Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang usulan hubungi 013-5107 313
Sunday, 13 April 2014
Ya Habibi- Ya Rasulallah
Nama mu bergema indah ke seluruh pelusuk dunia.
Nama mu harum semerbak bagi setiap insan yang mengenali mu dengan mata hati. Nama mu indah mewangi di dalam syurga. Nama mu tiada taranya di sisi Tuhan yang Maha Pencipta.
Namamu berganding dengan kalimah syahadah membuktikan betapa tinggi dan mulianya kedudukan mu di sisi Allah Taala.. Tidak lengkap syahadah tanpa menyebut nama mu.
Ya Habibi Ya Rasulallah. Tidak sah islam seseorang tanpa mengucap syahadah yang tidak menyebut nama mu .
MasyaAllah... Sungguh besarnya penghurmatan Allah Taala pada mu .
Ya Habibi Ya Rasulallah. Bersama mu mendapat iman. Bersama mu mendapat syafaat dan petunjuk juga maghfirah(keampunan) dari Allah SWT. Bersama mu mendapat cahaya hati, cahaya iman. cahaya taqwa dan cahaya kebenaran.
Bersama mu memperolehi keberkatan yang melimpah ruah yang berganda-ganda.
Bertuahnya para sahabat yang dapat bertemu dengan mu dan dapat berjuang bersama-sama dengan mu. Kami ... Umat mu di akhir zaman ini hanya mendengar sejarah mu yang hebat itu Namun kami tidak sempat bertemu dengan mu.
Ya Habibi Ya Rasulallah. Kami hanya mendengar nama mu yang harum mewangi itu melalui sejarah mu. Namun kami tetap merindui mu , menyayangi mu dan mencintaimu.
Ya Habibi Ya Rasulallah. Nuril Anwar juga gelaran mu. Yang bermaksud (cahaya atas segala cahaya).
Cahayamu menerangi alam semesta. Dari Nur mu juga Ya Rasulallah terciptanya alam maya ini.
Istemewanya diri mu.
Ya Habibi Ya Rasulallah. Hinggakan alam ini terpancar serinya kerana Nur mu. Siapa saja yang memiliki Nur mu, hatinya akan bercahaya dengan pancaran iman.
Hatinya bercahaya dengan cahaya taqwa. Cahaya Islam, cahaya mahmudah yang Allah redhai.
Semoga cahaya mu wahai Nuril Anwar dapat ku kecapi jua seumur hidup ku
Amin Ya Allah....
No comments:
Post a Comment