atas bukit Safa, membaca talbiah pada waktu haji maka ia mengatakan "Hai lidah! Katakanlah yang baik nescaya engkau beruntung.Diamlah dari yang jahat, nescaya engkau selamat, sebelum engkau menyesal".

Sabda Baginda Rasul "Bahawa dosa anak Adam itu pada lidahnya". Riwayat At-Tabrani.

Sabda Baginda Nabi lagi "Simpanlah lidahmu,selain pada yang kebajikan, kerana dengan demikian engkau dapat mengalahkan syaitan".
Diriwayatkan Ibnu Hibban dari Abi Dzar.

Jagalah LIDAH yang lembut tapi liat itu. Peliharalah LIDAH yang tidak bertulang itu namun ianya sangat memberi kesan yang mendalam pada hati jika ianya digunakan pada tempat yang Allah larang yakni dengan menyakiti hati orang lain, mengumpat, mencaci, menghina orang atau jiran, mengadu domba sana sini bahkan menabur fitnah yang bukan-bukan pada seseorang.
Fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh.

LIDAH yang jahat akan membakar dirinya di alam sana, bahkan di alam kubur atau alam barzakh lagi Allah akan menyeksa orang yang tidak menjaga atau memelihara lidahnya dengan istilah sekarang orang kata lidah yang tiada insuran atau mulut laser, cakap apa sahaja yang dia mahu cakap, mengata mengikut apa kata nafsu,tanpa difikirkan apakah kata-katanya itu boleh mengguris hati dan perasaan orang lain atau tidak.


Peliharalah LIDAH kerana lidah boleh menyebabkan sesebuah keluarga huru hara, haru biru, pecah dan putus kasih sayang,
jika ianya berlaku dalam masyarakat setempat atau dalam negeri atau negara atau dalam dunia ini maka hancurlah sebuah masyarakat itu atau musnahlah negeri, negara, atau dunia ini kerana kejahatan LIDAH.

Lidah yang jahat tidak takut Tuhan akan menyebabkan manusia dizalimi dan teraniaya kerananya. Balasannya akan Tuhan adili di akhirat nanti. Takutilah akan balasan Tuhan yang Maha dahsyat itu.

Di dunia mungkin kita lepas akan tetapi di akhirat kita tetap akan menerima pembalasan dari Tuhan yang Maha Adil itu.

LIDAH yang jahat akan diseksa Allah dan akan dibakar dengan bakaran api neraka yang paling panas, dan akan disembah dengan cairan logam yang mendidih , apakah kita sanggup dan mampu menanggungnya????.


Kejahatan LIDAH boleh membunuh kebahagiaan hidup orang lain, bahkan boleh menyebabkan orang lain merana kerana lidah kita. Jika tidak bertaubat dan tidak memohon maaf kepada orang yang kita sudah sakiti dengan kejahatan LIDAH kita selama ini maka dosa LIDAH tersebut akan diperpanjangkan hingga ke alam kubur, alam akhirat sana.

Oleh itu marilah kita renung-renungkan, bertafakkur sejenak, adakah kita termasuk golongan orang yang bisa LIDAHnya lebih bisa dari bisa ular Tedung atau lebih bisa dari asid atau racun pembunuh????.


Semoga Allah ampunkan segala kelalaian kita dalam bab DOSA LIDAH ini.

Ya Allah , aku mohon ampun padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu kiranya aku termasuk ke dalam golongan DOSA LIDAH ini. Mohon taubat , mohon ampun Ya Allah yang Maha Agung.


Dari berkata-kata menyebabkan berlakunya DOSA LIDAH lebih baik diam dan jadi orang bisu yang tidak berkata-kata walaupun mampu berkata-kata.
Berkata-kata pada yang perlu dan patut serta yang mendatangkan redha Allah dan restu Baginda Rasul sahaja , itu yang terbaiknya.



Nabi Allah Sulaiman bin Daud AS bersabda "Kalau berkata-kata itu perak maka diam itu emas".

Ya Allah, pandulah HATI DAN LIDAHKU ini untuk terus berzikir kepadaMu dan berkata-kata yang hak saja dari yang mengundang neraka Jahim.

Semoga kembalinya kami ke pangkuanMu dalam membawa HATI DAN LIDAH yang sewangi-wanginya bukan membawa HATI DAN LIDAH yang beracun dan busuk sebusuk-busuknya.

Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment