Saturday, 30 May 2015

CEMASLAH WAHAI HATI



CEMASLAH WAHAI HATI...

Seandainya kembalimu kepada Tuhan yang Maha Segala Maha
Tanpa membawa persiapan apa-apa.

Cemaslah wahai hati
Seandainya hatimu masih belum takutkan Allah dengan setakut-takutnya, masih belum rindu Nabi serindu-rindunya.



Cemaslah wahai hati
Seandainya hatimu masih kaya dengan mazmumah yang bagaikan ulat dalam hatimu

Cemaslah wahai hati
Andainya hatimu masih hubbuddunia yang menipu daya itu.

Cemaslah wahai hati
Andainya ibadahmu masih cuai dan lalai dari mengagungkan Allah seagung-agungnya.



Cemaslah wahai hati
Andainya hatimu masih nampak aib dan keburukan orang lain, sedangkan dirimu amatlah banyak salah silap dan kekurangan diri.

Cemaslah wahai hati
Andainya nafsumu masih di tahap nafsu Ammarah yang layak dirimu dihumbankan ke dalam neraka jahanam.

Cemaslah wahai hati
Andainya hidupmu, ibadahmu, shalatmu dan matimu bukan untuk Allah dan Rasulullah SAW.



Cemaslah wahai hati
Andainya hatimu masih tidak redha dengan qada dan qadar dari Allah .

Cemaslah wahai hati
Andainya hatimu masih merasakan dirimu bagaikan ahli syurga, sedangkan sikapmu bagaikan ahli neraka.

Cemaslah wahai hati
Oh betapa ghururnya dirimu dengan rasa-rasa yang menipu ini.Rasa dirimu sudah bersih dan suci, sedangkan Allah murka kepadamu kerana masih bertuhankan nafsu dalam diri, bukan berTuhankan Allah yang hakiki.



Cemaslah wahai hati
Aduh... malangnya dirimu wahai hati...masih rasa selamat sedangkan hatimu belum selamat dari sifat-sifat hati yang nifaq, fasiq kepada Tuhanmu yang Maha Pencipta.

Cemaslah wahai hati
Allah boleh lakukan apa saja ke atas dirimu dalam satu lahzah atau sekelip mata.

Cemaslah wahai hati
Selagi engkau belum bertaubat dengan sebenar-benar taubat , dosamu masih belum terampun.
Jika kau mati sebelum taubatmu diterima, alangkah buruknya nasibmu di alam sana, kekal abadi di dalam neraka Jahim buat selama-lamanya.
Wal'iyazubillahiminzaalik.

Cemaslah wahai hati
Dengan berita tanzir ini, agar hati ini sentiasa bergetar takutkan Allah sepanjang umur hidupmu hingga ke akhir nafasmu kembali kepangkuan Ilahi Rabbi.

Celiklah wahai hati dalam menerima taufiq dan hidayah dari Allah Rabbul Jalil.

ISLAM ITU INDAH


Islam agama keselamatan.Islam adalah agama yang selamat dan menyelamatkan.Islam bukan agama keganasan atau militan.Islam agama keharmonian.
Islam agama kasih sayang.

Islam agama yang sangat indah dan sesempurna agama di dunia ini.Islam agama yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan kedamaian.


Islam agama memupuk perpaduan dan agama menyambung silaturrahim bukan agama yang memutuskan silaturrahim sesama insan.

Islam agama yang suci murni dari sebarang kekufuran.
Islam agama yang diperjuangkan oleh Nabi akhir zaman yakni Baginda Rasulullah SAW.

Islam agama yang Tuhan iktiraf agamaNya yang akan memperolehi iman yang sah di sisiNya.Islam agama yang mesti para pengikutnya mengucap syahadah barulah sah Islam dan tauhidnya.


Islam agama yang lunak dan agama yang menyeru kepada sekalian manusia bantu membantu sesama insan di dunia.Islam bukan agama yang menyuruh pengikutnya berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Islam bukan agama yang tindas menindas antara satu sama lain.Islam bukan agama yang menggalakkan pengikutnya berhasad dengki dan fitnah memfitnah.

Islam melarang pengikutnya menipu, memakan riba, merasuah sana sini.Islam melarang pengikutnya membuat maksiat, melarang berzina, minum arak, bertenung nasib, memuja dan mengamalkan sihir, Islam melarang bersekedudukan lelaki perempuan yang bukan muhram, Islam melarang keras pergaulan bebas antara lelaki yang ajnabi dengan perempuan yang ajnabi.



