Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang usulan hubungi 013-5107 313
Monday, 7 April 2014
Cinta Yang Hakiki
Cinta Allah- cinta Rasulullah.
Cinta Allah cinta Rasulullah. Adalah cinta yang abadi.
Cinta Allah cinta Rasulullah adalah cinta yang sejati.
Cinta Allah cinta yang hakiki. Cinta Rasulullah cinta yang murni. Cinta Allah cinta Rasulullah, tiada rebutan tiada saingan. Tiada manusia yang boleh menghalangnya.
Tiada manusia yang boleh dengki dan cemburu. Betapa qudusnya cinta pada Mu Ya Allah. Betapa suci murninya cinta pada mu Ya Rasulallah.
Tetapi.... Untuk mendapatkan cinta Mu Ya Allah Ya Rasulallah. Tidak semudah yang diungkapkan. Cinta itu mesti dibayar dengan pengorbanan harta benda. Pengorbanan nyawa ataupun jiwa.
Bahkan perlukan pengorbanan perasaan yang tinggi , memuncak dan mendalam. Memerlukan hati yang sangat sabar dan redha. Dengan ujian dan mehnah dari Mu Ya Allah. Memerlukan jiwa yang merdeka dari hubbud dunia. Memerlukan jiwa yang tidak takut mati.
Bukti cinta pada Mu Ya Allah. Ya Rasulallah. Adalah kesusahan, keperitan, penderitaan, kepedihan, kesengsaraan. Kemiskinan, kesakitan dan kepahitan bahkan pengorbanan air mata, di kata nista dituduh gila juga disisihkan siapa sahaja.
Pengorbanan air mata kerana rindukan syurga takutkan neraka mesti diperjuangkan. Apakah aku mampu mendapatkan cinta ini?
Ya Allah Ya Rasulallah. Aduh... Kerdilnya aku di sisi Mu. Ya Allah Ya Rasulallah. Apakah layak hamba seperti aku ini untuk memperolehi anugerah cinta dari Mu Ya Allah. Apakah layak umat seperti ku ini untuk mendapat cinta mu Ya Rasulallah?.
Aku yang masih jatuh bangun dalam mujahadah melawan nafsu ammarahku ini . Apakah ada tempat untuk ku meletakkan Tuhan ku di dalam hatiku. Apakah ada ruang dalam hatiku untuk mu Ya Rasulallah?.
Ya Allah anugerahkanlah aku hati hamba. Yang sangat takut dan cinta kan Mu Ya Allah. Yang sangat rindu pada mu Ya Rasulallah.
Kurniakanlah aku hati yang sesuci-sucinya pada Mu Ya Allah . Hati yang tulus setulus-tulusnya pada mu Ya Rasulallah.
Amin Ya Allah
No comments:
Post a Comment