Friday, 18 April 2014

Jenis-jenis airmata





Banyak air mata yang mengalir di dunia ini Sumbernya dari mata mengalir ke pipi, terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil sahaja tapi tidak pernah kering airnya.

Ia berlaku setiap hari tidak putus-putus sepertilah air sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu ditampung, banjirlah dunia ini.

Air mata itu bermacam-macam jenisnya. Ada air mata sedih, ada air mata gembira, ada air mata kasih, ada air mata simpati, ada air mata kecewa.

Air mata sedih mungkin dimarah ibu atau dimarah guru dan lain-lainnya. Air mata gembira bermacam-macam pula. Di antaranya dapat markah cemerlang di dalam tugasnya.

Air mata kasih melihat anak yang dicinta atau ibu yang tersayang.
Air mata simpati melihat orang miskin, papa dan yang seumpamanya.

Air mata kecewa banyak contohnya,di antaranya suami kahwin lagi, orang yang dicintai tidak membalas cintanya. Harap dapat kerja tapi ditolak saja.

Begitulah sebab-sebab air mata mengalir dari sumbernya.Lumrahnya ia mengalir kerana dunia, jarang sekali ia mengalir kerana sedih membuat dosa. Susah sekali air mata hendak mengalir kerana kebesaran Tuhannya.

Payah sekali air mata hendak mengalir kerana sensitif dengan nikmat Tuhannya yang Al Hannan dan Al Mannan.

Jarang berlaku air mata mengalir kerana dosa. Alirkanlah air mata sebanyak-banyaknya kerana takut kepada Tuhan yang Maha Pencipta.

No comments:

Post a Comment