Islam melarang pengikutnya berkhayal dengan dadah dan rokok yang memudharatkan kesihatan tubuh badan penghisapnya.Islam melarang bertuhankan nafsu, bertuhankan makhluk selain Allah yang Maha Agung.
Islam agama yang adil, saksama, yang penuh rahmat dan keberkatan dengan berkat mukjizat Baginda Rasulullah SAW.

Untuk keselamatan dunia dan akhirat, maka marilah kita semua mengucap dua kalimah syahadah membuktikan kita adalah Islam.Sering memperbaharui syahadah dalam shalat 5 waktu sehari semalam sangat dituntut.

Dalam bacaan tahiyyat umat Islam secara automatik telah memperbaharui syahadahnya.akan tetapi amat malang sekali bagi umat Islam yang meninggalkan shalat 5 waktu sehari semalam,kerana memperbaharui syahadah tidak berlaku ke atasnya. Jika ia mati sedangkan ia dalam melakukan dosa syirik maka tidak terampun baginya.

Wal'iyazubillahiminzaalik.  

FITNAH MEMBAWA KEHANCURAN KASIH SAYANG.


Dosa fitnah lebih besar dari pembunuhan.

Kita sering mendengar istilah,
 " fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan".

Fitnah ertinya menuduh seseorang tanpa usul periksa keshahihan dan kebenaran di atas apa yang dipertuduhkan.Sedangkan orang yang dituduh tidak pun melakukan perbuatan yang dihebah-hebah kan itu.

Fitnah iaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan mencemarkan nama baik seseorang.Perbuatan tercela seperti ini, di larang oleh Allah dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih.

Firman Allah dalam surah Al- Hujrat ayat 12 bermaksud,
" Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah dari kebanyakkan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain.
Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati.? .
Sudah tentu kamu jijik kepadanya.Bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang".



Sebab dan akibat daripada fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat.Bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya sesuatu bangsa, atau pun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah.Boleh juga memporak-perandakan rumah tangga seseorang suami isteri atau memutuskan tali persaudaraan antara kaum keluarga juga hubungan bain antara sahabat handai.

Surah Hujrat ayat 6, yang membawa maksud,

"Wahai orang-orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya.Sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Jauhkanlah diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, berpuak-puak, mengata orang, mendedahkan keburukan orang, dan berbagai perangai yang tidak baik .

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan. Oleh itu lebih baik kita memperbaiki hati kita masing-masing, agar bersih, suci, murni dan puteh bercahaya dengan cahaya Nur Muhammad SAW.,sambil memohon ampun dan bertaubat di atas dosa-dosa kita selama ini
.
Tinggalkan sifat suka mencari-cari kelemahan dan kesalahan orang lain,dan di samping itu muhasabahlah akan kesalahan diri yang banyak bagaikan buih di lautan itu,Janganlah jadi seperti kata peribahasa Melayu" Semut di seberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata tidak nampak".Maknanya salah orang nampak, salah diri sendiri ditutup-tutupnya.



Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Nabi dan Rasul yang (maksum).Juga guru Mursyid yang Allah pelihara ia dalam melakukan dosa (mahfuz).

Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cubaan.
Adapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu".

Dalam surah Al-Baqarah ayat 191 berbunyi " Wal fitnatu asyaddu minal qatli ertinya, " dan fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan".

Dalam  surah Al-Baqarah ayat 217 berbunyi " Wal fitnatu akbaru minal qatli ertinya fitnah itu lebih besar dosanya  daripada pembunuhan."

Sanggupkah kita di padang Mahsyar nanti merangkak-rangkak di padang yang luas terbentang yang tiada penghujungnya, dengan matahari sejengkal dari atas ubun-ubun kepala dalam keadaan bertelanjangbulat tanpa seurat benang pun menutupi badan dan aurat kita, sementelahan pula terhimpit-himpit di celah timbunan manusia yang di himpunkan untuk diadili dan mencari orang yang kita fitnah untuk minta ampun di atas dosa-dosa kita terhadapnya.

Sedangkan di waktu itu pintu taubat sudah tertutup.Sehari perjalanan di akhirat ibarat 1000 tahun umur dunia.Sanggupkah kita hadapi dan harungi suasana yang sangat getir dan menyakitkan itu?

