Saturday, 29 March 2014

DAHSYATNYA FITNAH DAJJAL LAKNATULLAH..





Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa sekalian manusia berkeliaran akan lari ke gunung-gunung, kerana takut terpedaya dengan fitnah Dajjal. Kemungkaran Dajjal memakan masa 40 hari dengan berjalan pantas dan cepat seperti hujan yang ditiup angin kencang.


Dia akan menyeru manusia kepada dirinya, dia dikelilingi oleh syaitan-syaitan yang akan menolongnya dalam kesesatan .
Syaitan-syaitan akan menguatkan keadaan Dajjal sebagai tukang sihir atau maharaja sihir.Syaitan-syaitan adalah pembantu yang sangat setia kepada Dajjal.

Makin sesat Dajjal, makin taat pula kepadanya syaitan-syaitan membantunya dalam segenap hal dan urusan.Kesesatan dan kekufuran itu bagaikan sogokan atau rasuah yang akan menyenangkan hati syaitan,sehinggakan ia mentaati segala permintaan si tukang sihir tersebut.

Dajjal akan memasuki segala penjuru dunia kecuali Mekah dan Madinah yakni Haramain, kerana 2 kota tersebut larangan ke atasnya. Hal demikian berlaku kerana di pintu-pintu Kota tersebut para malaikat menghalangnya dengan pedang yang tajam dan berkilau-kilauan memancar-mancar untuk menembak dan memanah Dajjal dan Syaitan-syaitan.

Dalam kitab Sahih Muslim sabda Nabi maksudnya:- 
"Mereka bertanya, wahai Rasulullah, berapa lama Dajjal berada di bumi ?.Baginda menjawab 40 hari.Sehari darinya sama dengan 1 tahun dan sehari lagi sama dengan sebulan dan sehari lagi sama dengan seminggu sedangkan baki hari-hari tersebut adalah sama dengan hari-hari biasa

Mereka bertanya wahai Rasulullah pada suatu hari yang sama lamanya dengan setahun , apakah cukup bagi kami untuk shalat sehari?.
Baginda menjawab. Tidak.Perkirakanlah olehmu hari-hari tersebut. 

Cara-cara menyelamatkan diri dari Dajjal.
Walau pun fitnah Dajjal terlalu besar dan dahsyat namun ianya terlaku kecil di sisi Allah.Dajjal tidak ada kuasa terhadap kaum Muslimin yang bertaqwa pada Allah.Sedikit pun fitnah Dajjal tidak memberi bekas atau kesan pada hamba-hamba Allah yang tinggi darjat serta maqam dan Tauhidnya di sisi Allah.

Hamba Allah yang benar-benar tulus, putih hati, bersih nurani nya, suci rohnya pada Allah akan terselamat dari fitnah Dajjal Laknatullah.

Persoalannya sekarang!!!!!
Apakah kita semua benar-benar sudah layak menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya Hamba Allah yang diredhai?.
Ini lah persoalan yang amat mencemaskan , menakutkan kita, takut sangat jika kita masih ditahap iman Taqlik (iman ikut-ikutan, iman baka, iman keturunan) atau tahap iman ilmu bukan tahap iman ayan yakni iman yang sudah diiktiraf oleh Allah Taala bahawa kita sebenar-benarnya Hamba Allah yang diterima olehNya .

Iman ayan tahap iman yang Allah terima segala amal ibadahnya, Allah terima shalatnya, puasanya, hajinya, amal jariahnya, sedekahnya, kebajikannya dan lain-lain amalannya.

Ya Allah....
Terimalah Islam kami.
Terimalah syahadah kami.
Terimalah iman kami, terimalah taubat kami, terimalah rukuk sujud kami, terimalah doa dan amal ibadah kami walaupun sedikit.
Terimalah iman kami, terimalah taubat kami, terimalah rukuk sujud kami, terimalah doa dan amal ibadah kami walaupun sedikit.
Terimalah shalat malam kami.
Terimalah wirid zikir kami.
Terimalah bacaan Al- Quran kami.
Terimalah selawat kami.


Ya Allah...
Hanya padaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berserah diri ke HadratMu yang Maha Agung lagi Maha segala Maha.


Sesungguhnya Engkaulah Raja segala Raja dunia akhirat.
Segala apa yang wujud di dunia ini adalah milikMu Tuhanku. 
Tiada berlaku sesuatu jika tiada dengan izin Mu. 

Ya Allah....
Hindarilah kami dan zuriat kami dari tewas dan kalah dengan Fitnah Dajjal Laknatullah itu. 

Amin Ya Allah.




No comments:

Post a Comment