Jika tidak sanggup bertaubatlah dan mohon ampunlah kepada orang yang kita menfitnahnya.Jika tidak tanggunglah dosa dan pembalasan dari Allah seazab-azabnya itu.Merangkaklah di padang Mahsyar sekian lamanya selagi dosa tidak terampun.
Menyesal di waktu itu tiada gunanya lagi. Menangis air mata darah sekali pun kita tidak akan hidup kembali ke dunia yang fana ini.

Takutilah akan kemurkaan Allah yang bersangatan terhadap penfitnah.Janganlah menuduh dan menaburkan cerita dan berita yang belum pasti benarnya, jika kita tidak ada bukti yang sah setiap apa yang hendak kita perkatakan.Laporan palsu dan cerita palsu yang kita war-warkan terhadap insan lain, kita akan terima habuannya di dalam Neraka Jahanam kelak, jika kita tidak bertaubat.

Penfitnah adalah musuh Allah dan musuh Baginda Rasulullah.
Neraka Jahanam selayaknya untuk mereka yang bersikap begini.Tidak takutkah kita dengan ancaman Allah ini?.Sanggupkah kita menanggung azab yang pedih semata-mata kepuasan hati dan nafsu kita dalam menjatuhkan nama baik dan maruah seseorang di dunia ini?.

Jika selama ini kita telah menfitnah seseorang tanpa usul periksa, bertaubatlah sebelum terlambat.Menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi.Segala-galanya ibarat nasi sudah menjadi bubur.Terlajak perahu boleh diundur akan tetapi terlajak kata-kata, buruk padahnya.

Berdoalah kita kepada Allah Taala agar kita tidak termasuk golongan orang yang suka menebarkan fitnah dan pembawa fitnah.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.Allah itu Maha Baik lagi Maha adil.Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan hamba Allah yang puteh hati dari mazmumah.
.
Aamin Ya Allah.

Saturday, 2 May 2015

DINAR EMAS MATAWANG SUNNAH



POWERGOLD ialah sebuah sebuah syarikat perniagaan emas.Bukan investment atau pelaburan seperti kebanyakan yang ada di luar sana.Ia bergerak atas lesen AJL yang sah.Ada pejabat, ada produk yang real berupa emas tulin 999 bagi GOLD BAR dan emas 916 bagi barang kemas.



Syarikat ini menawarkan kepada kita semua satu peluang menjana pendapatan yang realistik, munasabah dan logik.Bermula dengan modal hanya rm450 untuk menjadi ahli maka anda layak memperolehi keistemewaan seperti berikut:-

1-1/4 Dinar 999 (1.0625 g).



2-Dapat ganjaran lumayan dengan membeli emas GOLD BAR atau barang kemas (gelang, rantai, cincin,subang dsb) dengan harga AHLI yang lebih rendah dan murah dari HARGA DI  PASARAN .

Anda juga layak menjadi penjual/peruncit/pembekal/pengedar emas, keuntungan sehingga puluhan ribu seperti kedai-kedai emas di luar sana, inilah rahsianya bagi sesiapa yang berminat jual beli emas dengan modal yang kecil.

Jika anda tidak berminat, cukuplah sekadar menjadi PENYIMPAN YANG SETIA DAN BERTERUSAN.

CONTOH GAMBAR BAWAH KIRI 1/4 DINAR YANG ANDA AKAN MEMILIKI DENGAN MODAL YANG PALING RENDAH

3-Memperolehi bonus tajaan jika anda memperkenalkan kawan-kawan menyertai bersama syarikat ini dengan menajanya sebagai AHLI.

4-Anda juga layak memperolehi bonus PAIRING (pasangan), jika kawan-kawan berjaya menaja ahli di bawahnya.

5-Anda juga layak memperolehi BONUS MACHING iaitu bonus yang dibayar kepada anda apabila rakan-rakan bawah anda layak mendapat BONUS PAIRING.

Dengan joint BIZ ini anda juga boleh dapat keuntungan dari jualan barang-barang kemas kepada rakan-rakan atau saudara-mara terdekat. Anda beli dengan harga yang cukup rendah dan murah (harga kilang) dan anda jual semula dengan harga pasaran.

Ini antara kelebihan menjadi ahli/agen POWERGOLD.Jika anda dapat memperkenalkan kawan-kawan, anda akan dibayar dengan bonus yang sangat lumayan.

Syarikat juga akan memberi BONUS SUBSIDI yang berupa BONUS PERKONGSIAN KEUNTUNGAN (COMPANY TURN OVER), kepada setiap ahli sebanyak RM250 jika anda belum menaja ahli dan RM500 jika anda sudah menaja ahli seorang

Jika anda STOKIS BONUS SUBSIDI akan dibayar RM 1,000 (secara beransur-ansur) mengikut keuntungan Syarikat.
Hakikatnya anda tidak rugi apa-apa, dengan bermodalkan RM450 anda mendapat pulangan yang berbaloi.Emas dapat, duit bonus pun dapat.

BONUS-BONUS POWERGOLD.

1-BONUS PENAJAAN AHLI
BONUS  MENAJA akan dibayar sehingga 2 level.Tidak ada had menaja ahli ianya akan dikira sebagai LEVEL 1.

Manakala ahli baru menaja orang di bawahnya dikira LEVEL 2.

BONUS LEVEL 1.
1-Jika anda taja ahli yang joint PAKEJ MEMBERSHIP RM450, anda dibayar RM50 bagi seorang ahli.Kalau 10 orang ahli x RM50 total RM500.

Jika anda taja 20 orang ahli x RM50 total bonus penajaan RM1,000 dalam genggaman anda.

LUMAYANKAN?? EMAS DALAM TANGAN, BONUS PUN DAPAT!!!....

2Jika anda taja ahli yang joint PAKEJ MEMBERSHIP RM3,800 (STOKIS) anda dibayar RM400 bagi seorang ahli pakej stokis.Lagi lumayan jika anda taja ramai yang mengambil PAKEJ STOKIS.

Banyak lagi penghuraian BONUS , saya tidak dapat nyatakan semuanya  di sini.

Jika anda berminat sila PM di talian 013-5107313 @ Whatsapp 019-6280894 (Sayyidahmngold).












ANDA TAU APA ITU EMAS?.

SILA BACA DI BAWAH INI.....

KENAPA EMAS?.

SIMPAN EMAS.....>>>UNTUNG
TRADING EMAS...>>>DAPAT UNTUNG
BUSINESS EMAS..>>>BERTAMBAH-TAMBAH UNTUNG.

KELEBIHAN POWERGOLD:-

1-Tiada had umur, tua, muda, remaja, suri rumah boleh menceburinya.Bagi Si ibu sambil dodoi-dodoi anak boleh memperolehi pulangan sangat lumayan.

2-Simpanan emas untuk jangka panjang serendah 1g 1bulan 1 keluarga.

Mudah dicairkan jika berlaku masalah berbangkit yang berkaitan dengan kewangan keluarga dsb.

3-Merapatkan hubungan silaturrahim dengan membuat NETWORKING atau mengajak masyarakat setempat, setaman, sekampung, sepejabat membuat simpanan emas bermula dari 1 g hingga ke 1 kg dan seterusnya.Mengumpul/menyimpan secara berdikit-dikit... lama kelamaan akan menjadi bukit.

4-Menjana kewangan seharian serendah RM100 hingga RM 10,000.Tidak ada yang mustahil, orang lain boleh kenapa kita tidak boleh.

Perniagaan ini tiada risiko, tidak rugi, bukan perniagaan yang kabur dan tidak jelas, bukan SKIM CEPAT KAYA,bukan juga perniagaan atau pelaburan atas angin dan tidak ada unsur-unsur penipuan.

Perniagaan ini siapa gigih, siapa rajin, siapa tabah,siapa istiqaamah...dia yang akan BERJAYA DAN KAYA.Anda buat anda dapat.Siapa yang duduk goyang-goyang kaki saja, pasti tidak akan berhasil dengan bisnes ini.       

5-Mengenali, memahami selok belok ilmu emas melalui SEMINAR,B.O.P yang dianjurkan oleh pihak POWERGOLD.

PESANAN .....

Tukarkan simpanan wang anda kepada simpanan emas.Emas adalah nilai kekayaan yang sebenar kerana wang yang ada hari ini tidak bersandar kepada rizab emas yang ada.

Emas kalis inflasi, permintaannya semakin hari semakin meningkat.Emas tidak ada tarikh luput, tidak koyak, tidak rosak dan tidak susut nilai.

Jika anda ingin keterangan lanjut, sila adakan temujanji atau boleh hubungi terus SAYYIDAHMNGOLD 
di talian 013-5107313 @ whatsaap 019-6280894.

(ADA DUIT BELUM TENTU ADA EMAS.
ADA EMAS SUDAH PASTI ADA DUIT.
DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA....
AKAN TETAPI... DUNIA HARI INI....,
SEGALA-GALANYA PERLUKAN DUIT !!!!!.....).